Islam,
Hadirmu bersama utusan Tuhan,
Menyelamat dan menenangkan,
Kau yang membawa kemajuan dan keharmonian dunia.
Kota Cordova,
Maju di kala kota Paris dan London,
Masih sunyi dan gelap,
Di mana tika itu,
Kau lah Islam yang memerintah.
Baghdad menjadi pusat intelektual termasyhur dunia,
Para pelajar datang dari timur dan barat,
Menuntut ilmu di sana,
Namun akhirnya jatuh ke tangan musuh,
Kerana kealpaan umatmu jua.
Umat Islam!
Di mana kamu??
Di mana?
Islam yang penat lelah disebar nabi dahulunya,
Kini kamu hancurkan dengan begitu mudah!
Dengan arak, judi, zina, rasuah dan riba,
Tidak takutkah kamu akan azab Tuhanmu yang sudah dijanjikan?
Sungguh, Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.
Bangkitlah!
Bukalah matamu!
Kembalikan kegemilangan Islam yang kini diinjak-injak musuh,
Kembalikan Ibnu Sina!
Abu Bakar as-Siddiq!
Umar abd Aziz!
Dan semua pahlawan Islam yang berani mati kerana Islam!
Kerana tanpa Islam,
Tiada ertinya kamu hidup di dunia ini.
Jagalah amalmu, auratmu,
Kerana Islam itu indah,
Jangan dikotorkan kerana kamu yang tiada reti menilai harga kesuciannya.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan