Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 26 Jun 2014

March 10 novel/cerpen

MARCH 10

March tahan ketawa daripada berderai tengok wajah cuak Lucy. Hai la, ni la padahnya kalau duduk kat hutan bandar aje, tak pernah masuk hutan semulajadi.


“Sayang, aku memang kanibal. Aku nak bunuh kau dalam hutan ni, siat-siat kulit kau, lapah daging kau dan buat BBQ malam ni,” March angkat kening. “Ahh, lupa nak bawak aji no moto, buat perencah,”

“March! Kau gila! Tolong, tolong!!” Lucy memekik kuat.

“Help! Help!”

“Apesal help??”

“Help la, kalau tolong, mana la orang kat Male ni nak faham kau mintak tolong,”

“Masalahnya kenapa kau mintak tolong bersama-sama ni? Sibuk ajela,”

“Dah ‘wife’ aku dalam dilemma, aku kena la tolong. Help, help!!”

“Woi, dah la, kau pulak yang melebih!”

“Ha ha, jom la, sayang. Mana tau ada sang kancil cerdik ke yang boleh kita buat hidangan tengahari ni,”

**

“Kau ingat tak macam mana kita boleh jumpa?” Tanya March apabila mereka duduk berehat sebentar di satu kawasan lapang dalam hutan kecil tersebut.

“Emm, ingat-ingat lupa la,” Lucy gigit sebiji buah liar yang dipetik March. Dah berbiji-biji masuk dalam perut March, baru la dia sanggup nak makan. Tu pun dengan skeptik yang gila hamat pada buah yang tak bersalah tersebut. Takut beracun.

“Kau selamatkan aku. Masa tu aku form three, kau form one,”

Imbas kembali.

“Hei, budak! Kau dah perempuan, buat la gaya perempuan!”

“Apa masalah kau?! Aku kacau kau ke??” March menyingsing lengan baju kurungnya. Senior daripada kelas tingkatan lima tersebut meludah ke kiri sambil membuat muka memandang rendah.

“Dia membalas, weh! Tak sedar diri betul,” ketua geng senior itu bersuara. Gengnya yang seramai tiga orang tu ketawa.

March mengeluh. Kesnya sebab dia terpilih untuk menjadi presiden kepada persatuan pengakap sekolah. Mamat ni tak puas hati sebab dia nak pangkat tu. Dan dia adalah presiden perempuan pertama di sekolah tersebut, lagila mamat ni tercabar tahap awan.

“Kau tak layak untuk jawatan tu! Dah la muda, perempuan pulak tu, diorang semua memang dah gila sebab pilih kau, weh!”

“Kalau kau tak puas hati, jumpa cikgu, bukan jumpa aku!” March menjeling tajam. “Blah la, aku nak balik ni, siot la halang jalan aku,” setiap hari dia memang akan balik melalui pintu belakang sekolah, short cut untuk sampai rumah dengan cepat. Jalan belakang tu memang jarang orang guna, dalam ramai-ramai, mungkin dalam 2-5 peratus aje pelajar yang lalu jalan tu. Dan terbaik, diorang mamat ni halang jalan aku masa kat sini pulak. March berbisik.

“Kau ingat kau boleh lepas macam tu aje? No way, girl, huh. Turun,”

“Blah la, weh, aku tak nak cari pasal, okay?” March berkeras untuk tak turun dari basikalnya. Memang malang sebab jalan ni kecik, kiri kanan hutan. Geng mamat ni aje dah cukup untuk tutup jalan. Cis!

“Kau ni cantik sebenarnya, Maritza. Nama pun cantik,” March tepis tangan ketua geng tadi yang digelar dengan gelaran Jack, memang budak nakal tapi cerdik, yang cuba mengusik pipinya.

“Wei, haram la!”

“Tahu haram. Dah kau tak pakai tudung, dress up lelaki kat luar sekolah, perasan bagus semua tak haram pulak??”

“Korang la yang haram! Bangang betul!” March turun dari basikalnya dan menolak basikal tersebut hingga jatuh dengan kasar. Baran sungguh dengan mamat-mamat kurang siuman ni!

“Kurang ajar la kau ni!” March pasang kuda-kuda bila Jack menghampiri. Ada hati nak spar dengan wakil negeri untuk karate-do. Ceh!

“Aduh!” Jack mengaduh, tangannya dibengkokkan ke belakang sebelum tulang belakangnya disepak dengan kuat oleh March. Dia terbaring di atas jalan tanah merah tersebut.

“Tak guna!” seorang gengnya masuk, entah apa silapnya, dengan senang ditumpaskan oleh March.

“Ahhh!” seorang daripada senior yang tinggal berdua tadi untuk beradu tenaga dengan March mengguna taktik kotor. March jatuh menghadap tanah selepas dipukul dengan kuat menggunakan kayu di belakang kepala. Terasa berputar dunia.

“Berhenti!! Siapa korang ni?!” senior-senior durjana yang sudah mula merayapkan tangan di badan March terus terhenti apabila terdengar suatu suara yang menjerit kuat. Memekik mengalahkan nenek diorang. Dalam kesamaran, March nampak seorang lelaki menghampiri mereka. Kepalanya terasa basah.

“Kau tak malu nak mencabul perempuan?? Eee, geli la uols ni!”

“Woo, mamat sotong kering mana pulak ni? Berangan nak jadi hero??” Jack bersuara.

“Awwwhh! Sakit!” sotong kering tu mengaduh sakit bila rambutnya dicekak.

“Lain kali jangan kacau urusan orang lain!” Jack sepak perut sotong kering tersebut selepas lehernya dicekik dan kemudian perutnya dipijak kuat. Terdengar raungan nyaring sotong kering berkenaan.

“Woi.. jangan kacau dia..” March bersuara lemah dalam lelah.

“Aku tak settle lagi dengan kau!” kepala March dihentak ke tanah dengan kuat. Bergegar dunia. “Blah!” itu perkataan terakhir yang dia dengar sebelum gelap menghiasi matanya..

**

“Uhh, sakitnya perut.. mengalahkan senggugut..” dia membebel.. “Aku masih kat dunia kan?” ujarnya sambil memandang kiri kanan. “NOK! Bangun, nok! Bangun! Oh my, aku tak bunuh dia.. aku tak bunuh dia!” kalut sendiri, dia meletakkan telinga di dada March. “Phew, nasib hidup lagi!”

“Uhh, apa ni?” March bersuara tiba-tiba.

“Nok, bangun. Kau berdarah ni..!”

“Duh, sakit gila kepala aku, beb. Tak bolehla,” March pegang kepala sendiri.

“Tolong! Help!” sotong kering tu menjerit dengan tangan di dada sambil memangku kepala March di ribanya. March sengih dalam sakit.

“Ayu sangat la kau jerit, weh. Siapa la yang nak dengar,”

“Huu, habis tu macam mana ni, takkan aku nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini? Kalau ada lagi malaun jahat macam tadi, macam mana??”

“Kau ambilkan telefon dalam beg aku, tolong call kan Pak Rahim, mintak dia datang sini,”

“Eh, nok, mana boleh bawak telefon datang sekolah?!”

“Sayang, persoalan tu penting ke sekarang ni?” erk, sotong kering tadi terkedu mendengar March memanggilnya ‘sayang’. Terus telefon di genggamannya terlepas jatuh dan mengena pipi March.

“Adoi, sakitla,”

“Sorry, sorry! Apa nama tadi??” dia kelam kabut mengambil kembali telefon tersebut dan unlock.

“Pak Rahim,” so cute sotong goreng tepung ni.. March bersuara dalam hati sambil merenung sotong berkenaan yang dah pun menyelamatkan dia daripada kecelakaan tadi. Dia bersyukur..

“Err.. hello, pak Rahim! Tolong ambilkan minah tomboy ni kat belakang sekolah, sekarang! Cepat sikit!” woi, sedap hati aje dia label aku minah tomboy. Siap mengarah pak Rahim lagi tu. March geleng kepala perlahan.

Bip.

Telefon lock sendiri.. dia letak kembali telefon ke dalam beg.

“Errm, so sekarang apa aku nak buat?” tiba-tiba terasa janggal berada dalam situasi macam tu..

“Apa nama kau? Aku March,”

“Err, aku Lutfi. Kawan-kawan panggil aku Lucy,”

“Lucy? Thanks.. aku nak lelap kejap, penat,”

“Jangan lelap! Nanti kau koma!”

“Okay, okay.. kau cerita kat aku pasal femili kau,”

“Janji kau tak tidur??”

“Ye, janji,”

**

“Janji aku masa tu untuk sedapkan hati kau aje, padahal aku terus tertidur lepas kau start cerita pasal adik kau yang kelima,” March tersenyum. “Suara kau lembut sangat, macam lullaby,”

“Kau tipu aku rupanya,” Lucy memuncung.

“Tapi aku selamat aje, kan?”

“Memang selamat, tapi tak sihat. Sampai sekarang kepala otak tak betul, sewel plus sawan!”

Tiada ulasan: