“ Menung apanya tu, Hana? Sampai abah suruh kamu tarik pukat ni pun kamu buat tak tahu aje?” Soal Pak Samad agak kuat pada tengah hari itu. Anaknya dilihat sedang termenung sambil mencangkung, memandang ke dalam bekas yang digunakan untuk mengisi ikan yang berjaya ditangkap. Bekas polisterina itu sudah separuh penuh dengan ikan manakala dua bekas putih yang lain sudah pun penuh. Hasil tangkapan mereka untuk pagi hingga tengah hari itu agak lumayan.
“ Hah?” Joe tersentak apabila abahnya mengangkat topi bulat yang dipakainya. Topi mengkuang yang berwarna coklat itu sudah begitu lusuh, namun dia tetap memakainya tanpa berniat ingin menukarnya dalam masa terdekat ini. Selagi boleh digunakan, selagi itu dia tidak akan menukar pada yang baru kecuali kalau dah dhaif sangat, apa boleh dibuat. Joe kemudian mengangkat sedikit kepalanya merenung muka abahnya yang sedang duduk sebentar meneguk air putih. Matahari terik di atas kepala menyakitkan pandangan. Matanya mengecil menapis cahaya matahari yang masuk.
“ Hish, kamu ni kenapa? Tersampuk hantu ke masa pergi mandi bunga hari tu? Tak pernah kamu macam ni?” Risau Pak Samad sambil memandang anaknya. Ikan yang tersangkut pada pukat dikutip dan dimasukkan ke dalam bekas. Joe pun mula membantu abahnya kembali selepas ditegur tadi. Dia sendiri tidak sedar sejak bila dan kenapa dia termenung. Yang pasti menungannya adalah kerana Leman atau pun nama sebenarnya Shah Leman yang selalu perasan dan suruh orang panggil dia Shah Jahan.
“ Ada pulaknya abah ni. Takde kena mengena pun dengan mandi bunga tahi ayam tu, bah. Bak balik topi Joe. Abah ni terik-terik macam ni boleh pulak sambar-sambar topi orang.” Bising Joe seorang diri sambil mengambil kembali topi yang diletakkan di sisi abahnya itu. Tudungnya yang dimasukkan ke dalam bajunya dibetulkan. Tengah hari itu tahap kerimasannya lain macam, entah kenapa. Rimas dengan semua benda dan rasa mahu mengajak abahnya pulang secepat yang mungkin.
“ Kalau ada benda yang kamu risaukan, beritahu lah pada abah, Hana. Kenapa, kamu nak guna duit ke?” Abah bertanya dengan lembut. Jarang sekali dilihat anaknya yang pertama itu bermenung seperti kematian anak. Oh, pernah la sekali dulu-dulu. Anak kucing dia mati, sebab terlebih buncit, mahu tak nya, makan ikan lima ekor sekali hadap tak padan dengan badannya yang cekenit tu. Tapi, termenung pun tak la seserius ni, sampaikan orang panggil pun dia boleh buat macam pekak bagai.
“ Takde lah, apa yang Joe nak buat pun tiba-tiba nak mintak duit dengan abah?” Joe memandang abahnya yang mana kulit abahnya itu makin gelap dari sehari ke sehari. Kulitnya masih terjaga dengan baik kerana dia memakai baju tangan panjang setiap masa. Tidak seperti abahnya itu yang ada harinya dia memakai baju tangan pendek. Alasannya panas dan nak mengubah angin supaya nampak lebih smart dan muda. Ha ha. Ye ke boleh nampak smart kalau macam tu? Jadi line zebra kat badan ada la abah oi. Joe berbisik sambil ketawa di dalam hati.
“ Mana la tahu, kan. Budak-budak zaman sekarang ni kadang-kadang nak beli handphone lah, mp3 lah, mp4 apa semua. Kalau kamu nak, boleh la beli yang murah-murah. Nak beli mahal-mahal tak dapat la abah nak tolong, lagipun kita kena berjimat nanti nak buat kenduri adik kamu tu banyak duit nak guna. Takut tak cukup aje nanti, terus kita diisytihar bankrap, naya aje, Hana!” Ujar Pak Samad perlahan dalam keadaan bimbang. Dia perlu lebih berjimat kerana tak lama lagi kenduri anaknya akan dilangsungkan. Dan dia juga tidak boleh mengharapkan pada duit hantaran semata-mata, risau juga jika tidak mencukupi.
Ayat tak boleh blah betul abah ni, siap diisytihar bankrap tu.. power, power.. Joe berbisik di dalam menungannya mendengar ucapan abahnya itu.
“ Emm, ya abah. Tapi Joe pun tak perlu sangat nak membeli benda-benda mahal macam tu, bah, bersyukurla dengan apa yang ada.” Joe menyambut perlahan. Bila disebut tentang perkahwinan adiknya dengan Leman, hatinya bagai tersentuh sedikit. Bukan lah kerana dia menyimpan perasaan pada Leman, cumanya sedikit terasa dengan keputusan ayah dan ibu si Leman itu. Teruk sangat ke dia sampai begitu sekali Lebai Wan tidak suka kan dia? Tapi, mungkin silap dia juga kerana terlalu kasar. Tambahan pula dia begitu keras hati tidak mahu berkahwin, mungkin itu lah padahnya. Buat sangat taktik John Master tu, siapa suruh? Padan la dengan muka sendiri.
Imbas kembali
Imbas kembali
“ Assalamualaikum. Joe, boleh aku duduk?” Tanya Leman gugup, namun belum sempat Joe membalas, dia dengan segera menarik kerusi dan duduk di meja yang sama dengan Joe. Selepas duduk, dia merenung ke arah Joe, sambil bibirnya diketap manakala jari jemarinya laju mengetuk lapisan meja kayu yang beralaskan kain sapra berwarna biru itu. Ish, apa kes aku ni, resah dan gabra semacam? Gundah hati Leman.
“ Oh, kau. Duduk la, dah memang ada kerusi kan, takde siapa nak halang. Lain la kau nak duduk atas aku, memang kau nak makan pelempang. He he lagipun bukan kedai aku jugak ha ha.” Gurau Joe. Teh tariknya dihirup sedikit sambil mukanya dibuat aksi tenang menghirup udara petang yang nyaman dikelilingi tanaman sawah padi yang mendamaikan hati. Bau roti canai di warung hujung kampung yang sering dijadikan tempatnya melepak itu sesekali singgah di hidung. Kehadiran Leman tidak begitu diendahkan. Namun dia perasan melalui ekor matanya kelihatan Leman di sebelah gelisah semacam. Apa kes entah.
“ Joe, aku sukakan kau. Nanti aku nak mintak ayah aku lamar kau.” Kata Leman tiba-tiba kepada Joe ketika Joe sedang menikmati roti canai. Tersedak tak ingat jadinya. Dah la cakap laju mengalahkan pembaca berita, aisehh!
“ Weh, kau ni apa kena? Kena sawan sambal belacan ke?? ” Dengan muka terkejut beruk Joe berkata selepas batuknya reda. Leman di sebelah sedikit risau, namun tiada perkataan yang terkeluar dari mulutnya. “ Kau ni, silap orang la aku rasa. Aku ni bukan gadis melayu terakhir. Aku rasa baik kau cari orang lain, aku ni tak padan dengan kau.” Jawab Joe selamba. Cuba berlagak menyembunyikan rasa hatinya yang agak bergelora kala itu. Siapa yang tak terkejut tiba-tiba kena lamar di petang yang indah, di warung Pak Seman pulak tu!
“ Aku serius ni, beb. Aku suka tengok kau. Kau tak macam orang lain, kau istimewa bagi aku. Kau kasar, tapi kau tak pernah menggatal dengan lelaki. Kau jaga kesucian diri kau, itu yang aku suka. Pakaian kau, walaupun bagi orang lain mungkin selekeh tapi bagi aku, itu yang menarik aku.” Ujar Leman, bagaikan tersampuk hantu kasanova dia berbicara. Nadanya tidak begitu indah namun mengandungi seribu satu makna yang mendalam.
Joe terkebil-kebil. Kemudian matanya membulat, mulut ternganga sikit sambil memandang pada pakaiannya. Masih tak percaya.
Aku ni dah la memakai t-shirt labuh tak pun kemeja bawah punggung, longgar, seluar pulak track suit yang dah berbunga-bunga merah jambu terkena cat masa aku tolong orang kampung mengecat dewan orang ramai dua tahun yang lepas. Tudung pulak, tudung kain cotton yang berbunga-bunga tak pun plain aje tapi yang penting tudung tu murah dan menutup aurat. Itu lah yang selalu menjadi pakaian harian aku. Kalau dapat yang bundle lagi bagus. Jimat bajet sikit! He he selekeh ke? Tapi, ada aku kisah? Janji rock! Bisik hati Joe sambil mengenggam tangannya dan mengetuk-ngetuk dahinya kemudian, tanda stres mula merasuk diri.
“ Ish, aku ni diri sendiri pun tak lepas, bro. Kau jangan buat main, ini soal hidup dan mati ni. Bukan senang nak uruskan rumah tangga. Lagipun kau pun tahu kerja aku macam mana. Aku tiap hari turun laut, malam pulak kadang-kadang tolong Bob berniaga burger, mana ada masa nak layan suami, aku kena tolong jaga femili, femili aku orang susah. Kalau aku tak tolong, apa kitorang nak makan, weh?” Jawab Joe menolak dengan pelbagai alasan. Roti canainya disumbat laju-laju ke dalam mulut.
“ Kau jangan risau, Joe. Aku akan bantu keluarga kau, ayah kau dan kau tak perlu turun laut lagi. Aku tanggung semua perbelanjaan. Kau duduk rumah aje uruskan hal rumah tangga. Boleh?” Leman masih mencuba nasib memujuk. Selama ni pun apa yang dia tahu, Joe memang tak pernah ada pasangan kekasih. Disebabkan itu lah dia berani ingin mencuba nasib walaupun mereka tidak lah begitu rapat. Dia hanya akan memandang Joe dari jauh dan kadangkala sahaja dia akan menegur Joe kerana gadis itu telah berjaya membuka kembali pintu hatinya yang sudah lama tertutup untuk bercinta. Namun dia ragu-ragu adakah cintanya akan diterima, sehinggalah sekarang baru dia berani untuk berterus-terang.
“ Aish, mana boleh macam tu. Kau tau apa? Aku tak bersedia nak kahwin sekarang ni, aku terus terang aje la senang. Lagipun kau pun tahu, aku ni tak padan dengan keluarga kau. Keluarga kau orang kaya-kaya, baik-baik, tak kan la diorang nak aku jadi menantu diorang kot? Jauh panggang dari api! Fikir tunggang terbalik jugak kot nak bermenantukan aku ni.” Ujar Joe merendah diri. Dia sedar dirinya siapa, dan juga siapa Leman. Tengok pada kereta apa yang dipandu Leman, dah tahu keluarga dia kaya tahap mana. Kadang-kadang aje Leman atau orang tuanya akan menaiki basikal. Masa-masa lain susah sikit la nak tengok Leman bersama-sama basikalnya.
“ Habis kau nak tunggu sampai bila, Joe? Umur kita makin meningkat ni. Takkan dah umur 40 baru nak bersedia kot, sayang?” Serasa bulu roma tangannya meremang sedikit mendengar panggilan ‘sayang’ yang digunakan Leman. Pertama kali dalam hidup lelaki memanggilnya sayang. Tapi pelik kenapa aku tak rasa nak cepuk dia pulak? Joe bermonolog sambil matanya merenung TV. Memandang kosong ke arah TV tersebut, tiada perasaan lagi menonton rancangan ‘Geng Bahasa Arab’ di TV9 pada petang itu. Selalunya dia akan excited sendiri mendengar nyanyian Ustazah Sarah dan bersemangat menyebut bersama perkataan-perkataan yang diajar setiap kali rancangan tersebut ditayangkan.
“ Aish, kau ni. Speechless lah aku. Apa kata kau pergi tanya mak abah aku aje, senang cerita.” Laju Joe membalas tanpa sedar. Dah habis ayat baru tepuk dahi. Mulutnya segera ditekup. Hish! Ini lah padahnya mulut cabul tak reti dok diam!
“ Okay, kalau macam tu, nanti aku uruskan. Kau tak payah risau. Lega lah aku macam ni.” Dalam senyuman lebar Leman menyambut. Hatinya sudah mula berbunga-bunga kembali.
“ Aku.. aku.. tersalah cakap la, weh. Sorry la, aku betul-betul tak ready nak kahwin ni. Bagi aku, kahwin perlu komitmen yang besar, aku harap kau faham. Pak Man, masuk dalam buku. Saya balik dulu, terima kasih!” Ujar Joe lalu segera angkat punggung dan berlalu. Kalau tunggu lama-lama di situ, termengarut lagi, siapa yang naya, aku jugak! Joe berfikir sambil menolak basikal tua Tok Wannya untuk segera pulang ke rumah.
Leman memandang Joe pulang dengan hati yang kecewa. Kenapa hati dia keras sangat? Kenapa dia tak nak terima aku? Aku ikhlas dengan dia. Aku ikhlas nak sunting kau, Johana! Aku sayangkan kau! Jerit hati Leman. Kepalanya tergeleng-geleng dan dia menunduk merenung jari-jemarinya.
***
“ Aku yang tolak dia, habis kenapa aku nak terasa pulak? Terima aje la. Mungkin bukan jodoh aku dengan dia. Lagipun, tak lama lagi dah pun dia nak kahwin dengan Joyah. Dan aku kena gigih cari duit untuk kenduri Joyah nanti.” Bisik Joe perlahan.
***
“ Aku yang tolak dia, habis kenapa aku nak terasa pulak? Terima aje la. Mungkin bukan jodoh aku dengan dia. Lagipun, tak lama lagi dah pun dia nak kahwin dengan Joyah. Dan aku kena gigih cari duit untuk kenduri Joyah nanti.” Bisik Joe perlahan.
“ Kamu dok mengarut apa nya pulak ni, Hana oi? Makin hari makin pelik abah tengok. Rajin termenung, dah tu dok bersembang sorang-sorang. Kamu ada rasa pelik-pelik tak lepas balik mandi bunga hari tu? Abah takut ada benda ikut kamu balik ke, mana kita tahu.” Abahnya bertanya lagi selepas dia bercakap dan bermelodrama seorang diri di atas bot kayu mereka. Prasangka bukan-bukan abahnya sedikit mengganggu.
“ Aih, abah ni, asyiknya la dok tanya pasal tu. Mandi bunga tu bukannya ada apa-apa pun. Mandi macam tu je lepas tu balik la. Dah, bah. Jom balik. Perut dah berlagu Tamil dah ni. Lapar!” Ujar Joe sambil mengusap perutnya sendiri. Tak la lapar sangat, cuma mencari alasan untuk mengelak abahnya bertanya macam-macam tentang mandi bunganya tempoh hari dan membuat konklusi yang bukan-bukan.
Mandi bunga tu takde yang pelik pun aku rasa lepas mandi tu. Sihat walafiat je. Tak rasa seri mana pun, sebabnya aku memang rasa aku ni dah berseri dari awal-awal lagi jugak he he! Tak payah mandi bunga pun takpe, buat bazir duit plus percaya benda khurafat macam tu, ish tak daya aku!
sila komen utk pbetulan :) tanx all!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan