Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 3 Jun 2010

NOVEL BARU : MANDI BUNGA TAHI AYAM prolog

PROLOG

‘ Assalamualaikum. Pagi-pagi terlanggar dinding, bernasib baik hidung tak patah, niat di hati ingin menyunting, menyunting si bunga di taman indah.’ Tegur seorang lelaki kepada seorang gadis yang sedang berehat2 di hadapan pintu rumahnya yang terbuka.

‘ Waalaikumussalam. Hati-hati dengan semalu, sila masuk kalau tak malu.’

Gadis berambut coklat tua yang membalas itu tersenyum. Hai, dah zaman-zaman cyber jaya macam ni pun, ada jugak orang nak main pantun-pantun? Sangat lah mengikut adat orang Melayu zaman dulu. Ini mesti kes nak masuk minang adik aku ni. Bagusla. Budak tu dah la SPM pun lepas anak tekak je, lepas tu duduk rumah makan, tidur, makan, tidur je yang dia tau. Baik kahwinkan terus, pandai la sikit nak buat kerja kot.

Wanita yang berusia di dalam lingkungan 50-an itu senyum kelat sambil memandang ke arah sang suami di sebelah. ‘ Budak zaman sekarang, memang tak reti beradab.’ Kata si isteri.

‘ Sabarlah, biasa la tu budak-budak.’ Balas si suami. Guna instinct dan telepati kedua orang tua itu berkomunikasi.

‘ Sila lah masuk. Minta maaf, budak ni memang macam ni, otak mereng sikit. Sila, sila.’ Mak gadis rambut coklat itu beramah mesra sambil mencubit lengan anaknya tadi yang sangat tak beradab dengan tetamu.

‘ Mak, apa ni, sakitlah!’

‘ Sshh! Ish, kamu ni, pergi masuk dalam, panggil abah kamu, beritahu ada orang datang ni.’ Mak berkata separuh berbisik kepadanya, dengan dahi berkerut seribu, anak aku ni buat malu kaum jela. Apa nak jadi entah!

‘ Yela, yela.’ Dengan malas dia menapak dan hilang di balik tirai berwarna merah berbunga kuning itu.

‘ Kami ni dari kampung seberang. Saya Mak Timah, ini suami saya, Lebai Wan. Nak menengok anak sulung Mak Yah ni, anak kami si Leman tu berkenan katanya.’
Mata Mak Yah membuntang. Eh, biar benar makcik dan pakcik dua orang ni? Nak risik anak aku yang lagak tomboy tak cukup umur tu?? Ish! Rezeki jatuh dari langit benar kalau betul!

‘ Sekejap ya, Mak Timah dan Lebai. Saya masuk dalam sekejap.’

‘ Abahnya, diorang datang nak risik anak kita, yang nombor satu tu!’

‘ Habis tu, kenapanya? Bagus lah! Umur dah 25, patut kahwin je budak tu. Hana, buat air, pergi hidang kat depan kejap lagi.’ Pak Samad menyuruh anaknya yang pertama itu menghidangkan air kepada tetamu. Dia kemudiannya menapak ke ruang tamu sambil tersenyum ramah kepada dua orang asing yang baru sahaja dikenali melalui isterinya itu. Itu pun baru beritahu tadi.

‘ Dengar khabar, nak merisik anak perempuan kami, ya?’

‘ Ya.’ Kedua-duanya mengangguk dan tersenyum. Mereka juga tidak mengenali siapa anak yang ingin dirisik mereka itu.

‘ Anak pertama?’

‘ Ya jugak.’

‘ Kejap. Hana, cepat sikit bawak air tu.’ Abah bersuara.

‘ Yela, abah, kejap la. Sampai dah ni.’ Muka bengang tak boleh blah. Adik dalam bilik tu boleh pulak dok melepak. Padahal orang nak merisik dia, aku pulak yang kena!

‘ Ni la anak pertama kami, Johana Daniela.’ Terbuntang mata kedua-dua tetamu yang hadir itu. Biar benar si Leman ni, takkan berkenan kat si budak tak reti adab macam ni kot? Jauh panggang dari api!

‘ Ye, makcik, pakcik. Sila minum, ya. Nama saya John Master, boleh jugak nak panggil Mild Johnson, tak pun Darlie pun okay. Jaminan gigi yang sihat dan kuat. Ting ting.’

‘ Ish! Budak ni, pergi lah masuk. Karut betul!’ kena cepuk sekali. Boleh buat iklan tak laku kat sini pulak. Bebel mak tak puas hati di dalam hatinya.

‘ Maaf ya. Sila minum. Anak saudara umur berapa ya?’ Abah bertanya.

‘ Err, 27.’ Ragu-ragu Lebai nak menjawab.

‘ Bagus la tu, padan dengan si Hana ni, 25. Dia memang macam tu, tapi hati dia baik.’

‘ Anak nombor dua, apa namanya, ya?’

‘ Nombor dua, Joyah Daminah.’ Joyah Daminah.. Johana.. Mana satu nama budak tu sebut, aku pun lupa la pulak. Bisik hati Lebai.

‘ Rasanya si Leman tu salah faham, dia ingat Joyah anak nombor satu, padahal nombor dua. Boleh kami tengok anak saudara yang nama Joyah?’

‘ Sekejap saya panggilkan.’ Mak beransur ke belakang.

‘ Ni lah anak kami, si Joyah.’ Joyah tersenyum malu ke arah kedua-dua orang tua di hadapannya selepas menyalami Mak Timah.

**

‘ Abangnya, macam mana boleh lamar si Joyah tu pulak? Bukan ke si Leman tu nakkan si apa namanya, John Master?’ Mak Timah bising selepas pulangnya mereka dari rumah bakal besan mereka itu. Mak Timah di belakang membuat muka.

‘ Awak ni, saya berkenankan si Joyah tu, sopan, pakai kain batik, hitam manis. Takkan awak nakkan si John Master tu kot? Pakai seluar panjang, tak reti beradab, tengokla macammana dia jemput kita tadi? Awak ni dah hilang akal agaknya.’

‘ John Master pun manis jugak, bang. Masalahnya, si Leman tu nakkan si John Master, bukan si Joyah!’

‘ Awak ni, diam. Saya nak Joyah yang jadi menantu saya, bukan budak Darlie tu, awak faham? Duduk diam-diam sikit, bergerak ke sana ke sini. Dah lah badan kalah anak badak.’

‘ Abang ni..’ Muncung panjang Mak Timah dibebel Lebai. Aku goyang sekali basikal tua ni, baru padan tergolek dua-dua. Aku gemuk pun sebab nak lahirkan anak kamu la, Tok Lebai Kering! Ha, ambik kau, kering sekali aku bagi! Bebel mak Timah sambil matanya memandang ke laut lepas di kampung mereka. Terbayang muka si Darlie, comel jugak budak tu sebenarnya.. senyum nipis terukir di bibir tuanya mengenangkan kecomelan si Darlie itu.

**

‘Ikut mak pergi mandi bunga. Kamu ni terkena sampuk apa entah, sampai orang datang nak meminang kamu, terus ubah hati minang orang lain pulak! Tu la, perangai macam anak setan, cuba la jadi perempuan Melayu terakhir sikit, Hana. Geram betul dengan kamu ni!’ Piat telinga kanan, sakit.

‘ Mak. Kan Jo dah beritahu mak, Jo tak nak kahwin lagi. Muda lagi la, mak. Buat apa nak kahwin awal-awal? Nanti siapa nak tolong abah turun laut kalau Jo dah kahwin?’

‘ Ahh, takde. Mak dah phone-call Mak Su Jerang, kita pergi rumah dia, mandi bunga. Dia kata elok sekarang ni, bulan tengah mengambang.’

‘ Aduh, mak. Jo tak percaya la benda karut-marut ni. Mak Su Jerang tu yang patut mandi bunga mak, dia tu dah keriput pun tak kahwin-kahwin. Nampak sangat mandi bunga taik ayam Mak Su Jerang tu, mak.’

‘ Mana kamu tau dia tak kahwin?? Memandai suka-suki kamu je kan buat cerita? Laki dia meninggal masa kamu tu takde lagi, faham? Mulut tu kenapa cabul sangat? Ada je kan benda kamu nak menjawab?? Aku luku jugak karang budak ni.’ Geram dengan si anaknya itu.

‘ Mak, please. Jo tak nak kahwin lagi. Jo nak jaga atuk. Dia kan tak sihat?’

‘ Banyak la alasan kamu. Atuk tu mak pun boleh jaga, tak perlu suruh kamu jaga dia. Umur dah meningkat, patut kamu tu pergi kahwin, bagi cucu pada mak ni. Ini adik sendiri pun dah langkah bendul, nampak sangat perangai tak senonoh kamu tu sampai orang pun tak nak. Bersiap! Mandi bunga malam ni!’ Suara kuasa veto kedengaran di situ.

‘ Mak, Jo tak nak mandi bunga taik ayam!! Tak nak, mak!’

‘ Dengar cakap mak. Memang bukan mandi bunga taik ayam, ini mandi bunga tujuh jenis bunga, kamu tahu? Sejak bila entah orang mandi bunga pakai bunga taik ayam?? Merapu betul!’

** hopefully dapat habiskan novel baru ni dgn tenang :) panjangnya mbayangkan 'NOVEL' itu.. uhuuu.. hepi reading then!

4 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

waaaaaaahh..
intro yg best,,

eija berkata...

mcm best je..
xsbr mnti n3 br..

ciK_SaLmaH berkata...

ehem...idea baru napak..aja2 fighting! keep up the good work..wil always support u..

Arisa Eriza berkata...

tanx to all my dearies up there. hehe Iallah akan cb disambung dgn smgatnya nt. kalau korang ada, gerenti aku akan perah otak sperah2nya utk korang hehe ayat jiwang nih!! :) anyway tanx coz bc tau. sgt suka korang sume! muaahhh