Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 1 Mei 2014

MARCH 3 novel/cerpen

"Lucy, aku tunggu pengantin aku kat bilik sebelah, okay. Be nice. Boy, make up dia bagi kalah semua bidadari, all right? Nanti aku bagi tips lebih," March kelip mata dan berlalu.

Di bilik sebelah..

"March, serius, I tak percaya you kahwin dengan dia. He or she.. is spoiled enough!"

"Cukup la, Effy, aku tahu apa yang aku buat. Dan aku percaya dia tak seburuk yang kau sangka dan orang lain sangka. Dia istimewa, tak sama macam orang lain," March sisir rambut. Dia tetap tenang dan cool. "Aku sayang dia. Dia dah pun jadi sweetheart aku, so please mind your words, okay, Effy. I'm not going to repeat myself thousand times,"

"But, you deserved some other better," Effy terduduk sambil melepaskan nafasnya kasar. Bilik suite yang luas berwarna emas dia pandang. Rasa gelisah entah kenapa.

"He's the best for me, though," March bersuara. "Kau tak perlu risau, aku akan bahagia dengan dia. Dan aku akan bahagiakan dia, sedaya yang boleh,"

March membetulkan kolar kemeja putihnya sebelum terdengar bunyi loceng ditekan. Mama. March buka pintu dan mamanya masuk.

"Oh my cute, handsome boy! Muahx!" pipi March dicium. "Congrats, honey. Semoga bahagia, mama sentiasa doakan yang terbaik untuk March," mama senyum.

"Thank you, mum. Love you," March peluk mamanya yang agak rendah berbanding dirinya. Banding dengan Lucy, dia tinggi lebih kurang dua inci daripada Lucy. Kurus dan tinggi, memang nama samaran dia March aka galah panjang.

"Sorry to get you in trouble," March bersuara.

"Nothing, honey. Dah jodoh, kan? Mama suka Lucy, she.. er, he's kind,"

"Aunty.. sebut ganti diri pun tersilap. Macam mana ni?" Effy mencelah. March jeling tajam, apa masalah dia ni agaknya? Bothersome sungguh.

"So, kita panggil dia baby girl ajela, settle problem, kan?" mama March senyum ikhlas. "Mana make up artist? Kasi make up sikit anak mama ni, oh, berseri-seri umpama mentari," picit pipi March sambil tersenyum gembira.

"Tak apa, la, mama. Anak mama ni tak make up pun dah cukup handsome, kan?"

"Hurm, let me see.. em, boleh la.. tengok la siapa mamanya, mama kan?"

"Ha ha, nakal ye, mama. Nak orang puji dia la tu," March ketawa gembira. Dia bersyukur.

**

"Oh, mata aku silau, dowh,"

"Apesal ni, nok, aku tak cantik ke??" Lucy dah muncung dan berkerut dahi sambil pegang gaun putihnya. Kasut tinggi menghampiri lima inci, sah-sah la dia jadi lagi tinggi.

"Ha ha, aku ingat bidadari mana jatuh dari langit tadi. Rupanya kau. Good job, Boy," March bagi tanda LIKE Facebook pada Boy. Dia sengih.

"Tengok kaki la,"

"Okay, I'll double the pay, ha ha. Thanks. Jom, mana pari-pari semua?" March bertanya pada runner majlis yang berselisih dengannya.

"Sorry, sir. Pari-pari?"

"Ya, I mean those flowergirls," senyum. Tangan pegang tangan Lucy yang bersarung dengan sarung tangan berbunga jarang-jarang. Lucy berseri-seri sambil membuka application cermin pada telefon bimbitnya. Hadiah hantaran untuk dia. Dia usik-usik pipinya dan buat muncung itik.

"Honey, jom ambil gambar, selfie," ujarnya pada March. March gelak aje, tak menyempat tu! Paling terbaik, dia panggil aku honey! Oh, so sweet!

"Sayang, kan ada photoshoot nanti, apa yang nak dirisaukannya ni,"

"Selfie lain, photoshoot lain. Cepat, gaya itik berenang,"

"Itik berenang?" March berkerut sambil pandang ke arah Lucy.

Snap!

"Huwaaa, perfecto! Aaa, cutenya! Save, save!" Lucy picit pipi March.

"Aku dah save kau dalam hati aku," March senyum. "Jom, sayang. It's almost the time," lengannya didekatkan kepada Lucy, Lucy senyum dan segera menyelitkan lengannya dan berjalan beriringan ke dewan. Suara pari-pari yang buat kecoh ramai-ramai yang mengiringi bersama di belakang bagaikan hilang, diganti dengan bunyi muzik indah yang tenang menjadi halwa telinga kedua-dua mempelai. Indahnya dunia..

Tiada ulasan: