Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Isnin, 7 Mac 2011

Hero aku Tomboy 4

-->
' Bang! Saya jumpa tulang manusia dekat dalam hutan tu!' Aku yang segera meluru ke arah lelaki itu dengan pantasnya bersuara laju kalah Bullet Train di Jepun. Abang atau pakcik pengawal itu meriakkan muka tercengangnya namun segera kembali ke alam nyata selepas aku menyuluh mukanya dengan lampu telefonku. Nak tengok riak muka yang sebenar. Rupa macam terkejut tapi sebab gelap di balik bayang pokok-pokok rimbun ni, aku tak berapa nak nampak dan konfiden dengan rupa dia yang sebenar sekarang ni.
“ Uh, macam mana kamu boleh jumpa? Situ kan kawasan larangan?” Abang guard itu bertanya sinis. Mulutnya yang menganga luas tadi cuba dicover sebaik mungkin. Mungkin menyerang aku dengan soalan maut begitu boleh menghilangkan perasaan malu yang dirasainya ketika itu.
“ Bang, itu bukan persoalannya. Persoalannya, abang tolong la percayakan saya dan ikut saya dulu, saya akan buktikan pada abang. Saya tak tipu!” Aku bercakap bersungguh dengan mata yang bulat. Suara aku menarik perhatian beberapa pelajar lain yang kebetulan melalui kawasan itu. Wajah aku yang cekung sebab tak makan ni ditenung mereka. Aku kalau duduk sebelah hantu amoi tu aku rasa dah boleh jadi pasangan bagai pinang dibelah dua dah ni ha. Kelaparan aku membuatkan sifat sabar aku hilang sedikit.
Okay, kalau macam tu, abang percaya. Tapi kalau tak betul, tunggu kamu abang luku.” Abang guard itu pun dengan segera menghubungi beberapa rakannya menggunakan walkie-talkie yang sentiasa diletakkan di tali pinggangnya itu. Mujur dia mempercayai aku walaupun keraguan sangat jelas ketara kelihatan pada wajah dia. Aku duduk di atas pembahagi jalan di hadapan pintu pagar kolej sambil menunggu rakan-rakannya yang lain tiba selepas aku berjalan bersama dengannya ke sana.
Tidak lama kemudian, datang dua orang pegawal keselamatan yang lain sambil tergesa-gesa turun dari motor dan memparkirnya di kawasan berhampiran. Selepas bercakap sedikit-sebanyak, kami beramai-ramai ke tempat tadi. Aku perasan dia meng'iringi' kami, melayang-layang di atas. Namun, aku sahaja yang perasan, kerana ketiga-tiga pak guard itu macam steady aje. Mungkin jugak mereka dah biasa melihat benda sebegitu di sini, sebab tu mereka buat tak hairan walaupun mungkin mereka nampak.
“ Sini, bang. Cuba abang tengok.” Aku menunjukkan tempatnya sambil bernafas laju dan agak mengah ditambah pula dengan sang hantu comel yang baru sahaja bertenggek duduk melunjur kaki di atas dahan pokok berdekatan sambil memerhatikan kami semua, menambahkan lagi kemengahan aku. Aku bukan tak cuba buat-buat berani, tapi uhh, aku pun tak tahu kenapa dia buat aku kecut perut walaupun boleh kata tiap masa dia ‘teman’ aku selama ni!
“ Man, kena guna cangkul kot?” Ujar seorang pegawal keselamatan itu.
“ Tapi tulang-tulang ni dah lama, dah rapuh, takut hancur pulak kalau guna cangkul. Kita korek guna tangan lah!” Sangkal abang Man semangat.
“ Aku call polis sekejap.” Abang guard awal-awal tadi menjauhi kami yang sibuk menggali dan mengorek tanah yang terdaya kami lakukan sementara menunggu kes itu diselesaikan oleh pihak polis.
Akhirnya, tulang-tulang itu pun dikumpul oleh polis pada malam itu juga dan dikebumikan dengan sempurna di tanah perkuburan yang berdekatan. Sedikit tulang yang ada disimpan untuk dibuat analisa bagi mencari bukti dan pemiliknya. Aku juga disoal siasat oleh polis yang berkenaan, aku cerita secara rambang saja namun aku tahu siapa lah yang nak percaya aku diberi vision untuk melihat hantu comel tu dan diminta tolong pulak tu. Namun, aku dah cukup bersyukur sebab mereka tak tahan aku menyatakan aku pulak yang membunuh. Weh, kejadian yang sangat naya kalau betul-betul jadi!
Alhamdulillah. Aku sangat lega kemudiannya selepas para polis beransur pergi. Gamat juga la kawasan kolej dan sekitarnya. Popular kejap aku! Tapi, popular tak popular, perut aku siapa nak tolong isi??
Wei, kau nak pergi mana? Aku tak habis tanya lagi ni,” soal seorang teman sekelasku penuh perasaan melihat aku yang tiba-tiba aje berlari selepas menjawab soalannya ala kadar.
“ Nanti aje la aku cerita, aku nak mati dah ni lapar gila siot!” aku menjawab dengan kuat, lebih pada menjerit sambil kakiku laju berlari menuju ke arah tangga menuju ke kafe. Perutku yang bergendang kuat ni bertambah kuat bunyinya apabila melihat pada pelbagai makanan yang ada yang sedang dinikmati oleh orang-orang di kafe. Aku laju menuju ke sebuah kaunter yang menyediakan masakan panas dan memesan nasi goreng Thai. Kemudian, aku mengambil tempat duduk di sebuah meja bulat yang kosong yang tersedia di situ selepas aku membeli sebotol air 100 Plus sejuk.
Lima minit kemudian, nasi goreng aku siap. Aku dengan semangat wajanya segera bangun dan mengambil pinggan nasi berkenaan selepas membayar harga nasi tersebut. Duduk aje, aku terus melantak sampai lupa nak baca doa sebelum makan. Ish, teruk betul. Aku segera membaca doa jika terlupa membaca doa makan seperti yang diajar oleh Nabi S.A.W.
Bismillahi awwaluhu wa akhiruh
Kemudian, aku terus menyumbat makanan ke dalam mulut, orang yang memandang pun aku dah tak kisah, nasib lah, korang tahu ke aku tak makan semalaman, tak kan?? Aku makan dengan gelojoh sehinggalah aku tersedak dengan kehadiran’nya’ secara tiba-tiba duduk di atas kerusi di sebelahku. Uhh, serius, aku ingat dia dah selamat dalam kubur dah tadi! Ish! Kalut, kalut! Aku tahu aku seorang aje yang nampak, sebab yang lain aku tengok diorang tak hiraukan pun siapa dekat sebelah aku sekarang ni!
Dia datang dengan skirt putih dan muka yang bersih (namun tetap berkelibat seperti kabus), Alhamdulillah dia tak pakai kostum kak pon dia tu ha, (aku urut dada dalam diam) dia senyum padaku. Uhuk, nyaris nak tersedak lagi. Aku senyum nipis serupa tak boleh nak senyum tu, aduhai, kenapa kau datang lagi, aku seram wahai hantuku sayang! Ambik kau sayang sekali aku bagi!
Dia mendekatiku, semerbak bau wangi bunga cempaka menerpa hidung. Aku tahan nafas, mataku kututup separuh, jaga-jaga kalau dia nak cekik, tapi dia..
Chu..” dia cium pipi aku! Wahh, aku kena cium dengan hantu! Kena cium dengan hantu, aku ulang! Sikit lagi aku nak kena asma dan pengsan ha ha. Hantu amoi pulak tu, aiya, bukan muhrim mana boleh cium-cium, Jane. He he, gabra dan excited lebih pulak dah, dan aku perasan aku lah hero kacak penyelamat hantu sekalian lepas dia cium tu, melayang sekejap. Ish, kena cium dengan hantu pun nak perasan, susah ni!
Aku usap-usap pipi aku yang terasa dingin dan sejuk disapa bibir mungil Jane, malu pulak kalau orang perasan aku dok terkedu sorang-sorang, lepas tu sengih tak tentu hala dengan pipi merah, malu kaedahnya kena cium walaupun dengan hantu! Ish, sadis kah? Atau, comel kah? Hu hu, kalau la kan, dia datang cium aku tiap malam, insyaAllah malam ketujuh tu orang hantar aku pergi hospital sakit jiwa dekat Tanjung Rambutan sana sebab dok asyik sengih begitu katanya kan.
Dia bisik di telingaku kemudiannya, “ Terima kasih, Khairul,” selepas itu, dia senyum semula sebelum hilang begitu sahaja. Oh, begitu kah? Cara dia ucap terima kasih tu terlebih special la pulak! Jane, cukup la dengan perkataan terima kasih tu, aku tak harap banyak pun he he (padahal dalam hati suka). Ish, astaghfirullah! Tak harus, tak harus, aku geleng kepala sorang-sorang. Aku kembali memegang suduku yang terlepas secara semulajadinya tadi sebab terkejut kan si hantu yang muncul tiba-tiba tadinya dan mula menikmati nasi gorengku kembali, tapi satu ciuman tadi dah cukup buat aku kenyang. Alahai, gila bayang dengan hantu kah?? Opps, tidak, tidak dan tidak. Aku segera menghabiskan nasi gorengku yang semakin sejuk itu kerana jam juga sudah menunjukkan hampir dua belas tengah malam.

4 ulasan:

Pa'ah Mohd Isdris berkata...

sweetnya . siap dapat free kiss lagi . haii .

arisa eriza berkata...

haha mahai tu kiss dr antu cun hehe :) tanx dear pa'ah :)

Tanpa Nama berkata...

hahaha lawak rul nih, kn cik han pun suke kena cium, kalu aku waaaaaaa lari x cukup 02...hehehehe

Arisa Eriza berkata...

antu comel beb haha