Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 5 Jun 2014

March 8 novel/cerpen



"Kau buat pembedahan ke, beb??"

"Bedah apa ni, nok?" soal Lucy acuh tak acuh sambil memakai sunblock. Kemudian, tali bikini dibetul-betulkan sampai selesa.

"Pembedahan tukar jantina?"

"Eee, choi! Kau ni! Kau tengok nama aku apa kat IC?"

"Err, Ahmad Lutfi?"

"Jadi, selagi nama aku Ahmad Lutfi, aku masih semulajadinya lelaki, sekian.." March telan air liur. "Cepatla, nok. Kau tenung apa ni? Kata nak pergi memancing? Huu, i love this lovely hat, thank you, honey," cubit pipi March yang duk terkedu sambil mengenakan topi warna putih lining merah jambu beriben di kepalanya.

Sambil garu belakang kepala, March bertanya, “Tapi, apesal tak nampak? Bukan patutnya nampak ke?”

“Nampak apa ni, nok?”

“Err, aduh.. nampak tu la,” tunjuk March ke arah bahagian bawah bikini Lucy.

“Oh, itu.. ha ha, magic!”

“Magic? How come?” March tak puas hati. Dia pusing keliling Lucy sambil merenung tak puas hati. Sambil tu sempat cuci mata pandang tubuh gebu Lucy. Kulit dia aje dah mengalahkan aku, bisik March.

“So, kau ingat kau aje la ada lesen untuk sembunyikan ‘bukit’ kau tu? Aku pun ada jugak lesen untuk sembunyikan apa yang patut,” balasnya sambil menjungkitkan kening, nak tiru trademark Ziana Zain.

“Possible? Macam impossible aje aku rasa?”

“Nothing’s impossible, dear. Honey, cepat la, aku tak sabar ni nak sun bathing kat tepi pantai sambil pose ala-ala Angelina Jolie,”

“No, selagi kau tak cerita macam mana, aku tak nak gerak,”

“Degil kau ni,”

“Wajib la,”

“Ala, aku nak cerita pun payah la. But don’t worry, aku sembunyikan aje, aku tak buang lagi, ha ha,”

“Sayang, please cerita sebelum aku buka bikini kau ni, secara paksa,”

“Amboi, bermotif sangat kau ni,” March berpeluk tubuh sambil kerutkan dahi. Muka serius. “Okay, kau degil, aku tinggal kau, aku pergi sendiri,”

“Sayang.. kenapa degil sangat ni, em?”

”Siapa yang degil sekarang? Aku ke kau?” mata bertentang mata, dua-dua diam sebelum March bersuara,

“Okay, tapi kau tak kesian ke kat aku? I’m dying to know the fact,”

“Okay, okay. Sejak kau tak nak mengalah, aku cerita ajela. Tak pun aku bagi hint, kau cari aje dalam internet..?”

“Okay, tell me, right now,” mata bercahaya excited.

“Fesyen ni orang panggil tuck and tape. Aku rasa mudah sikit la nak sembunyi ‘bukit’ kau tu daripada sembunyi ‘dia’ ni,”

“Tuck and tape?”

“Yes, honey. Sekarang kau dah tau, jom gerak! Yeay, ikan, I’m coming!”

“Sayang, sekejap.. macam mana nak tuck and tape tu?” tak puas hati lagi tu.

“Jangan kata kau nak suruh aku demo depan kau?”

“Kalau kau rela nak tunjuk, aku lagi super rela nak tengok, ha ha,”

“Eee, gatal nauzubillah! No, never,”
“Alaaaaa...”

“Nope, takde ala-ala. Huduh benar kau nak merajuk bagai,”

“Ha ha, takpe, sayang. Aku pasang cctv nanti, rela tak rela, kau terpaksa bagi aku tengok jugak, wahahaha!”

“Ya Allah, kau ni tersampuk apa ni, March? Dah la, malas layan kau. Bye,” dengan lenggoknya Lucy meninggalkan March.

“Ceh, tunggu kau, sayang,” bisik March sebelum berlari laju mengejar Lucy dari belakang dan terus mendukung tubuh Lucy.

“Aaaaa! Melayang nenek kau terbang!” Lucy melatah terkejut.

“Ha ha ha! Apesal ringan sangat kau ni, em, sayang?” March ketawa sambil mencium pipi Lucy. “Alololo, comelnya. Malu ye?” March sengih tengok pipi merah Lucy, blushing.

“Nokkk!” Lucy menutup kedua belah pipinya. “Turunkan aku, sakit pinggang kau nanti,”

“Ala, sekadar dukung kau ni, sayang, takde hal la. Tengok badan la,” Lucy buat muka sambil membebel sendiri. Terdengar perkataan ‘perasan’ dalam bebelannya tu. March gelak aje. Rambut Lucy beterbangan disapa bayu pagi. Semalam sampai-sampai aje dua-dua terus tidur tak ingat dah duduk kat planet mana.

“Duduk kat belakang, kasi ekstrim sikit pagi-pagi ni, okay,” selepas menurunkan Lucy, March menghulurkan jaket keselamatan padanya.

“Huu, indah sungguh ciptaan Tuhan,” ujar Lucy sambil berjalan di dalam air jernih berwarna turqoise.

“Peluk kasi ketat-ketat sikit,” March sengih.

“Tu sebab kau pilih bot sece’ot ni kan?” Lucy mengecilkan mata memandang March bersilih ganti dengan memandang motorboat kecil tersebut yang berwarna biru.

“Opss, busted!” March kelip mata kiri. “Ha ha, baru la romantis, sayang,”

“Banyak la romantis kau, konon. Kalau aku tercicir tengah laut nanti, macam mana?”

Tiada ulasan: