Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Isnin, 25 Ogos 2014

Pirates D'Amour 5

 Dan persoalan aku terjawab apabila seekor harimau belang muncul dari semak tersebut. Esh! Ini mesti nak buat gaya nak curi rezeki tergolek aku kan, harimau?? Aku tak puas hati. Harimau kot, apesal nak rebut kijang dengan aku pulak ni? Kau tu dah ada kelebihan tangkap mangsa, kau tangkap la sendiri! Aih! " Luke! Kau gila??"
 " Lari, beb! Lari!"
 " Gila, gila! Arwah kalau kena terkam ni! Tinggalkan aje kijang tu, weh!!" jerit Ian sambil berlari dengan laju.
 " Tak nak! Cepat tunjuk arah, ikut mana ni?!" aku kejan Ian sambil menggendong kijang betina tadi di bahu. Gila tak gila?? Siapa suruh cabar aku sangat, Ian! Senapang aku biarkan tergantung di bahu bersama talinya. Pergh, ngauman harimau di belakang tak menjatuhkan motivasi aku untuk makan sedap! Sayang ni, beb! Dah la hasil buruan pertama aku!
 " Alex, get ready. Harimau is coming!" Ian sempat menghubungi Alex di tepi pantai. " Kenyang harimau ni kalau dapat aku dengan kau, beb!" aku abaikan kata-kata Ian sambil cuba mempercepatkan larian. Aku rasa aku kedekut gila! Dengan harimau pun nak berkira! Eh, harusla, beb! Masa ni la nak tunjuk kekuatan diri sendiri! Dan orang kata, tak usaha, tak ada la hasil kan?? Ni usaha terulung aku untuk abad ni! Serius!
 " Kau lari pergi sebelah sana! Aku lari mengarah ke sini, dah nak sampai dah ni!" Ian menjerit sebagai tanda usaha untuk mengaburi mata harimau tersebut. Ian sempat mengutip dahan kayu dan membaling ke arah harimau bakal pencuri kijang aku tu, dan cubaan Ian berjaya! Harimau bertuah tersebut terus aim untuk kejar Ian dan melupakan aku bak kacang lupakan kulit. Fuh! Lega sementara, namun aku teruskan larian sebab memang betul kata Ian, pesisir pantai dah tak jauh lagi untuk dicapai. Aku terus berusaha dengan gigih! Dan aku nampak Alex dah berjaga-jaga dengan pisau Rambo dan tombak.
 Aku dengan sekuat tenaga meneruskan acara larian dan Ian terus berlari tuju masuk ke dalam air. Harimau tadi brek kecemasan sebab kawasan hutan dah tamat dan dia agak tercabar dengan acahan tombak Alex. Akhirnya, kau menyedari jugak yang aku takkan menyerah kalah, wahai harimau! Harimau itu pun berundur dan kembali ke tempat asalnya. Fuh, aku harap kijang ni sedap dan berbaloi aku berlari bersama dengan nyawa di hujung tanduk tadi!! Pergh, motivasi memang boleh mendorong manusia buat sesuatu di luar jangkaan! Aku terbaring di atas pasir panas dengan panahan mentari menusuk ke dalam mata. Aku tenung arwah kijang di sebelah. Segera aku terfikirkan janji Ian.
 " Ian, baik kau masak betul-betul sedap! Kalau tak, aku salai telinga kau!" aku jerit mengugut Ian baik punya. Duh, umur aku masih panjang rupanya. Haih, memang kerja terbaik punya gila la! Gila! Tapi puas!


BAB 5

" Ha ha, tak sangka aku jadi segila ni!" aku ketawa bagai nak rak.
 " Beb, aku memang tak sangkal lagi kau memang gila! Pergh, gila la, weh! Aku pun takkan buat macam tu kut!" Ian menyambut. Dia sendiri ketawa kemudiannya sambil tergeleng-geleng.
 " Aku pun tak percaya. Aku ingat korang yang memang kena kejar dengan harimau, rupanya kena kejar sebab kau bawak lari kijang. Pergh, terbaikla, Luke!" Alex mengomen. " Kau memang anak sir, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, kan," " Beb, aku dah membayangkan kijang panggang untuk aku nikmati, takkan aku nak biarkan aje harimau tu culik hasil tangkapan aku? Lagipun, aku tak nak membunuh harimau, spesis pupus kan,"
 " Kalau kau tembak harimau tu, jadi makin besarla makan malam kita ni!" Ian menambah. " Ahh, tak ada maknanya. Ni pun dah cukup besar, beb. Alex, kau urut bahu dan belakang aku lepas ni, dah mula rasa sengal-sengal, weh, ha ha," aku terdampar kekenyangan di atas pasir putih pulau yang kalau dilihat daripada peta, namanya Pulau Whales Coast itu. Anganan aku menjadi, dan aku patut bagi award pada chef tak bertauliah yakni Ian sebab masak paling terbaik malam ni! " Boleh simpan buat stok untuk beberapa hari ni," ujar Ian merujuk pada daging kijang yang lebih.
 " Yela, weh. Peti ais kita dah berkurun tak berisi, harap nama aje peti ais!" aku sokong. Diam sebentar. " Aiseh, aku rasa ketagihan la," tiba-tiba aku menyatakan hasrat hati. Unggun api yang masih marak Ian kuis-kuis dan kembali memandang aku. " Apesal, beb?"
 " Tekak lapar wine," aku tagih simpati. Haramla nak ada wine tengah-tengah alam buana ni!
 " Haih, dah tak payah nak mengarut. Wine apa bendanya sekarang ni, pokai la, pokai!"
 " Alaa, beli yang paling cikai pun dah cukup, beb, asalkan ada,"
 " Kau ingat ni pulau harimau jual wine ke? Boleh masuk World's Record kalau ye!" Ian berkata. Ye tak ye kan.
 " Kau rasa pulau ni memang tak ada orang?" Alex menyampuk selepas dia diam membatu merenung kecantikan alam yang damai tadi. Hutan dah sunyi tanpa bunyi burung menyanyi seperti siang tadi, yang tinggal bunyi unggas dan cengkerik yang kadangkala bersahutan. Aku toleh ke arah hutan yang gelap gelita di belakang, kelihatan beberapa lampu-lampu kecil berterbangan.
 " Ada lampu tu, weh!" " Mana?" Ian pandang arah jari aku menunjuk.
 " Entah-entah ada orang kut,"
 " Weh, itu kelip-kelip la, apa la kelip-kelip pun tak kenal," Ian menjawab persoalan aku. Kena ketuk kepala.
 " Ha ha, yeke? Comel la, beb," aku betul-betulkan rambut lepas aku balas ketukan dia dengan tamparan di bahu. Suka hati nak ketuk-ketuk kepala orang pulak eh.
 Aku lihat Alex bangun. Dia ambil gelas jernih dan tuju ke arah kawasan kelip-kelip tadi berterbangan. " Untuk kau," Alex senyum seindah purnama sambil memberikan aku gelas yang dah ditutup dengan kain dan diikat dengan tali di atasnya. Di dalamnya kelip-kelip menghiasi. Oh, so sweet..
 " Thanks, Alex," aku sengih sambil menepis perasaan nice-nice daripada tumbuh, kalau perasaan tu datang, habisla aku tidur berpelukan dengan diorang tak pasal-pasal sebab takut harimau ataupun makhluk paranormal datang menjengah! Err..
 " Lubangkan sikit kat kain ni," Alex cucuk-cucuk sikit kain tersebut dengan pisau dan membentuk lubang-lubang kecil untuk memberi udara pada sang kelip-kelip. Tak ada udara, cepatla meninggal!
 " Malam ni kau pilih nak tidur mana?" Ian mencelah lepas bengang tengok aku sengih tak habis-habis sambil merenung ke arah kelip-kelip yang sedang menyanyi riang dan menari-nari di dalam gelas kaca tadi. Mungkin dia pun tahu yang aku ni tak boleh dimanjakan sangat, nanti terus mengada-ngada! Padahnya buruk kalau aku buat perangai gegirl-tak-nak-hidup-lama macam selalu aku buat tu! Eh..?
  " Emm, kau rasa aku patut tidur mana?" aku pandang Alex yang dah keluarkan sleeping bag yang bergulung elok di dalam beg khas yang berwarna hijau. Dia lempar satu pada Ian, satu pada aku dan satu lagi dia bukak dan hampar di atas pasir. " Good night, buds!" dia sengih sambil elok membaringkan badannya di atas hamparan sleeping bag tersebut. Oh, itu adalah satu perlambangan yang jelita bagaimana cara untuk menggemukkan badan dan menaikkan kolestrol, iaitu tidur lepas makan daging kijang. He he..
 " Ikut kau la. Kalau kau nak adventurous ala-ala siang tadi, tidur la kat sini, kalau kau nak beriang-ria kat dalam bot pun, tak ada hal," aku jeling Ian yang membuat satu lagi perlambangan jelita yakni terus merebahkan badannya ke atas sleeping bag, lagi tambah power kejelitaan dia sebab tak bergerak langsung daripada tadi, kurang-kurang Alex ada jugak bergerak sana sini. Aku pulak? Emm..
 " Woi! Tak reti nak tidur ke?? Nak main air, mainla pagi esok! Ada ke halanya main malam-malam macam ni?!" suara Ian mengaum bila aku dengan happynya terjun ke dalam air. Aku tak suka lemak terkumpul!
 " Beb! Bestla, sejuk gila! Dah lama tak rasa nikmat macam ni! Superb!" aku suluh ke muka Ian yang buat muka toya, protes sebab tak pasal-pasal kena berjaga nak tengok dan awasi aku. Aku betulkan lampu suluh kalis air yang aku letak di kepala tadi dan mula menyuluh sana sini, nak kacau ikan tidur pulak, he he!
 " Weh, tidurla, beb. Esok nak gerak dah,"
 " Tak apa, biarla lama sikit bot ni rehat," aku jeling pada bot yang dipacakkan sauh di dalam air supaya tak dibawa lari arus, dan ada jugak sauh besi lain yang dipacak di darat. Double protections!
 " Banyakla kau punya komen," Ian bangun dari tempat pembaringannya tadi dan menuju ke arah aku. Dengan cebikan yang nyata, dia duduk bertinggung di gigi air. Aku sengih bahagia melihat cebikannya. Alololo, kau ingat comel?? " Beb, kalau kau demam ni, jangan harap aku nak jaga," Ian teruskan protes.
 " Alaa, jaga la, jaga la, pleashh, pleashh," aku perli sambil menyimbah air laut masin tersebut ke arah Ian. Dia buat muka bengang.
 " Ada yang aku hempuk dengan batang kayu tak pasal ni nanti!"
 " Kau nak hempuk siapa? Aku ke? Ke Alex?" aku perli lagi dengan buat muka gedik. Cari masalah! Sambil tu, aku jeling Alex yang dah tidur terbongkang. Dia memang juara dalam pertandingan tidur!
 " Kau la, siapa lagi! Heh, mendatangkan marah betul!"
 " Weh, weh! Apa ni?? Apa ni??" Ian dengan perasaan geram kerana pelbagai sebab terus mendukung aku keluar dari dalam air yang sedang aku renangi penuh dengan keseronokan yang tak terhingga tadi.
 " Malam diciptakan untuk tidur, sayang, bukan berenang. Faham?" padan muka aku bila aku berdebar sendiri dengar bisikan Ian di telinga aku. Aku rasa pipi aku panas. Aku terus terkedu selepas Ian turunkan aku daripada dukungannya. " Pergi mandi, tukar baju. Mandi air panas," Ian senyum lembut. Err, punah segala kebahagiaan aku tadi! Purr.. purr.. aduh, apesal ni.. ahh, sudah!
 " Mimpi indah, beb!" Ian menyambung bila dia tengok aku masih terkedu, dia dah siap berbaring kembali, senyum baik punya sebab dah selesai satu masalah. Aku jugak yang bertambah masalah, tak boleh jadi ni! Aku terus masuk ke dalam bot dengan perasaan seram sejuk membayangkan sepasang pasangan ala-ala gay berkahwin. Aku dengan Ian, tak pun dengan Alex. Walla! Gay at the end!

" Bangun!!" bagai nak pekak telinga aku mendengar suara Ian menjerit.
 " Woi, woi! Kau ingat aku ni buta tuli ke?? Kejut baik-baik bukan tak boleh?!" aku membalas dengan ketinggian pitching yang sama. Mahu taknya, orang tengah sedap tidur dia boleh kejut dengan cara tak bertamadun gitu, silap haribulan, kena sekehan aku ni!
 " Ha ha, bangun la, beb. Matahari pun dah nak terbenam balik dah ni. Ikut aku masuk hutan, cari air buat bekalan baru,"
 " Huh, serius??" aku kejapkan mata sebentar, mencari posisi untuk centrekan otak aku yang masih mamai. " Kau ajak Alex la, aku rasa sakit-sakit badan ni, beb. Mesti padah pelarian bersama-sama kijang semalam ni," aku urut-urut sendiri bahu aku yang terasa sengal.
 " Mana sakit kau? Sini la aku urutkan," Ian tenung aku. Dia dah menghinggapkan tangannya ke bahu aku. " Ehh, tak apa la, beb. Okay, okay, kau lepak luar dulu, nanti aku keluar. Bagi aku berus gigi dulu," aku menolak. Tak nak mimpi perkahwinan ala gay semalam menjadi kenyataan!
 " Okay," Ian bangun dan keluar meninggalkan aku. Dari bilik yang mempunyai satu katil bersaiz kembar tu aku tenung ke luar. Hamparan laut bagai permaidani biru hijau kelihatan berkelip-kelip terkena sinaran mentari bersama langit biru segar menghiasi pemandangan. Burung camar putih dan helang yang terbang ceria menambah kecantikan laut ciptaan yang berkuasa. Siapa yang ciptakan semua ni agaknya? Aku keliru tiba-tiba, masa di sekolah, cikgu cakap Tuhan yang Maha Besar yang ciptakan. Dia ada anak bernama Jesus dan satu lagi tuhan yang dipanggil Holy Spirit. Tapi, daddy kata tak, dunia ni terbentuk daripada teori Big Bang.. uhh, pening. Tapi biarlah, aku malas nak fikir, buat sakit kepala aje. Aku terus bangun dan menuju ke bilik air di sebelah dapur untuk memberus gigi dan mencuci muka.

" Beb, nah, sarapan. Makan dulu sebelum gerak. Nanti dalam hutan tu la kau sibuk nak buat aksi pengsan bagai sebab tak cukup makan, memang aku tinggal aje terus nanti," Ian berkata. Dia menolak satu pinggan yang berisi beberapa hirisan daging. Mata aku terus terbeliak. Whoa, syurga dunia!
 " Duh, kau memang memahami, beb!" aku terus menyuap kepingan daging tadi ke dalam mulut kemudian menjeling keliling. " Alex mana?" " Tengah usik ikan dalam air," Ian balas sambil mata merenung peta di tangan. Dia jawab tak pandang pada aku.
 " Huh? Snorkle tak ajak aku?? Bertuah betul!" aku tepuk meja.
 " Ler, yang kau buat tanda-tanda protes ni dah kenapa? Siapa suruh kau tidur sampai hari pun meninggi?"
 " Tak boleh jadi ni! Aku pun nak jugak, weh!"
 " Weh, weh, habiskan makanan ni dulu!" Ian marah bila aku tiba-tiba berlari keluar ke dek.
 " Alex!! Kau kejam!" aku jerit kuat pada Alex yang berada di dalam air. Dia dengar dan terus jengukkan kepala keluar dari terus berhibur mengganggu ikan-ikan yang ada. Dia buat tanda peace. Ceh, tak boleh jadi ni! Jeles gila!
  " Beb! Masa tak banyak ni!" Ian marah lagi bila aku terus terjun ke dalam air selepas membuka baju dan meninggalkan singlet aje di dalam. Air laut yang jernih menampakkan dasar itu tercebur dengan kuat selepas mendapat aksi terjunan aku, meneruskan kegembiraan renangan aku yang terusik semalam.
 " Mandi!" aku pulak buat tanda peace kepada Ian. Bengang sungguh dia melihat pada aku. Wee! Bestnya berenang! Aku pergi menculik set snorkle pada Alex dan terus menghiburkan hati sendiri pulak. Kelaparan dan hidangan syurga dunia tadi terus aku lupakan. Alex berenang-renang berhampiran dengan aku.
 " Badan kau okay?" Alex bersuara lepas dia sentuh bahu aku. Aku timbulkan kepala dan membuat ikon 'Like'. Tanda bagus. Hakikatnya tidakla sebegitu pun. Badan aku sakit-sakit di bahagian bahu dan belakang. Tapi, aku abaikan sebab aku kena tabah dan perlu menonjolkan kehadiran Lucas di dalam diri Clarissa. Clarissa perlu pupus untuk sementara waktu!
 Alex senyum sebagai balasan dan angkat dua ibu jari pada aku. Super like! He he, Alex memang menghiburkan hati.
 " Kau nak sambung?" aku soal Alex yang dah lepak di tepi sambil menunjuk ke arah snorkle set tadi lepas aku puas merenung keindahan di dalam dunia air.
 " Tak. Nanti aje," dia menghulurkan aku sehelai tuala. " Kau tak sejuk?"
 " Tak, normal aje, he he. Kau dah makan?" aku tanya sambil mengelap tubuh sendiri. Seluar pendek paras lutut aku menitiskan air. Panas matahari pasti mengeringkan badan dan baju aku dengan cepat.
   " Dah. Kau okay tak nak masuk hutan? Kalau tak, kau tunggu kat sini aje, bagi aku masuk dengan Ian," Alex bertanya kembali dengan penuh perhatian. Dia sangat pandai mengambil hati. Aku agak kalau dia tak ada, mahunya aku dengan Ian berperang mulut sampai meninggal kedua-duanya. Aduhai, Ian, Ian.. bebelnya mengalahkan mak kepada nenek aku.
 " Tak apa, beb. Aku okay aje, tak ada hal lah," aku lap rambut pendek aku yang dah diwarnakan dengan warna coklat itu perlahan-lahan. Sebelum ni, rambut aku warna kuning ala-ala jeram kering, tapi lepas bertukar identiti menjadi Lucas, rambut aku pun dipendekkan dan diwarna dengan pewarna. Dengan bulu kening sekali menjadi mangsa diwarna oleh Issac.
 Aku pandang pula pada Alex, rambut dia warna coklat kehitam-hitaman, sangat menarik dengan kulit cerah dan mata biru hijau, gula-gula mata aku sebenarnya si Alex ni, hi hi, gatal!
 " Woi, cepat! Kau nak makan ke tak??" dengar aje suara tu, aku dah tau siapa, siapa lagi kalau bukan ketua lanun pencari harta karun yakni Ian! Pengganggu betul la, aku baru duk jamu mata aku dengan sesuatu yang dikategorikan sebagai manis, dia dah menyampuk! " Kalau tak nak, aku habiskan!" sambungnya memekik. Kesian anak tekaknya yang didera setiap waktu dan ketika. Aku bersimpati.
 " Nak la! Aku perah lemak kau kalau kau berani sentuh makanan aku!" aku ugut dari bawah. Ian dah bercekak pinggang di dek bot. " Tunggu situ," dia mengarah. Dia kembali ke dalam dan keluar dengan pinggan dan sebotol air putih kemudiannya. " Dengan pantas, habiskan ni semua!" arahan berkuatkuasa lepas Ian menyua pinggan yang berisi kepingan daging tadi yang dah pun sejuk dimamah udara pagi. Aku menyandar di sisi bot dan segera menyuap daging kijang lebihan semalam dengan laju tanpa mempedulikan suasana sekeliling. Lepas berenang, memang wajib lapar!
 Ian turun dari bot kemudiannya. " Sisip ni kat pinggang," dia menyerahkan pisau Rambo pada aku. Aku lap tangan pada seluar dan meletakkan pinggan tadi di atas pasir, lalu menyambut hulurannya. " Harap tak jumpa musuh abadi kau," aku sengih mendengar. Musuh abadi aku, siapa lagi kalau harimau bertuah semalam.
 " Harapan aku setinggi awan,"
 " Nah, ni senjata sebenar, tadi tu untuk kecemasan," dia hulur pula revolver. Siap pengedap bunyi. Sedap ni kalau dapat burung pulak buat santapan makan malam. Pergh!Tiba-tiba berangan lagi.
 " Alex, aku harap kau membantu untuk cari ikan, kalau boleh, biar banyak bekalan sementara nak sampai ke destinasi seterusnya," Alex yang dah mengutip pinggan yang aku tinggalkan tadi hanya mengangguk.
 " Tak ada hal, kau orang berdua hati-hati,"
 " Kalau ikut peta ni, sini ada sungai, boleh kita ambil air di situ aje," Ian bersuara di depan. Aku tertinggal sedikit jauh di belakang kerana sedang melayan sakit bahu dan belakang. Aduh. Tak apa la, kurang-kurang, dapat aku merasa makan daging walaupun bersakit-sakitan sebegini. Kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Heh, bolehla diterima pakai untuk situasi aku ni.
 Aku amati suasana tenang di dalam hutan yang sejuk. Damainya.. aku suka keadaan dan suasana macam ni. Aku terhenti bila Ian simpan peta tadi ke dalam bajunya, dan tiba-tiba mula mengangkat busur panah mengarah ke atas. Aku agak dia tuju pada haiwan yang boleh terbang. Takkan nak bunuh cimpanzi atau monyet, kan? Eh, banyak kutu la!
  Satu bunyi jatuh berdebuk ke atas tanah, Ian segera berlari menuju ke arah benda yang jatuh itu. Aku pun mengekor dengan kepantasan yang sama. Ian angkat seekor burung, sambil angkat kening pada aku dan tersengih bangga. " Sedap ni, beb," dia bersuara. Aku diam aje tak membalas, cuma menyengih. Berlakon bisu sementara. Diam itu emas, gitu..
 " Jom," bunyi tong-tong air yang aku dan Ian bawa tadi menghiasi suasana kembali. Ian ikat kaki burung tadi dengan tali dan disimpan ke dalam beg yang disandangnya tadi. " Jauh jugak, weh?" aku tanya selepas aku rasa macam dah jauh berjalan tapi tak sampai-sampai lagi.
 " Boleh tahan, la. Depan sikit lagi kot," aku sengih lagi bila sayup-sayup dah kedengaran bunyi air terjun. Aku bermotivasi untuk teruskan berjalan.
 " Sekejap," Ian terhenti. Dia merenung pada sejenis pokok yang berdaun hijau. " Ni boleh buat syampu," dia cabut beberapa helai daun daripada pokok berkenaan selepas pasti dengan apa yang dikata. " Tolong kejap," dia meminta bantuan bila aku dengan muka blur duk merenung aje pada pokok berkenaan. Lepas tu, aku toleh pada dia, bagi renungan terhebat.
 " Biar betul kau ni? Boleh percaya ke? Kalau botak kepala aku, aku tau la nak cari siapa,"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Best ! Tak de sambungan lagi ke ? ^^

Arisa Eriza berkata...

tqsm! kalau ada sambungan nanti arisa update ye ;)