Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 26 Jun 2009

Karya aku lagi di P2U (cool gossip huhu)


Salam.

Aku & juga korang mesti ada yg hairan pasal citer Zack yang still ada disiar dekat P2U tu. Jadinya, aku pun tanya pada p2u tadi, & p2u m'jawab begini lah lebih & kurangnya:

' kami perlu melihat perkembangan dr komen2 pembaca untuk menilai setiap karya untuk di naikkan kpd penerbit... kalau hanya di blog saudari.. sukar untuk kami menilai hasil karya kerana komen pasti berkurangan dan tidak dapat melihat pandangan dr pembaca...'

' ada yang menghantar kepada kami.. jangan risau walaupun ada yang menghantar.. kami tahu sapa penulis.. kami akan letak nama pena anda'

Begitu lah alkisahnya. Aku kena b'usha utk jadikan citer Z tu cukup paling kurang 350 m.s. Aku ulang, 350 m.s.. yang ada skrgnh xsampai 100 pun aku rasa. Makin slim la aku jawabnya lepas ni KALAU penerbit nak terbitkan citer Z tu. Apa pun, sebenarnya komen korang kat p2u yg m'jadi penyokong utk citer aku ni dinilai penerbit. 2 b'dasar apa yang aku paham la.

Aku b'terima kasih utk pihak p2u, w'pun aku dah mngarut pergi tanya memacam kat depa, tapi depa still nak layan aku huhu. Maklumlah, aku ni mana la reti benda2 macam ni.

Rasanya p'soalan aku & korang dah t'jawab kan? Utk korang, support korang memang aku perlukan, & thanks berjuta2 lemonade ais utk kengkorang semua! Macam besa, aku mmg sgt2 m'hargai! Doakan aku b'jaya, boleh kan? Tq1000!!

bini aku tomboy ke? 21

' Zack, malam ni ada dinner dekat rumah auntie Lisa. Pakai baju kurung.' Mama tiba-tiba berkata selepas pulangnya auntie Maria dan suaminya.

' Auntie Lisa? Mama Azim??' Zack bertanya kalut. Ahh, parah! Mama angguk.

' Habis ma, siapa yang nak tengok-tengokkan Arin?'

' Takpe, nanti Mak Timah and suami dia balik sekali dengan papa. Dah bertolak dah pun ni. Tak lama lagi sampai la tu.' Mama berkata sambil matanya berlari-lari membaca suratkhabar pagi itu. Zack segera berlari laju naik ke bilik.

' Azim! We need to talk! Now!' Zack menghubungi Azim selepas masuk ke dalam biliknya. Selepas bersiap ala kadar, dia pun turun dan keluar.

' Mama, nak jumpa kawan kejap. Petang ni Zack balik! Babai, ma!'

----------

Zack, mama dan papanya pun sampai di rumah keluarga Azim selepas waktu Maghrib. Zack pergi dengan memakai baju kurung putih berbunga merah kecik-kecik dan berselendang putih jarang. Ayu sekali pandang. Kali kedua pandang, keayuannya hilang di balik cara jalannya yang langsung tak menampakkan ke'feminin'annya itu. Di tangannya, handbag putih besar dijinjing. Huhu, beg mama, okay? Aku mana pakai beg giler gedabak macam ni! Periuk belanga pun muat kalau masuk!

' Assalamualaikum, auntie! Auntie sihat?' Kata Zack sopan sambil bersalam dan mencium tangan auntie Lisa.

' Sihat, Zack. Amboi, bukan main lawa anak you, Gold?' Auntie Lisa memuji Zack sambil menyalami Datin Gold.

Hehe, Zack gelak sendiri. Sekejap je lawanya, auntie.

' Yo, bro! Apa citer, beb?' Berlakon ala-ala dah lama tak jumpa, Zack meng'hi-5' tapak tangan Azim. Padahal baru je jumpa petang tadi.

' Biasa ar, aku tetap dengan kehenseman aku!' Azim mengelipkan matanya ke arah Zack. Zack senyum lebar dan membuat thumb up.

' Jom, masuk.' Mereka terus masuk dan menuju ke arah meja makan.

' Behave yourselve, Zack.' Mama berbisik perlahan di telinga Zack.

' Will do.' Zack membalas dan ketawa kuat di dalam hati.

' Ehem! Mintak diri kejap, saya nak ke toilet.' Zack berkata tiba-tiba.

' Aku temankan.' Azim bangun dan beriringan dengan Zack ke toilet di balik dining room tersebut. Mama and papa mereka berdua pun tersenyum. Dah nampak twinkling-twinklingnya dah huhu.

Selepas 5 minit..

' Haha, gila kau! Ada ke pulak macam tu!' Terdengar kuat suara Zack ketawa dari jauh. Mama senyum tak senang duduk kepada auntie Lisa dan suaminya.

Mata mama Zack membulat selepas terlihatkan yang Zack memakai baju t-shirt hitam dan jeans hitam. Dah ke mana semua baju dan selendangnya tadi??

' Mama! Bila nak makan nih??' Zack duduk cepat di sebelah mamanya. Rupanya beg putih besar tadi diisi dengan t-shirt and jeans! Siap kamu nanti, Zack! Mama mendengus geram.

' Zack, tunggu sekejap. Ni baru tengah nak berhidang.' Auntie Lisa berkata lembut. Cun lagi makcik ni walaupun dah tua. Zack angguk. Kemudian, parents mereka berdua menyambung cerita tentang apa lagi, bisnes la!

Zack mula mengangkat kaki kirinya ke atas kerusi, tegak. Mukanya dibuat ala-ala bosan, memandang-mandang keliling, kemudian bersiul-siul kuat. Mereka yang sibok bersembang tadi terus diam dan memandang ke arahnya. Zack membuat muka tak bersalah dan terus diam. Lama sikit, tak sempat mereka menyambung kembali perbualan tadi..

Ratapan naluri,
Memanggilkan namamu,
Kerana pertemuan ini, akan ku abadikan,
Ke dalam memori..

Zack menyanyi kuat. Sebijik macam Awie dengan gaya rockersnya. Si Azim pulak bergendang-gendang menepuk permukaan meja dengan kepala terangguk-angguk mengikut irama lagu Ratuku yang dinyanyikan Zack.

Muka mama merah. Dia mencubit pinggang Zack.

' Mama, sakitlah!' Zack menjerit kuat dan mengusap-usap pinggangnya yang terasa bisa akibat cubitan mama.

' Ehem, jom. Dah boleh start makan.' Papa Azim menjemput para tetamunya itu makan.

Mata Zack membesar. Dengan cepat, tangannya menyudu pelbagai makanan dan diletak ke dalam pinggannya. Habis tumpah kuah yang disudu itu. Orang lain hanya melihat perbuatannya itu dan diam seribu bahasa.

' Auntie, uncle, jemputlah!' Zack berkata senang. Amboi, semacam dia pulak tuan rumah!

' Jemput, jemput!' Papa Azim berbasa-basi.

' Zim, jom makan guna tangan! Aku tak selesa la makan dengan sudu. Nanti tak puas nak makan ayam ni!'

' Jom!' Mereka berdua pun bangun dan membasuh tangan di sinki berhampiran.

Apa lagi, letak je punggung, mereka berdua terus melantak makan semacam orang tak makan 27 hari! Sambil makan, mereka berdua yang duduk berhadapan itu bersembang-sembang dengan mulut penuh nasiknya. Kemudian ketawa terbahak-bahak sampai tersembur nasik keluar dari mulut. Subhanallah! Anak alien mana terlepas ni, tak tau la! Parents mereka cuma mengeluh melihat gelagat mereka berdua itu.

' Woi, mangkuk! Kau korek hidung buat apa! Ak ala, Kau ni! Haa, sampai masuk ke dalam sup! Mak ai! Siot betul!'

' Yeke, mana mana?' Azim memegang sudu dan mengacau-ngacau kuah sup tadi seakan mencari t**k hidungnya di dalam sup itu. Parents mereka cuma tersenyum sesama sendiri. Meng'cover' malu. Hairan apa kes dengan anak-anak mereka itu.

Sehabis makan berat, mereka menunggu pula hidangan pencuci mulut.

' Zim, jom main lawan mata. Siapa pejam dulu, dia kalah!'

Mereka berdua bertentangan mata. Lama. Mata Zack kekadang dikecik dan dibesarkan kembali bagi menahan kepedihan matanya. Seminit, Dua minit. Dua minit setengah. Tiga minit.

' Yea! Aku menang!' Zack menjerit kuat.

' Woi! Mana aci! Kau sepak kaki aku!' Azim menjerit tak puas hati.

' Ahh, tak kira ar. Yang penting, kau dah kalah!'

' Mana aci macam ni! Kau ni memang ar, Zack!

' Ahh, lantak kau la!'

Mereka berdua mula bertengkar dengan bersungguh-sungguh.

' Both of you, shut up!!' Keempat-empat orang tua tadi menjerit kuat. Mereka pun terkulat-kulat dan diam. Tak lama mereka sebegitu, kemudian mereka mula bercakap kembali.

' Woi, kau takde game baru ke? Aku main Beat Down, best giler!' Zack mula bising.

' Eleh, apa kelas Beat Down? Aku main GTA baru punya, lagi best daripada game kau tu! Jom! Main PS2!' Mereka berdua beriringan dengan excitednya ke ruang tamu tanpa mempedulikan ibu bapa mereka. Seolah-olah hanya mereka yang ada di dalam rumah tu.

Mereka berdua sekali lagi membuat kecoh di ruang tamu.

' Dah, korang berdua pergi main dekat luar, kami ada benda penting nak bincang ni.' Papa Azim ke ruang tamu dan bercakap dengan mereka.

' Ala, uncle, kejap je, kitorang nak main ni.' Kata Zack tanpa memandang ke arah papa Azim.

' Azim! Dengar cakap papa.' Mereka pun terpaksa berhenti bermain PS2 dan keluar.

Di luar,

' Wei! Kau rasa apa? Jadi tak planning kita tadi??' Azim bertanya excited di luar.

' Fuh! Aku rasa 123% menjadi! Cuba kau tengok, betapa menyampahnya diorang tengok kita tadi hua hua!' Tanpa sedar, auntie Lisa mendengar perbualan mereka.

' Zim, jom swimming!' Zack mengajak tiba-tiba. Malam-malam pun gatal nak berenang, apa kes?

' Tak nak ar! Aku mana reti!' Azim menolak.

' Ler, kau ni, takkan berenang pun tak reti? Mangkuk jamban betulla. Sini aku ajar!' Zack menolak Azim masuk ke dalam swimming pool di situ, kemudian dia gelak kuat.

' Weh! Lemas aku, beb!' Azim sudah terkapai-kapai, kemudian tenggelam timbul di dalam air.

' La, kau memang tak reti berenang ke??' Zack membuka bajunya dan tinggal singlet sahaja melapik. Kemudian, dia terjun ke dalam air sejuk itu dan membawa Azim naik ke darat.

' Zim, Zim! Kau okay tak ni?' Pipi Azim ditepuk-tepuk kuat. Dia meletakkan telinganya di dada Azim, hidup lagi! Azim sedar dan terbatuk-batuk kemudiannya.

' Gila kau! Nasib aku tak mati!'

' Ahahaha! Tak macho langsung! Rumah ada swimming pool, tapi tak reti berenang!' Zack ketawa lagi.

' Ohh, kau kata aku tak macho, eh?' Azim memeluk badan Zack dan dibaringkan ke atas rumput. Azim di atas, Zack di bawah. Mata mereka bertentangan. Dada berombak dan bergetar laju. Dari jauh, auntie Lisa tersenyum penuh makna.


## Sebarang persentuhan antara lelaki dan wanita adalah haram. Jadi, jangan tiru apa-apa yang haram di dalam cerita ini, okay. Thanks utk semua!

Rabu, 24 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 20

' Hei, kau mangkuk tingkat, baik kau mengaku! Dah la muka tak hensem macam gorila tak cukup umur, hish betul-betul..'

' Zack! Kamu ni kenapa?? Cuba hormat sikit uncle kamu ni! Dia lagi tua daripada kamu tau??' Auntie Maria hot dan memotong kata-kata Zack. Bodyguard mama berdehem dan menjeling tajam. Mana boleh layan anak bos macam ni! Silap hari bulan, ada yang botak kena kerat rambut!

' Huh, memang tua! Tua tak sedar diri! Kalau muka hensem takpe, aku boleh terima lagi! Ini macam ayam kampung tak berbulu yang dah nak pencen, tak pun dugong tua, ada hati nak menggatal lagi! Hai, ikut hati aku nak siat-siat kau, mangkuk!' Zack masih tak puas hati selagi uncle Amri tidak dihukum. Kepala uncle Amri disekeh-sekehnya.

' Stop it, Zack!' Auntie Maria menjerit kuat.

' Makcikku yang cantik, kenapalah auntie nak sangat kat orang tua ni?? Dia ni patut disepak masuk lombong je auntie tau tak??' Zack geram lalu menyepak kaki uncle Amri yang sedang duduk di atas kerusi dengan muka tegang.

' Sakit la, bongok! Kau tak habis-habis lagi nak sakitkan aku, hah??' Berapi-api kata-kata uncle Amri, semacam naga pulak dah aku nampak orang tua ni!

' Eh, pakcik tua! Kau ni selagi aku tak sumbat kau masuk penjara, jangan harap aku nak lepaskan kau la, mangkuk!'

Uncle Amri cuba bangun untuk melawan, namun dihalang oleh bodyguard mama Zack. Wekz, padan muka kau! Zack menjelir lidah, kemudian dia ke dapur dan membawa air buah untuk uncle Amri dan auntie Maria.

' Jangan minum, honey! Entah-entah dia letak racun!' Auntie Maria menolak gelas yang sudah disambar oleh uncle Amri. Ceh, penat je aku nak buat baik! Lantak korang la!

' Huh! Apa tenung-tenung?? Masuk line la kalau tak puas hati, auntie!' Zack membalas. Makin menjadi-jadi pulak si makcik ni! Entah dah kena nasik kangkang uncle Amri agaknya! Ada ke lelaki buat nasik kangkang? Entah, tau pulak aku!

‘ Jangan ingat auntie senang-senang je nak mengalah dengan kamu sebab ada 2 makhluk spek hitam ni!’ Auntie Maria jerit kuat. Emo gila!

‘ Ehem, puan, ada apa-apa yang puan tak puas hati dengan kami berdua yakni makhluk berspek ni?’ Kata salah seorang bodyguard tersebut sambil membuka kaca mata hitamnya. Auntie Maria jeling tak puas hati.

‘ Jawablah, auntie! Orang dah tanya tu.’ Zack senyum senang sambil duduk di atas kerusi meja makan di dapur.

‘ Ah! Sibok lah kau!’ Hai, orang tua ni dah tersampuk agaknya, Sebelum ni tak la sebegini teruk perangainya. Jangan-jangan uncle Amri ada belaan tak?? Huu, seram, seram..

‘ Apa bising-bising ni??’

‘ Mama ku sayang!’ Zack bangun dan berlari ke arah mamanya yang secara tiba-tiba muncul dari ruang tamu.

‘ Cepatnya mama sampai. Mama pakai pintu sesuka hati Doraemon ke, ma?’ Zack bertanya kalut.

‘ Hish, karut lah kamu! Arin mana??’

‘ Arin kat klinik, ma.’

‘ Maria, kamu ikut akak pergi klinik tengok Arin. Kamu berdua tengokkan si buntal ni, jangan sampai dia terlepas.’ Kata mama memberi arahan semacam polis Gerak Khas.

‘ Honey, ayang pergi dulu. Nanti ayang balik sini balik, tau.’ Kata auntie Maria ala-ala perempuan gedik gatal sambil mengusap-usap pipi dan bibir suaminya. Mama tengok pun naik meremang bulu roma! Tak padan dengan tua dua-dua makhluk tak berekor ni!

-----

‘ Betul uncle Amri buat bebukan pada kamu, Rin??’ Sesampai je ke klinik, mama terus menerpa masuk dan bertanya laju kepada Arin yang sedang tidur sebelumnya. Dia terbangun, terpinga-pinga sekejap, dan mengangguk kemudiannya.

‘ Dia raped kamu macam yang Zack cakap?? Beritahu aku sekarang!’ Auntie Maria secara tiba-tiba naik angin dan menjerit kuat sehingga ada nurse yang menegur. Arin kelip-kelip dengan muka lagak kesiannya merenung seorang demi seorang di kelilingnya. Mesti pending lagi nih! Lama kemudian baru dia bersuara.

‘ Rape.. tu apa, Zack?’ Mak ai! Zack tepuk dahi.

‘ Rogol, my dear. Betul kan uncle Amri buat macam tu kat Arin?’ Arin angguk perlahan. Muka auntie Maria berubah tiba-tiba. Kakinya terasa longlai dan dia terduduk di situ. Punah hatinya melihat anggukan Arin. Awalnya, dia tidak percaya akan kata-kata Zack walaupun dia tahu yang suaminya agak gatal tak padan dengan tua, namun untuk menyenangkan hati, dia cuba berlagak untuk tidak percaya dan tetap menyebelahi suaminya. Namun, kini semuanya sudah pun terbongkar.

‘ Kau la penyebabnya, perempuan! Kau yang goda dia kan??!’ Selaps auntie Maria diangkat oleh mama Zack, tangannya segera mencekak kuat leher Arin. Memang sah keluarga ni keluarga dinasour zaman batu!

‘ Apa ni, auntie?? Lepaskan dia la!’ Zack bergelut dengan auntie Maria, akhirnya auntie Maria melepaskan Arin dan berlalu ke sofa berdekatan. Air matanya turun laju membasahi pipi.

‘ Kak, Ria tak percaya dia sanggup buat macam tu! Tak percaya, kak!’ Auntie Maria menangis di bahu mama Zack. Hantu belaan uncle Amri sudah keluar! Zack mengeluh kuat dari jauh selepas dia membetul-betulkan baju Arin.

‘ Sabarlah, Ria. Akak pun tak sangka dia sekejam tu.’ Datin Gold mengusap-usap belakang adik kandungnya itu, tahu lah si buntal tu aku kerjakan nanti!

-----

‘ Kak, Ria harap kak tak lapor benda ni pada pihak polis.’ Auntie Maria berkata sambil tersedu di cafĂ© berdekatan dengan klinik.

‘ Tapi, Ria, kalau kita biarkan, nanti makin ramai perempuan dirogolnya!’

‘ Kak, musnah habis hidup kami anak beranak kalau benda ni dihebohkan! Mesti business dia corrupt kalau semua orang tahu, kak. Tolong lah pertimbangkan.’ Auntie Maria merayu.

‘ Em, yela, akak faham keadaan Ria. Tapi, kita terpaksa jugak hukum dia walau apa pun. Ria nak ke kalau dia buat pada perempuan lain pulak?? Ini benda serius, Ria. Amri tu takkan insaf kalau kita biar dia macam tu je.’

Auntie Maria angguk. Betul 100 peratus apa yang dikata oleh kakaknya itu. Namun, dia masih dalam dilema kerana cintanya pada suaminya itu.

----

‘ Rin, kau lapar lagi tak? Nak makan apa-apa lagi?’ Zack bertanya di sisi Arin.

‘ Tak nak. Arin nak pergi taman. Zack boleh bawak kan?’

‘ Kau kan tak sihat, mana boleh jalan-jalan sangat, nanti kalau jadi apa-apa yang lagi teruk macammana?’ Arin diam. Dia merenung siling.

‘ Rin. Aku ada benda nak beritahu kau. Aku dah lama peram and pendam pasal ni, tapi sekarang aku rasa aku kena beritahu kau jugak.’

‘ Apa dia, Zack?’ Arin bertanya perlahan sambil merenung lembut ke arah Zack.

‘ Aku sebenarnya perempuan. Aku mintak maaf sebab tak beritahu kau awal-awal. Bila aku nak beritahu, ada je benda yang kacau. Lastly, aku sendiri terlupa nak beritahu.’

Arin senyum nipis. Zack merenung Arin penuh excited, menunggu apa reaksi Arin tentang jantinanya itu.

‘ Zack.. sebenarnya, Arin pun ada benda nak beritahu.’

‘ Emm?’

‘ Zack dendalah Arin kerja 10 bulan takde gaji, sebab Arin.. Arin..’

‘ Kau masuk bilik aku??’ Mata Zack membulat.

‘ Zack jangan marah Arin. Arin teringin nak tahu apa benda yang Zack sembunyi dalam bilik tu, tu sebab..’ Air mata Arin mula bertakung di tubir mata. Takut melihat Zack merenungnya dalam. Tak lama, Zack pun senyum.

‘ Nope, aku tak marah la. Aku gurau-gurau je pun pasal notis tu pun. Takkan la aku ni kejam sangat kot nak buat macam tu. Cukup, okay? Dah, jangan la nangis-nangis lagi. Aku ni budak baik je tau? Kekadang je aku nakal.’ Zack senyum sambil mengusap air mata Arin.

‘ Jadinya, kau dah lama tau la aku ni perempuan?’ Arin angguk perlahan.

-----

‘ Helo! Zack! Ni aku ni, aku ada benda nak kena beritahu kau!’

‘ Esh! Mangkuk mana nak kena sekeh ni? Wei, siapa ni, call aku pepagi buta yang aman? Takde masa lain kau nak call?’ Zack membebel kerana tidurnya terganggu. Sudah banyak hari tidurnya tidak tentu masa kerana bermacam hal yang perlu diselesai.

Matanya masih tertutup. Air liurnya disapu dengan belakang tangannya sambil sebelah tangan lagi memegang handphone.

‘ Ni aku la, Azim!’

‘ Oh, kau. Nak apa, albino?’ Zack bertanya malas.

‘ Mak ayah aku dah setuju nak aku bertunang!’ Suara Azim kuat menjerit di talian.

‘ Ler, dah tu kau nak kecoh kat aku buat apa? Pergi ar beritahu awek kau je, hai kau ni, sengal betul.’

‘ Kau la sengal, mangkuk! Mak ayah aku nak aku bertunang dengan kau!’

‘ What on earth??!’ Zack automatik terbangun dan matanya terbuka seluas mungkin!

Ahad, 21 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 19

' Blah ar kau, jantan keparat!!' Zack menghadiahkan flying kick tepat mengena ke muka tembok uncle Amri.

' Bangang kau, Zack!' Uncle Amri menempik kuat sambil memegang pipinya yang disepak Zack tadi, merah. Tangannya cuba untuk menangkap Zack, namun Zack lebih cepat bertindak.

' Kau lagi bangang la, orang tua tak sedar diri!' Oh, selama ni aku takde tempat and makhluk nak test gaya Twist of Fate Jeff Hardy, so hari ni, kau lah mangsa pertama yang malang kena Twist of Fate aku!

Perut uncle Amri disepak sekuat hati dan lehernya dicekak dan dipulas,( Aku tak reti nak cerita huhu korang tengok la sendiri dalam WWE) akhirnya uncle Amri terbaring kepeningan.

' Baik kau zip balik seluar kau, mangkuk! Geli geleman aku melihat benda alah kau tu! Hish!' Zack menjerit kuat.

' Zack..' Tiba-tiba, suara Arin kedengaran memanggil Zack lemah.

' Arin, kau okay tak?' Zack cepat-cepat mendukung Arin dan dibaringkan ke atas sofa. Kemudian, Zack mencapai baju Arin di atas lantai dan menutup badannya dengan baju tersebut.

' Kau ingat kau dah hebat sangat ke, hah?' Leher baju Zack dicekik dari belakang. Badannya dipusing menghadap uncle Amri yang kelihatannya seperti dinasour zaman batu itu lalu lehernya dicekik kemas. Zack pucat, nafasnya tersekat. Dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Namun, apa guna ada tali pinggang hitam Taekwondo kalau tak boleh balas balik??

Zack tak mudah menyerah kalah. Dia segera mencucuk 2 bijik mata dinasour tadi sedalam-dalamnya sehingga cengkaman dinasour itu pun terlepas.

' Ahh! Kurang ajar kau!' Uncle Amri melepaskan leher Zack dan cuba menahan kepedihan matanya dicucuk.

' This is for your sins, dinasour gemuk!' Zack melibas pasu bunga sebesar perut uncle Amri tepat ke muka pakciknya itu dan darah memercik keluar. Uncle Amri pengsan di situ.

' Arin, kau tahan sekejap. Aku nak uruskan badak berendam ni dulu.'

' Berat gila! Kau telan duit syiling ke sampai buncit macam ni ni?? Uhh!!' Zack cuba mengheret uncle Amri ke dalam stor dan dikunci dari luar kemudiannya menggunakan mangga Solex sebesar penumbuk.

' Sweet dream, monster!' Zack puas dan lega kerana dia tidak cepat lemah dan mengalah di saat-saat genting. Kalau tak, mesti uncle Amri sempat melarikan diri, dan mungkin aku yang akan dipersalahkan nanti!

' Arin, jom aku bawak kau pergi klinik.' Arin yang semakin pucat itu didukung Zack dan dibawa ke klinik berdekatan.

Sementara menunggu Arin dirawat, Zack menghubungi mamanya. Aku tak boleh selesaikan kes ni seorang diri! Kes berat ni, kalau kes Arin muntah atas aku takpe lagi, ini kes Arin kena rogol!

' Mama, you should come back here ASAP! I've something I need to tell you! No, not in the phone, mama. Okay, okay then, I'll tell you.'

' What??!' Mamanya menjerit kuat di hujung talian selepas Zack habis bercerita. Mak ai, pekak lah anakmu yang seorang ini, mama! Zack menjauhkan sedikit handphone dari telinganya.

' Ye, mama. Sebab tu Zack mintak mama balik, tolong Zack selesaikan masalah ni. Zack takut kalau-kalau uncle Amri sempat lari, ma! Please!'

' Ma, I'll call you back later. Doktor Arin dah keluar ni, ma. Okay, tata.'

' Macam mana dia doktor? Okay tak??'

' Dia banyak hilang darah disebabkan keguguran. Dan dia mungkin akan susah untuk mengandung lagi selepas ni. Kami kena tahan dia dulu untuk sementara waktu sampai keadaan dia kembali stabil.'

' Okay, thanks, doktor. Boleh saya tengok dia?'

' Please. But don't take too long. She needs some rest.' Zack angguk. Dia masuk ke bilik tersebut dan memandang sayu ke arah Arin.

' Aku mintak maaf, Rin. Aku tak dapat protect kau.' Rambut Arin diusap sikit. Arin membuka matanya perlahan.

' Zack.. Kenapa cakap macam tu? Zack tak salah.' Arin berkata perlahan, suaranya serak.

' Tapi, baby kau dah takde, Rin. Kalau aku tak..' Arin menutup mulut Zack.(ehem)

' Benda dah jadi, Zack. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.'

' Kau nak makan apa? Aku belikan. Kejap.' Zack bangun dan berlalu jauh sedikit daripada Arin selepas handphonenya berdering.

' Okay, ma. Bila mama nak sampai?' Dari jauh kedengaran Zack bercakap. Arin mengurut perutnya. Babynya sudah tiada. Dia agak trauma dengan kejadian tadi, namun dia cuba menyembunyikannya dari penglihatan Zack supaya Zack tidak terus rasa bersalah. Padahalnya, dia yang patut dipersalah kerana degil tidak mahu mengikuti Zack awal pagi tadi.

' Arin, aku ada benda kena selesai. Kau duduk diam-diam kat sini, okay? Dengar cakap doktor, jangan degil.' Zack bangun, namun tangannya segera disambar Arin.

' Arin mintak maaf, selalu menyusahkan Zack.' Matanya merenung dalam ke mata Zack.

' Arin, kau jangan macam ni. Aku dah anggap kau macam adik aku dah. Dah, okay? Kau kena rehat cukup-cukup. Kau tak sihat ni.' Arin menangis tiba-tiba. Dia hairan kenapa hatinya bagai terhiris duri sembilu mendengarkan Zack hanya menganggapnya sebagai adik sahaja. Hatinya bagai meronta-ronta menginginkan Zack menganggapnya lebih daripada seorang adik.

' Dah, tak nak nangis. Ssshh.. Sini. Aku kan ada ni.' Zack memeluk Arin. Lama Arin menangis sepuas hati di dada Zack sehingga akhirnya dia pun tertidur.

---------------

' Yo, bro! Sorry lambat sikit, ada hal tadi. Jom, masuk.' Zack mempelawa 2 orang bodyguard yang dihantar mamanya untuk masuk ke dalam rumah. Badan kedua-duanya sangat lah kemas dan taf, serupa hero Asta La Vista, babe itu huhu. Dengan spek hitamnya, muka tak payah sebut, aku tengok pun takut beb! Serius giler! Siapa la yang nak kahwin dengan diorang dua ni agaknya huhu.

' Mana dia, tuan?' Mak ai, tuan lagi!

' Ada dalam stor ni, bro. Rasanya dia memang tak dapat keluar.'

' Nak kami cek?'

' Emm, boleh jugak.' Zack membalas. Kedua-dua brothers tadi mengeluarkan senjata. Seorang revolver, seorang pisau. Berkilat siot! Zack telan air liur. Woo, risky gila hidup!

Mereka membuka mangga Solex itu dan menjenguk ke dalam.

' Woi! Lepaskan aku, Zack! Jahanam kau!' Kedengaran kuat suara uncle Amri menjerit.

' Better you just shut up your mouth, buddy!' Ambik kau! Kena sekali dengan bro taf tu huhu. Berani lawan la! Sekali kena shot, innalillah la kau kat situ, mangkuk!

' Sorry la, dinasour. Kau mesti lapar kan? Tapi, aku rasa kau patut diet sementara kes kau ni nak selesai.' Zack menjerit di balik badan abang taf tadi.

' Zack! Mana uncle? Mana dia??' Eh eh? Datang dah ayang dia. Cepat betul!

' Ayang! Tolong honey!' Ya Allah! Makin tua makin menjadi! Aku yang tak mengandung ni pun naik loya tekak mendengarnya! Hee, tak malu siot! Dah curang dengan bini pun, still nak carik bini dia jugak!

' Honey, honey okay tak? Ya Allah, kenapa berdarah-darah ni?' Auntie Maria gelisah.

' Ayang tanya la si Zack tu, apa yang dia dah buat dekat honey!' Esh! Macam pasangan gay pun ada aku tengok! Berhoney honey walaupun dia laki! Tobat aku dengan laki bini nih!

Auntie Maria memandang ke arah Zack.

' Apa dah jadi, Zack?'

' Auntie tanya lah HONEY auntie tu!' Zack menjawab dengan nada memerli, siap dengan gaya mak nyah lagi!

' Zack! Just tell me, okay?? Jangan buat auntie angin dekat sini.' Auntie Maria membalas. Mak ai! Poyo pulak makcik aku ni!

' He raped Arin just now! RAPED! Go ask him la!' Zack membalas bengang. Auntie Maria melopong.

' Betul ke ni, honey? Betul ke??' Nak pulak orang tua tu mengaku!

' Dia tipu, ayang. Dia tipu.' Uncle Amri membalas manja. Orang tua ni memang nak merasa Tomb Stone aku pulak kot??

Thanks to All!



Salam.

Aku sangatlah berterima kasih di atas ke'concern'an korang semua yang m'baca & m'komen tentang post 'Karya aku kat P2U' tu. Aku sangat2 m'hargai!

Utk adik Rynaz yg b'mati2an m'back up akk(ehem), thanks ya, tapi jangan sampai abaikan pelajaran pulak ok? Adik jangan risau na, akak tak kisah sangat dia nak tolong post kan, cumanya dekat P2U tu ramai orang yg kuat agama & tak dapat terima cerita2 yg macam ni, akak rasa tak best orang tuduh akk buat cerita bbukan, sebab tu akk dah malas nak post ke sana.

Utk pengepost citer aku yg tak seberapa nih, aku tetap b'terima kasih pada dia. Cumanya aku dah xnak dipandang serong lagi kat P2U tu, kalau diorang yg nak terus m'baca boleh teruskan kat sini aje.

P2U pun,(kot2 ade yg t'kait dgn P2U m'baca post ni), tanx coz sudi menyiarkan cerita Zack tu. Blog P2U memang best! Cumanya atas sebab2 t'tentu, rasanya pengeposan citer Zack tu harus diberhentikan. Tapi, bukan sebab penulis dah ada blog sendiri, then terus lupakan P2U macam tu je, tapi rasa2nya P2U pun boleh lah faham keadaan penulis ni camne kan huhu.

Apa pon, aku tau korang yang menyokong aku nih memang yang t'best! Mintak maaf coz xdapat balas semua komen di post yg lepas tu, tapi aku nak korang semua tau, yg korang semua memang aku sayang huhu sebabnya tetap menyokong aku w'pun pelbagai wahana bicara yang tidak sepatutnya dilemparkan pada aku (ecece poyo je), tapi korang tetap menyokong aku! Aku sayang korang dan amat m'hargai semua sokongan korang untuk aku!

Aku rasa macam tulis wasiat pulak, cukup lah dulu aku berwasiat, aku pun nak cepat2 habiskan citer Zack tu, coz U dah nak open back da, aku takut aku xsempat nak menaip episod baru utk dipost nnti, so better aku rasa tamatkan cecepat huhu. It's nice to know all the members & readers of this nobel(novel)! Aku dah tak tau nak kata apa, tapi aku memang appreaciated korang semua. Cukup lah, karang makin panjang, penat korang nak m'baca. Okay, thanks lagi 100x, wasallam.

Sabtu, 20 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 18

' Rin, jom ikut aku pergi butik kejap. Aku nak lawat-lawat dulu sebelum rasmi nanti.' Zack berkata kepada Arin pada suatu pagi.

' Ala, Arin malas la nak pergi, tak ikut Zack, boleh tak?' Arin berkata perlahan sambil melipat baju yang dilonggok sejemput di atas lantai.

' Bahaya la aku nak tinggalkan kau seorang-seorang dekat rumah ni. Orang jahat ramai sekarang ni. Kalau jadi apa-apa kat kau, siapa nak tanggungjawab? Mama suruh aku jaga kau tau tak?' Zack membebel panjang.

' Takpe, Zack. Arin pandai jaga diri sendiri. Lagipun, kan ke rumah ni ada alarm, Zack?' Jawab Arin acuh tak acuh.

' Kalau jadi apa-apa kat kau, aku nak kata apa kat mak ayah kau, ha?' Zack tak puas hati.

' Takpe, Arin pepandai lah jawab nanti. Zack.. Arin ada benda nak mintak tolong Zack.'

' Apa dia?'

' Tolong belikan Arin buah cempedak. Arin teringin sangat nak makan.' Kata Arin sambil telan air liur.

' Oh, okay. Kau nak apa lagi? Kau fikir dulu, kejap lagi beritahu aku, okay? Aku naik tukar baju dulu.' Zack berlalu ke atas.

5 minit kemudian, Zack pun turun.

' Kau betul tak nak ikut ni? Aku risau la, Rin. Kau dah la tengah pregnant ni. Jom jela ikut aku.'

' Arin nak rehat dekat rumah je, Zack. Arin tak larat nak jalan jauh-jauh.' Arin berdalih lagi.

' Em, yela macam tu. Ingat, kunci semua pintu-pintu ni. Jangan keluar selagi aku tak balik, faham?' Arin angguk di depan muka pintu.

' Zack balik pukul berapa?'

' Aku tak tau lagi. Aku takut lama je aku keluar ni, tu sebab aku ajak kau pergi sekali.' Arin geleng walaupun dah banyak kali Zack memujuknya.

' Okay lah. Aku gerak dulu. Kunci pintu. Jangan main bukak je kalau orang kau tak kenal datang. Dengar tak ni?'

' Ye. Balik cepat tau, Zack. Hati-hati.'

' Ye, aku try balik cepat. Kau pun hati-hati. Ingat baby dalam perut tu.' Zack senyum sekilas dan terus masuk ke dalam perut kereta Porshe itu dan memakai cermin mata hitam. Gila smart! Arin menjerit di dalam hati. Tapi kenapa lah dia perempuan?

-----

Zack merenung Rill's Collection di hadapannya. Rill tu mesti nama aku huhu. Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam butik itu selepas pintunya dibuka menggunakan kunci yang diberi mama kepadanya tempoh hari. Mak ai! Plain nak mati! Tak padan langsung dengan nama butiknya a.k.a nama aku yang hensem ni!

Zack pusing-pusing. Luas, cuma macam takde perasaan langsung aku bila masuk dalam ni! Zack pun menghubungi mamanya.

' Ma, Zack nak renovate butik ni, boleh tak?'

' Em ye sayang, buat la apa pun Zack nak buat. Mama tak kisah, jangan letupkan sudah la.'

' Okay, mama bagi number interior designer dekat Zack. Zack nak contact dia sekejap.'

-----

' Okay, look. Saya nak butik ni guna background romantik. Bila masuk, ada aura baru yang menusuk. Cuba awak masuk, ada rasa aura apa-apa tak?' Zack berbicara dengan seorang interior designer kategori auww. Bajunya ketat, rambutnya diikat dan dia memakai cekak di kepala. Tapi bagus orangnya, sebab aku call tak sampai 10 minit dia dah sampai kat butik ni.

' Nope, tak rasa apa-apa.'

' Haa, pandai! Kalau boleh, saya nak encik..'

' Ehem.'

' Oh, sorry, saya nak mintak Erica, ehem, tolong tambahkan mood romantic, bila masuk, rasa terawang-awang je.' Erica.. mungkin nama asalnya Eric kot, tapi nak feminin sikit, tu yang jadi Erica tu.

' Okay, no problem punya.'

' Letak air terjun kecik seketul, lampu oren untuk yang malap and cerah, dekat cermin pulak, bila ada orang berdiri depan cermin tu je, terus lampu menyala. And fragrance! That's the most important. Awak mesti tahu kan apa fragrance yang sesuai, then speaker pun saya nak awak letak sekali. Boleh?'

' Boleh, tapi certain things I kena mintak tolong kawan I jugak la.'

' Takpe, Rica. Just finish them, then I'll pay you, okay? Just make sure everything's perfect, that's all. This is for the deposit. Call saya kalau ada apa-apa, okay?'

' Thanks for your cooperation!' Zack senyum kambing gurun, kemudian menghantar Erica keluar dari butiknya dengan ekor matanya sahaja.

' Uhh, lewat dah ni. Mana aku nak cari cempedak pulak untuk si Kitten tu?' Zack menggaru-garu kepalanya dan merenung ke luar.

-----

' Eh, uncle Amri. Zack takde kat rumah, nanti je uncle datang balik, okay?' Arin berkata di balik pintu pagar yang berkunci dari dalam selepas dia keluar untuk melihat siapakah yang menekan loceng rumah sampai 12 kali itu. Kalau boleh, nak tekan sampai meletup kot kotak loceng tu baru puas hati!

' Takkan tak nak jemput uncle masuk dulu kot?' Kata uncle Amri sambil mengurut-urut perut buncitnya.

Arin kelip-kelip. Apa patut aku buat ni? Arin dah mula blur. Nak ajak masuk, dia sendiri seram melihat ke arah uncle Amri yang suka sangat merenungnya itu. Tapi, nak paksa dia balik, karang tak hormat tetamu pulak. Arin pening, akhirnya dia membukakan pagar untuk uncle Amri masuk.

' Masukla dulu, uncle. Tunggu Zack balik. Saya masuk dalam dulu.'

' Ala, duduk la dulu dekat sini dengan abang. Kita borak-borak.' Esh! Cukup lah tidak sedar diri pakcik tua ini! Kalau aku tak tahan ni, mahu aku muntah hijau kat muka dia! Ee, geli geleman gila!

' Tak boleh, saya banyak kerja ni, uncle.' Arin menolak baik. Namun, uncle Amri mula menarik lengannya kuat.

' Lepaslah, uncle! Sakit ni! Eh, apa ni, uncle! Saya tak suka la!' Kata Arin apabila uncle Amri mula mendekatkan dirinya dengan badan Arin.

' Arin, abang tak tahan la tengok Arin. Tiap malam abang terbayangkan Arin. Muka Arin, badan Arin.. cantik sangat.'

' Cukup la, uncle. Lepaskan saya. Tolong.' Arin terus merayu. Fikirannya memikirkan Zack. Kenapa dia tak balik-balik lagi? Ya Allah! Kau tolong lah aku!

' Jangan macam tu, sayang. Abang betul-betul.. Aduh! Perempuan sial!' Arin menyepak celah kangkang uncle Amri sekuat hati seperti yang pernah diajar Zack dan dia segera berlari ke pintu rumah.

' Tunggu kau!' Uncle Amri mengejar Arin dari belakang. Dada Arin berdebar kuat. Kakinya bergetar, namun dicuba untuk terus berlari. Katakutan melanda diri, dia sudah tekad tidak akan mudah menyerah diri kepada lelaki lagi!

Uncle Amri menolak kuat pintu rumah yang tidak sempat ditutup Arin. Arin mencuba sedaya-upaya untuk menutup pintu tersebut, namun apa lah daya seorang wanita berbanding lelaki, yang badannya pulak kalah anak badak air itu!

' Kau ingat macam tu je aku nak lepaskan kau, hah? Takkan sekali-kali! Dah lama aku tunggu peluang ni. Peluang aku nak merasa badan bergetah kau tu!' Arin terjatuh selepas pintu besar itu ditolak kuat oleh uncle Amri. Air matanya sudah mengalir di pipi. Sakit dan perit mula terasa di rahimnya. Darah merah menitik keluar.

' Oh, takut ye, sayang? Jangan takut, abang dah excellent dalam semua ni. Sini.'

Arin menangis dan meraung sekuat hati. Namun, suaranya terlalu perlahan dan jauh untuk didengar oleh jiran sebelah. Tangannya memegang bawah perutnya. Kesakitan yang amat terlalu dirasai. Uncle Amri terus meraba-raba tubuhnya. Dicium-cium penuh nafsu.

' Oh, sayang abang period ye? Nasib lah, sebab abang memang suka kalau sayang period time macam ni. Baru nikmat.' Arin tidak berdaya untuk melawan lagi. Dia sudah longlai di atas lantai dan terpaksa merelakan semua perbuatan uncle Amri. Cuma hatinya berdoa kepada Allah supaya ada pertolongan yang datang.

Zack memarkir kereta di porch dan keluar sambil menyanyi-nyanyi, mesti dia suka aku beli kan cucur cempedak nih! Zack senyum membayangkan muka gelojoh Arin apabila dapat makanan yang diidamkan hehe.

Kasut lelaki mana ni?? Zack menolak daun pintu pantas.

' Arin!' Zack menjerit kuat melihatkan yang Arin sudah tidak berpakaian dan sedang dirogol oleh uncle Amri, adik ipar mamanya! Cucur cempedak yang dibelinya untuk Arin tadi dilempar ke sisi.

' Berani kau buat macam ni??!'

Jumaat, 19 Jun 2009

Karya aku kat P2U..(hot gossip ehem)


Salam.
Aku malas nak citer sal ni, tapi aku pun xtaw la camne ye, coz nya aku perasan dah 2 episod citer Zack tuh ade kat P2U, pdahal aku dah stop post citer aku kat sana. Aku pun tak tau makhluk mana yang m'post cter tuh & aku dah malas nak post coz aku dah agak, gerenti ramai yg akan salah paham dgn ke'caring'an si Zack tuh. Padahal citer nye belum pun habis, dah pandai buat conclusion yang aku ni mnulis citer lesbian & kata pulak cter tu citer bodoh. Huhu, sabar je la.

So so nya, aku memang xkisah org nak copy citer aku tu, sbb tu aku x disable copy paste, tapi skrgni aku dah mula t'pikir sal disable copy paste tu memandangkan org kat P2U da memandang serong pada cter ku itu. Hehe aku tau, antara reramai memember blog nih, mesti ada gak yg mula pikir aku nih menulis citer bbukan, tp apa pon, citer nih tak melibatkan homoseksual untuk info korang lah (terpaksa bocorkan rahsia huhu). Mungkin gak aku buat watak Zack tu t'lalu caring, but it's the reality.

Sepanjang pengalaman aku m'baca & m'kaji, tomboy ni memang caring pada girl & suppose to coz they are a girl actually, right? Macam aku pun, biasa ar kalau ada kawan sakit, memang aku akan layan diorang camtu pun. Pape pon, mungkin dah nampak macam t'lalu over dalam storyline aku sampai org pikir bbukan kan.

Jadinya, xpelah kan sebab bukan semua orang boleh terima tomboy or boyish dalam hidup diorang. Untuk korang yang dah mula pandang serong, arapnya xperlu lah ye, coz nye cter nih cam cter normal yg lain, cuma ade part2 yg abnormal pada certain2 org. Korang still support aku tak ni huhu.(?) Tapi kali ni aku xmajuk tau, just nak luahkan pasaan je huhu. Steady as usual, peace! Smile then!

** Nak tanya p'dapat korang, patut x aku disable copy paste? Thank u so much333 kpd semua readers! Sayang korang semua!

Selasa, 16 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 17

' Arin! Kau tak jemu ke duduk terperuk je kat rumah ni? Jom esok kita pergi air terjun nak?' Zack bertanya semangat kepada Arin petang itu.

' Em, tak kisah, Zack. Arin ikut je apa plan Zack.' Arin membalas acuh tak acuh.

' Kenapa dengan kau ni, Rin? Apa dah jadi? Kau nampak pelik je aku tengok? Baby buat hal ye? Huhu.' Kata Zack, senyum sambil mengurut-urut perut Arin. Namun Arin menepis lembut.

' Arin nak pergi tandas.' Arin berlalu. Aish. Apa kes? Selalu steady je kalau aku usik-usik pun? Lagi suka ada la. Hish, ni payah ni jadi orang mengandung, mood jadi tak tentu hala. Em, takpe jela, nak buat macam mana kan, dah nature macam tu. Kemudian Zack mencapai handphone Sony Ericsson nya dan mencari nombor contact abang Din.

' Assalamualaikum! Haa, bang Din! Ni Zack. Esok free tak?'

Zack??! Mana dia dapat nombor aku?? Aduh, aku memang tengah rindu gila dengan dia! Macam ada instinct je si Zack ni hehe.

' Wa'alaikumsalam, Zack! Mana dapat nombor abang?' Abang Din cuba steady cover macho, walaupun hati dah berdebar gila kuat saat mendengar suara ' buah hati pengarang jantung' yang 'dirindui'. Ehem..!

' Oh, ada la, bang. Takat nombor telefon abang tu, petik jari je dapat!' Padahal, bukan main susah dia merayu kat mama mintak nombor telefon abang Din, memandangkan mama je yang ada meng'save' nombor abang Din hari tu.

' Ala, mama, boleh la bagi, ada benda penting Zack nak cakap dengan dia..' Zack memujuk mama supaya memberikannya nombor telefon abang Din pagi tadi semasa dia menghubungi mamanya di Perak.

' Nak buat apa? Zack nak menggatal dengan lelaki tu ke, ha? Tak boleh! Mama tak bagi.'

' Ala, boleh la, ma. Zack bukan nak menggatal pun, mama kan tau anak mama ni jenis yang macam mana? Bukan jenis menggedik tak tentu hala punya orang, ma. Boleh eh, ma?' Zack terus memujuk sampai akhirnya mama terpaksa mengalah. Anak pun seorang tu je yang ada, tu la yang kena bebetul jaga walaupun tak la menjaga sangat pun huhu.

' Yeah, thanks mama! Love you forever and ever!'

' Zack, ada apa call abang ni?'

' Eh, em.. Takde, Zack nak tanya abang free tak esok? Nak ajak abang pergi air terjun.' Zack yang sempat mengelamun sebentar tadi terkejut mendengar suara abang Din di talian.

' Oh, boleh kot. Nanti abang tanya bos dulu, okay? Ni nombor Zack ke?' Che, buat-buat nak tanya bos konon, padahal kalau ikut hati, aku nak je terus jerit boleh, boleh, boleh sangat! Yes, pucuk dicita, ulam mendatang! Tapi, apa pun, kemachoan tetap kena jaga, tak ke nampak gelojoh sangat nanti hehe.

' Yep. Okay, apa-apa nanti abang call je nombor ni. SMS pun akan dilayan huhu.'

' Okay, beres, Zack!'

' Okay, bang! Gotta go. Tata.' Zack menekan butang merah pada handphonenya itu. Uhh, bahagia pulak rasanya boleh lepas rindu walaupun cakap ikut telefon je hehe.

Yes, yes, yes! Abang Din excited gila sakan selepas mendapat call daripada Zack, esok aku nak luahkan perasaan aku kat dia! Wah, dah lama tak beromantik nih! Ehem, esok jugak aku akan test, dia lelaki or perempuan!

------

' Rin, kau bawak towel, baju and seluar spare. Mana tau kot-kot kau teringin nak mandi ke?' Arin angguk sikit je.

' Rin, kenapa dengan kau ni? Unhappy je aku tengok? Kau ada masalah ke? Cuba beritahu aku?' Arin geleng. Dia kelihatan sedikit leka menyapu sampah di dapur pagi itu.

' Ha, helo, bang! Abang tunggu dekat kedai, nanti saya gerak sana, okay?' Arin menjeling sebentar. Hatinya masih kecewa selepas mengetahui yang Zack adalah seorang perempuan, namun dia cuba bersikap dingin bagi menghilangkan perasaan sayang dan cinta yang dah berputik tanpa dipinta itu.

------

' Wah, besarnya kereta, Zack?' Abang Din terpaku sebentar melihat Toyota Vios yang dipandu Zack.

' Takde, bang. Sewa je ni! Jom, masuk!' Abang Din pun masuk dengan membawa beg plastik sederhana besar.

' Eh, Arin. Apa khabar?' Abang Din menegur. Arin senyum je. Ada jugak budak ni, ingat aku berdua je dengan Zack!

' Dia tak sihat sikit 2, 3 hari ni, bang. Entah kenapa entah.'

' Oh..' Abang Din mula tak sedap duduk. Banyak betul duit dia sewa Vios ni? Bukan murah, mahu cecah ratus-ratus jugak kalau sewa sehari semalam. Minyak lagi.

' Bos kata apa, bang?' Zack mencari topik bersembang dengan makhluk yang dah berjaya membuatkan hatinya berbunga-bunga.

' Oh, okay je bos tu. Takde masalah pun.' Mereka terus bersembang, manakala Arin lebih senang untuk berdiam diri dan melayan blues seorang diri di sebelah Zack. Kekadang Zack bertanya keadaannya, namun dia tetap ber'acting' dingin.

Sesampainya mereka ke sana, Zack dah tak menyempat dah nak terjun ke dalam air.

' Wah! Air terjun kesayanganku! I'm coming!' Zack terus melompat masuk ke dalam air jernih di situ selepas mereka mendaki beberapa puluh anak tangga untuk mencari port yang best. Abang Din juga begitu, cuma Arin sahaja yang tidak segembira mereka berdua.

Zack sangat happy. Dia menyimbah-nyimbah air ke muka abang Din, abang Din pun membalas. Mana boleh biar! Abang Din bahagia dapat menghabiskan masa bersama dengan Zack. Arin nampak macam dah tak menjadi saingan aku lagi dah kali ni hehe! Mereka berdua bermain-main, berenang-renang ke sana sini mengalahkan budak kecik.

Abang Din cuba memerhatikan Zack.

' Kau tengok lah halkum dia!' Abang Din teringat akan kata-kata Arif apabila dia bertanya bagaimana mahu membezakan antara lelaki dan perempuan.

' Tapi, tak semua lelaki halkum dia besar! Tengok macam aku ni, mana ada nampak pun halkum aku!' Abang Din membalas. Dia juga pernah terbaca yang bukan semua lelaki mempunyai halkum yang nyata dapat dilihat, dan ada jugak perempuan yang mempunyai halkum di tekak.

' Kau tengok dada dia.' Aku tengok rata je macam dada aku?

' Kulit dia, lembut tak?' Em, agak lembut jugak kalau banding dengan aku.

' Bulu dada mesti ada kalau lelaki.'

' Bukan semua lelaki berbulu la, mangkuk!' Kena cepuk sekali.

' Lastly, kau bukak je seluar dia, cek dengan mata kau, kan senang?'

' Banyak la senang engkau! Hai, kau ni memang nak kena penangan sulung aku kot??' Khayalannya sebentar tadi hilang selepas terdengar suara Zack bercakap.

' Rin, come! Don't act like that! Come!' Zack menghulurkan tangannya kepada Arin yang berada di tebing, cuma membasahkan sedikit kakinya yang putih melepak itu.

' Tak nak.' Arin masih berkeras. Zack geram. Dah lama aku tak buli orang ni! Yang tak nak tu la yang aku nak sangat bagi 'nak'!

' Ahh! Zack! Habis la basah!' Zack menarik tangan Arin masuk ke dalam air yang agak dalam jugak itu. Ketawa Zack berderai kuat.

' Uhh, lemas!' Arin jerit kecil. Zack segera mencapai tangan Arin yang sudah agak tenggelam itu. Tangannya memeluk kemas pinggang Arin supaya Arin tidak terus tenggelam. Air terjun pun, ada certain-certain places yang boleh lemaskan orang!

' Arin! Kau okay tak??' Zack memegang pipi Arin yang terbatuk-batuk itu.

' Zack! Kenapa buat Arin macam ni??' Arin menampar-nampar lembut dada Zack. Tanpa sedar, dia menangis di bahu Zack.

' Arin, kenapa kau nangis ni?? Sakit kat mana-mana ke? Cakap la kat aku?' Zack bertanya lembut. Tangannya membelai lembut rambut basah Arin. Abang Din hanya melihat dari jauh dengan api cemburu yang membara. Fuh! Acting sebijik macam loving couple! Ish, panas gila siot dah hati aku ni!

Zack perlahan-lahan membawa Arin naik ke tebing. Tangis Arin masih bersisa. Sekian lama dipendam, akhirnya dia harus akui yang dia tidak dapat membuang perasaan itu pada Zack dengan begitu mudah.

' Kau sejuk tak?' Zack risau apabila dilihat bibir Arin membiru. Segera dia mencapai tuala dan menyelimutkan tubuh Arin. Tapak tangannya digosok-gosok dengan tapak tangan Arin, bagi memberi sedikit haba kepada Arin.

' Nak makan? Aku suapkan kau.' Abang Din terabai sebentar. Fikiran Zack hanya tertumpu pada Arin. Selepas disuap beberapa sudu bihun goreng oleh Zack, Arin menggelengkan kepalanya.

' Kau okay tak ni? Nak balik sekarang tak?' Zack bertanya penuh risau.

' Takpe. Jauh kan kita datang.'

' Tak kisah, kau tu yang lagi penting. Kau okay tak ni? Jom, baring dulu dekat pondok tu sebelum kita balik, okay?' Zack memapah Arin menuju ke satu pondok batu yang terdapat di situ.

' Bang Din, jom makan dulu!' Zack menjerit dari jauh. Abang Din dilihatnya sedang kebosanan seorang diri di situ. Kemudian, dia pun naik ke darat dan mencapai tuala yang dibawanya tadi.

' Macam mana, Arin okay tak?' Abang Din berbasa-basi. Sibok jela kau ni! Hari tu kau jugak kacau 'date' aku dengan Zack! Hari ni, kau lagi! Ikut hati, mau dicepuk-cepuk je kepala si budak Arin tu, namun akalnya masih waras. Mungkin jugak Zack akan memarahinya kerana mencepuk Arin, kerana Zack nampak macam begitu caring and sayang kepada Arin, mana mungkin dia tak marah kalau aku cederakan Arin??

' Entahla, bang. Macam nak demam pun ada jugak. Sini, baring atas paha aku. Pening tak, em?' Uhh! Sakitnya lah jiwa aku ni melihatkan adegan berchenta itu! Abang Din mengeluh berat selepas Zack membaringkan Arin di atas pahanya. Tangan Zack mengusap-usap lembut dahi Arin.

' Zack, abang pergi tandas kejap, tukar baju.' Abang Din tak sanggup lagi melihat aksi Zack dan Arin yang sangat merobekkan hatinya. Cemburu gila ni! Namun, aku tak berdaya nak menghalang, apa kes aku nak pergi halang-halang dia pulak? Dia bukan kekasih aku pun! Abang Din melangkah hampa ke tandas.

' Okay, bang. Kau nak air tak?' Terdengar dari jauh suara Zack bertanya penuh kasih sayang kepada Arin, hilang habis semua kegembiraannya tadi.

Selepas abang Din kembali dengan baju keringnya, Zack mengangkat kepala Arin dan dibaringkan ke atas beg yang dibawa tadi.

' Bang, tengokkan si Arin ni kejap. Saya pergi tukar baju.' Abang Din angguk.

' Kejap ye, Rin.' Arin kelip-kelip memandang ke arah abang Din yang duduk berhadapan dengannya.

' Abang Din.. Zack baik kan? Caring sangat.' Arin bersuara perlahan. Abang Din angguk sikit.

' Dia cukup semua ciri-ciri. Semua yang baik ada kat dia, walaupun dia nakal. Baik, caring, ada rupa, kaya..' Arin memuji Zack dengan suara yang putus-putus dan serak.

' Kaya?' Perkataan yang menarik minat abang Din. Mulanya, dia malas mahu melayan si Arin ni meraban, tapi perkataan yang baru disebut tadi sangat menarik perhatiannya.

' Ye, bang. Dia anak Dato'. Dato' Muhammad. Dato' tu ada banyak syarikat besar kat Malaysia and oversea.' Dato'?? Dato' Muhammad?? Harapannya yang sedikit punah tadi kini hancur berkecai menjadi debu. Darjatnya terlalu jauh jika dibandingkan dengan Zack. Ibarat langit dan bumi!

' Bang Din!' Zack senyum. Senyuman Zack kini bukanlah menjadi penyeri baginya lagi, mungkin akan menjadi racun yang bisa membunuh!