Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 30 Jun 2011

MBTA 2



Bab 2 part 1
“ Assalamualaikum, makcik! Makcik ni Mak Yah kan?” Ujar Leman di dalam lelahnya berlari laju tadi dek kerana terkejut dengan berita yang disebut oleh maknya tadi.
“ Wa’alaikum salam. Ya, makcik ni Mak Yah. Siapa anak ni ya? Muka macam pernah tengok.” Mak Yah cuba mengecam muka jejaka itu yang seperti pernah dilihatnya sambil mengelap peluhnya yang menitik kerana sedang mengupas buah kelapa di tengah panas pada pukul 11 pagi itu.
“ Saya Leman, makcik. Johana ada? Saya nak jumpa dengan dia kejap, makcik. Ada benda penting saya nak cakap.” Jawab Leman laju dalam satu nafas.
“ Oh, Leman ya? Hana takde, dia dah turun ke laut pagi tadi lepas subuh. Anak nak pesan apa-apa nanti makcik sampaikan.”
Ini la dia bakal menantu aku tu. Em, boleh tahan la jugak rupanya, lagi menarik banding dalam gambar. Manis ada walaupun tak berapa nak hensem he he.
“ Mak! Mak letak..” Jeritan Joyah yang secara tiba-tiba mengejutkan dua makhluk yang sedang bersembang itu, terhenti selepas kedua-duanya memandang ke arahnya. Joyah segera tunduk malu-malu sambil menggulung-gulung hujung baju kurung kedahnya itu. Namun, dia berlari laju juga kemudiannya kembali masuk ke dalam rumah.
“ Err, takpe lah, makcik. Nanti saya cari dia sendiri saja lah. Saya mintak diri dulu, ya makcik.” Leman tertunduk-tunduk tanda hormat dan segan berhadapan dengan bakal ibu mertuanya itu.
“ Duduk lah dulu. Kamu datang dari mana ni, Leman? Penat aje makcik tengok?” Tegur Mak Yah ramah. Leman segera menyapu peluhnya yang tiba-tiba menitik kerana cuaca yang agak terik itu.
“ Saya dari rumah, makcik.” Jawab Leman, perlahan. Perasaan kecewanya tidak dapat berjumpa dengan Joe dipendamkan dan cuba dipadam. Suara dan perbuatannya dijaga sebaik mungkin supaya tidak terlihat pada mata kasar kekecewaan hatinya.
“ Naik la dulu, Leman. Tak pun kita duduk-duduk dekat pangkin depan tu sekejap, ya? Joyah, bawakkan air 2 cawan datang hantar kat depan ni kejap lagi!” Pekik Mak Yah yang mana suaranya dapat didengari sehingga lima buah rumah di sebelah kiri dan lima buah rumah di sebelah kanan rumah mereka. Rumah-rumah kayu itu dibina di atas air laut dan disusun berhampiran antara satu sama lain. Turun tangga sahaja baru lah menjejak tanah, jika tidak kaki yang dijadikan dasar rumah itu berada di dalam air laut sepanjang masa kecuali jika waktu air laut surut baru lah nampak tapak rumah.
“ Takpe lah, makcik. Tak payah susah-susah.” Leman menolak dengan baik atau pun dia sekadar berbasa-basi dengan wanita itu.
Takde susahnya lah, Leman. Nanti kamu bakal jadi keluarga makcik jugak kan. Kamu datang dengan apa ni, tak nampak kenderaan pun?” Tanya Mak Yah sambil tertinjau-tinjau mencari kelibat kenderaan yang dipandu Leman. Setahunya keluarga Leman tergolong dalam golongan orang senang kerana dia pernah terlihat ibu bapanya memandu kereta tempoh hari. Tidak seperti keluarga mereka, setakat ini hanya mampu membeli motorsikal. Itu pun second hand punya. Tapi tak mengapa lah asalkan menggunakan harta yang halal untuk membeli.
“ Oh, saya naik kaki saya, err maksudnya jalan kaki.” Gugup Leman membalas. Kemudian tergaru-garu belakang kepalanya yang membuatkannya nampak gelisah tak tentu hala. Dia memang agak kekok jika bersembang dengan orang yang baru dikenali tambahan lagi yang lebih tua daripadanya. Teringat dia betapa terkejutnya dia pagi tadi sehingga tidak sempat dia mencapai kunci kereta lantas hanya menyarung selipar dan terus berlari menuju ke kampung Joe yang terletak lebih kurang sekilometer dari rumahnya. Mahu tak lelah jadinya.
“ Apa mak kata? Dengan Joyah? Bukan dengan Johana??” Jerit Leman tidak percaya pagi itu selepas dia sudah begitu gembira ingin memperisterikan Joe selama berhari-hari sebelumnya. Mahu terkejut bukan kepalang apabila bakal pengantin perempuan bertukar orang, bukan lah seperti yang diimpikan.
“ Mak tak dapat nak kata apa la, Leman. Ayah kamu yang nak pilih Joyah, bukan Jo.. apa nama kamu kata tadi?”
“ Johana, mak! Mak, saya sayang Johana, bukan Joyah! Entah Joyah tu yang mana saya pun tak kenal.” Suaranya yang sedikit tinggi dikendurkan. Muka Joyah pelakon terkenal terlintas di fikiran. Kecewa bercampur dengan sedih serta marah kerana ibu bapanya mengikat tali pertunangannya dengan orang yang salah. Bibirnya diketap kuat, geram tahap dewa pun ya. Aish! Macam mana ni??
“ Mak ikut cakap ayah kamu je, Leman. Mak lawan pun dia suruh mak diam. Mak tak dapat kata apa la, lagipun kamu pun tahu kan, ayah kamu tu kalau hitam, hitam lah katanya, putih pun putih jugak, tak boleh sangkal lagi.” Ujar emaknya menunduk sambil memahami dan menyelami rasa kecewa anaknya itu. Bibirnya dicebik tanda menyesali perbuatan terburu-buru suaminya. Kalau Leman tak bahagia, dia juga yang susah hati nanti. Keluhan kecil terdengar keluar dari mulutnya.
“ Ayah patut tanya pendapat saya dulu, mak. Saya rela atau tak. Bukan main tangkap muat macam tu aje. Saya yang nak kahwin, bukan dia, mak!” genggaman tangan Leman diketatkan. Dada terasa sempit dan sangat menyakitkan untuk dia menarik nafas pun. Uhh, stres!
“ Ish, ke situ pulaknya kamu ni.”
“ Sini.” Lamunan Leman hilang selepas mendengar suara Mak Yah bersuara.
Joyah turun dengan bertudungnya menatang sebuah dulang di tangan. Langkah yang sangat sopan cuba diatur. Lemah lembut begitu. Sambil tersenyum malu, dia meletakkan dulang tersebut di hadapan emaknya dan tunangnya itu.
“ Ini lah Joyah, Leman. Tunang kamu.” Leman telan air liur. Telinganya serupa disumbat dengan besi panas mendengar ucapan bakal ibu mentuanya itu. Perasaan serba salah segera bertapa di hati. Melalui pandangan matanya, Joyah sangat menyenangi dan menyukainya. Cuma dia, tegakah dia ingin menjadi pak sanggup di dalam hal ini? Pak sanggup pada kehendak ayahnya?? Uhh!!
“ Minum lah, Leman. Apa ditenungnya si Joyah tu, nanti dah kahwin tenung la puas-puas.” Gurau Mak Yah, membuatkan Joyah di sisi tersipu malu. Segera dia menapak dan duduk di sisi ibunya yang hanya memakai serkup putih yang sudah berubah menjadi kekuningan itu.
“ Abang Leman sihat?” Soal Joyah lembut. Ingin juga dia bertanya khabar pada tunangannya itu yang sudah berhari juga dia tergila-gilakan semenjak gambar Leman ditunjukkan sekali padanya tempoh hari. Cuma sekilas pandang dan kemudiannya segera disimpan oleh emaknya namun sudah cukup untuk membuatkannya gila bayang.
“ Aa.. sihat. Jo.. Joyah sihat?” Seksa dan dengan susah payahnya dia hendak menyebut ayat itu. Anggukan dan senyuman malu daripada Joyah menyapa mata. Aduh! Jauh beza dengan kakaknya si Joyah ni! Jauh macam langit dan bumi! Joyah memang baik dan lemah lembut, Joe pulak kasar dan mulut merapu tak ingat. Joyah hitam manis, Joe putih kuning tapi Joyah tetap kategori sedap mata memandang. Tapi hati aku dah terpaut pada Joe, tak senang macam ayam bertelur je aku nak dapat lupakan Joe! Ya Allah tolong lah hambaMu ini! Maha beratnya ujian yang Kamu timpakan pada aku!
Dengan hati yang masih tidak keruan, Leman mencapai cawan yang dibawa oleh Joyah khas untuknya dan Mak Yah, lalu air yang dibancuh Joyah segera diteguk bagi menghilangkan sedikit kehausannya kala itu.
“ Subhanallah! Kopi ke air laut ni, Joyah??” Laju terpacul pertanyaan Leman kepada Joyah yang masih tersipu malu di sebelah ibunya selepas air yang diteguk itu terasa masin yang amat. Ragu-ragu nak ditelan atau.. Nak disembur, mahu gebu kulit Mak Yah ni aku sembur dengan air masin laut kopi anak dia ni ha. Keputusan muktamad, telan aje la walau pun tak nak!


“ Hah?” Joyah tersentak. Mula bangun dan gelabah kembali. Bibirnya diketap sambil membetulkan tudungnya yang sudah sedikit lari itu. Pipinya memerah sedikit tanda darah menyerbu ke muka kerana malu.

*t'cicir hehe

Tiada ulasan: