Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 4 Mei 2014

MARCH 4 novel/cerpen

March dan Lucy berjalan beriringan menuju ke pentas persandingan yang bertemakan warna silver ala Inggeris. Lagu instrumental Pachelbel's Canon in D mengiringi jalan mereka di karpet merah. Lucy dah perasan diva dengan jambangan bunga lili putih di tangan bila cameraman menangkap gambar mereka berdua.

"Nok, simpankan telefon aku, lupa la," sempat dia bisik sebelum sampai ke pentas. "Tak ada poket, tuxedo aje ada poket, takkan nak simpan dalam 'belahan jiwa' ni kut," Lucy menyendengkan badan rapat-rapat ke arah March, March senyum segaris sambil memandang ke arah 'belahan jiwa' yang dimaksudkan Lucy, kemudian tahan ketawa daripada tersembur.

"Ehem," March berdehem, cover. Apesal la 'belahan jiwa' dia obvious sangat bila pakai gaun ni, baru perasan, aduhai. Sebelum ni  tak perasan pulak aku. 'Belahan jiwa' dia tu la yang memang buat lelaki pandang dua, tiga kali kalau berselisih dengan dia. Haih. March berbisik sendiri.

"Bagi kat aku," gigih Lucy duk pegang telefon bimbit di tangan kiri sekali dengan jambangan bunga yang runner majlis bagi sebelum masuk ke dewan tadi. Bunga lupa petik alasan diorang, sebab tu la last minute baru bawak.

Tangan kanan sangkut kat lengan March. "Macammana?" Lucy bisik dengan senyum comel pandang depan. Diva ni! Dalam hati debar campur excited, terasa macam selebriti, uols! Huwaaa!

"Sayang, nanti atas pentas aku simpankan, okay," March senyum. Macam jauh benar tak sampai-sampai ke pentas.

"Cantik, nok. Thank you," Lucy tahan air mata bila duduk di kerusi sanding. Sebak sebab semua persediaan majlis ni March yang uruskan. Totally suprise! March macam dah confirm-confirm aje aku terima lamaran dia masa hari bersejarah tu, awal-awal dah setup semua kecuali gaun aje dia suruh aku pilih. Huu, mana tisu ni.. Lucy kalut sendiri..

"No, no, tak mau nangis-nangis, hari kita kahwin kan ni, sayang," March perasan air mata yang bertakung. Lucy ketap bibir, tarik air hidung dan kelip-kelip mata.

"Sayang.. okay tak ni?" March bertanya concern.

"Okay, thanks, March.. aku sayang kau, tak tau apa jadi kalau kau tak ada,"

"Shh, dah, dah. Cepat, gaya itik terbang!"

"Hah?" March peace pada cameraman dengan Lucy yang terkejut.

"Yeay! Gotcha!"

"Nok!" Lucy tepuk lengan March. "Padam gambar tu nanti, aku tak kira!"

"Tak nak, aku nak buat frame besar-besar, letak kat hall rumah, ha ha!"

"Ha ha, gila kejam!" Lucy sengih sambil sapu air mata di tubir mata yang sikit lagi nak menitis.

**

Selepas bertepung tawar dan bergambar di pentas dengan tetamu yang hadir, March bersuara sebelum acara memotong kek.

"Lucy, aku ada hal sekejap ni, urgent," March berkerut sambil merenung telefon bimbit di tangan. Tangan sebelah lagi direhatkan di dalam poket seluar.

"Kenapa?"

"Em, aku kena pergi sekarang, kau tunggu sini, okay,"

"Nok, jangan tinggal aku," dia pegang lengan March. "Bawak aku sekali, boleh?"

"Tak boleh. Ala, sekejap aje ye, bidadari sayang, nanti hamba datang kembali," March kelip mata dan berlalu. Lucy tarik seorang pari-pari suruh duduk atas riba. Dia terasa insecure tanpa March. Dengan cameraman, dengan tetamu-tetamu yang ramai, sampai hati March pergi..

Pari-pari kecik mendongak pandang Lucy dan senyum. "Bidadari.. bidadari cantik sangat. Sayang bidadari!" pari-pari bergaun labuh putih tu peluk pinggang ramping Lucy.

"So sweet, dear. Thank you!" Lucy senyum sambil picit pipi. "Oh, apakah.. blackout?? Seriously?! Aaaa, wedding of the year mak ni!" muncung. Tetamu ramai-ramai terdiam sebentar sebelum bising kembali seperti keadaan sebelumnya. Out of the blue, lampu spotlight ditujukan ke arah Lucy. "Opocot, silau mak!" hadang mata sendiri dengan tangan.

"Khas untuk bidadariku yang baru jatuh dari langit, I love you, sayang," Lucy tekup mulut bila muzik bermula dan spotlight kedua yang mengarah kepada March dipasang. Hadirin bertepuk tangan dan suara March mula kedengaran berlagu sambil diiringi spotlight, March perlahan-lahan melangkah menuju ke arah pentas, menuju ke arah kekasihnya yang setia menunggu.

Aku tak tahu
Apa yang ku rasakan
Dalam hatiku
Saat pertama kali
Lihat dirimu
Melihatmu
Seluruh tubuhku
Terpaku dan membisu
Detak jantungku
Berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu


"Sweetnya prince," pari-pari di ribaan Lucy menggumam sambil tersenyum sorang-sorang ke arah March yang dengan sepenuh perasaannya menyanyi, gaya dah macam nak mengalahkan Anuar Zain! Tapi perlu ke nak lawan abang Nuar aku?? Over kau ni, nok!

Lucy terdengar ucapan pari-pari dan dia terpaksa akui.. err, March memang romantik terlampau! Apesal tak pernah tahu pun sebelum ni?? Adeh.. terasa cair.. naya betul! Lucy telan air liur sendiri. 

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu
Betapa ku terlalu mencintaimu
Aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


Bila matanya bertentangan dengan mata March, mata cantik itu melakarkan satu melodi yang sangat indah, yang tak perlu diungkap dengan kata-kata, dan cukup meruntun hati Lucy. Dia sangat cintakan kau, Lucy.. jantung Lucy berdetak kuat dengar kata-kata hati sendiri.

Tolonglah aku
Bagaimana diriku
Ungkapkan itu
Rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku..

**

"Kau ni jahat la, habis rosak make up aku,"

"Alolo, sini tengok sikit. A'ah, la.. habis la, beb. Macam mana ni?"

"Yeke??" muka Lucy dah tak boleh blah. "Macammana ni, nok?! Kau la ni, tengok aku dah low self-esteem!"

"Ha ha, tak la, sayangsss.. tau tak, kau makin comel kalau menangis. Tapi, apesal kau nangis ni, em? Suara aku tak sedap sangat ke sampai tahap petala lapan?"

"March!" Lucy cubit March. "Kau tak buli aku sekejap tak boleh??" bertambah-tambah muncungnya.

"Ha ha, okay, okay, tak.. dah, dah, tak mau nangis lagi, aku luahkan apa yang aku rasa aje tadi, aku ikhlas sayangkan kau," March senyum sambil mengelap air mata yang bersisa di pipi Lucy. So sweet, bisik hati March. Terharu sampai menangis. Hu hu, love you, sayang..

"Come, potong kek,"

**

"Ceh, balas dendam konon, eh?" March berkata dengan mulut penuh kek dan menyapu krim yang terlekat di bibir.

"Ha, ha! Sedap tak, honey??" amboi, happy sungguh dapat sumbat kek sebesar alam dalam mulut aku, kan? Tunggu la..

"Sedap, sayang.. sayang nak rasa??" March sumbat lagi besar potongan kek dalam mulut Lucy dengan senyuman lebar. Angkat kening..

"March, kau tunggu aku belasah kau nanti!" ujarnya berbisik dengan nada semangat selepas bergigih menelan kek berkrim warna merah jambu muda tadi. Mata dah berapi. I'll kill you in your sleep!

"Okay, aku tunggu. Kau nak baby tak?" bisik March sambil tersenyum penuh makna. Erk! Lucy terus tersedak diiringi ketawa kuat March.

"Ha ha, love you, love you," pipi March merah, ketawa sampai berair mata. "Sorry, tak dapat tahan rasa nak peluk,"

"Eee, gatal la! Tak malu kau ni, nok!"

"Nak kish, pleashhhh," tangan peluk pinggang Lucy, tak nak lepas.

"March, kau ni tersampuk apa ni?? Eh, bawak mengucap panjang-panjang sikit, tak daya la nak layan gatal kau tu depan-depan orang ni,"

"Kalau tak depan orang? Boleh? Ngee," March kelip mata. Bahagianya dapat tengok jelingan manja dia, ha ha. Meowff!







Tiada ulasan: