“ Hahh??” mulut Am menganga luas ala-ala luas tasik Tonle Sap (Cambodia) yang terbesar di Asia Tenggara. “ Se.. se.. rius ke.. ke ni??” sambung Am gagap kalah Stacy sambil meneguk air liurnya tiga kali. Aku angguk perlahan.
“ Kenapa kau tak beritahu aku, Rul??” Tanya Am lagi selepas aku diam, no comment sambil memandang ke arah siling bilik kami yang sudah mula bersawang sedikit itu dalam posisi duduk menyandar ke dinding. Aku lantas bangun. Pantang aku nampak sawang-sawang ni! Kaki aku bergerak ke arah penyapu. Aku membuang sesawangan yang ada selepas aku naik ke atas kerusi dan turun dengan leher yang agak sakit sebab mendongak tak ingat. Am masih dengan wajah kelat dan pucatnya.
“ Am, what do you expect, huh? Aku bukannya baru kenal kau semalam, weh. Dah berabad lama aku kenal kau, kalau aku beritahu kau pasal sang hantu tu, aku berani bet la, sejengkal pun kau tak kan bagi aku bergerak pergi mana-mana, macam aku dah lupa dulu aku sampai tak boleh tidur kaudok peluk aku sampai tercekik sebab budak dorm sebelah nampak something, uhh, what a nightmarelah. Aku tak tidur sampai pagi, kau tau?” jawab aku kuat dengan nada memerli. Aku kembali ke katil.
“ Tapi, betul la.. maksudnya.. kolej kita ni.. haunted..?” Am bersuara takut-takut sambil memandang kiri kanannya, seram bulu tengkuk kalau apa yang jadi dekat Rijal dan Jeffry jadi dekat aku pulak, jeritnya di dalam hati, tak sedar tangan dah kalut cari benda untuk dipeluk. Tu dia, tu dia, dia buat pulak dah! Aku mengetap bibir sambil menggeleng perlahan.
“ Betul la kot, kau nak tengok bukti? Boleh aje, nanti kalau ada, aku beritahu,” aku berkata angkuh, cis, baru jumpa seekor, (ke seorang hantu), dah berlagak gila, astaghfirullah! Niat di hati sengaja nak cabar-cabar sikit si Am ni ha, bagi semangat sikit, ini harap badan aje semangat, tapi hati lembik tak ingat!
“ Shhh.. shh! Kau jangan, weh! Tak tidur aku nanti, siapa nak jawab??” balas Am meminta pengertian. “ Aku tidur dengan kau boleh, malam ni?” Eh, eh.. tau-tau aje dia dah bawak selimut danteddy bear dia datang ke katil aku! Laju pulak tu! Aduh, aku ketap bibir sambil tepuk dahi. Tu la lain kali jangan gertak-gertak si Am dengan bab-bab hantu ni, harus la dia lari! Aku dulu pun, lama jugak kot baru nak betul-betul berani berdepan dengan si hantu tu (walaupun ala-ala comel hantunya).
“ Aku ingat kau dah berubah jadi gentleman dah sekarang lepas masuk matrik, hari tu kau tanya aku pasal kolej ni, kau relax aje aku tengok? Takde gaya-gaya seram pun,” tanyaku hairan.
“ Masa tu aku malas nak ambik pusing, asal aku tak nampak sudah. Tapi, dah kau pun dah nampak.. uhh, tak mau weh, tak mau, aku takut, nyah!” Allah, keluar dah ke’lembut’an dia tu! Am segera lari bersembunyi di dalam selimutnya. Aku pula masih duduk di hujung katil lagi, Am memakan ruang yang agak kecik sebab posisi dia sekarang ni posisi tidur mengerekot, biasala tu kan, actiongaya-gaya dia tengah takut.
“ Rul.. Rul.. kau, mana kau?” kedengaran suara Am yang sengaja dihalus dan dilembutkan siap dengan lenggok serupa perempuan menggelenjat. Suara dia bercakap memang macam tu, coverhabis, aku dah lali dah, awal-awal kenal dulu, agak jugak la aku meremang dengar suara dan gaya dia bercakap, tapi, dengan Am ni senang, walaupun dia ala-ala lembut bagai macam tu, tetap ada kelebihan dia yang tersendiri. Sifat dia yang peramah tu buat kami rapat tak sampai seminggu pun lepas kenal dulu. Satu aje yang aku tak boleh blah, perangai dia yang excited semacam, ha ha, tapi kadang-kadang yang excited tu la yang comel! Gulp! Ho ho, tidak, Am dan aku normal, okay?
“ Tap, tap..” Am yang mendengar menelan air liur. Apa tu, huwaa! Jeritnya di dalam hati, bayangan yang bukan-bukan mula menjengah kepala otaknya.
“ Rul, Rul, bunyi apa tu, Rul?? Kau kat mana? Weh, jangan tinggal aku sorang-sorang! Khairul Ezzairy! Khairul!” jerit Am sambil merenung-renung mencuri pandang dari lubang kecil yang terbentuk dari selakan selimutnya.
Aku diam aje mendengarkan suara dia memanggil aku dengan gaya yang lemah gemalai tu sambil aku dok tahan nak ketawa kuat. “ Hah!” aku mengejutkannya dari arah tepi, dari arah yang dia tidak dapat melihat aku dari lubang kecil selakan selimutnya itu.
“ Mak kau mamak dari Afrika terbang dari Eropah pergi Amerika! Ya Allah, Khairul! Kau! Kau memang, nyah! Kau memang!” ketawaku terburai kuat mendengarkan latahannya yang mengalahkan nenek-nenek tua di kampung. Dia pula mula memukul-mukul manja badanku dengan muncung panjang kalah anak tenuk terencat, mulut pulak tak henti membebel memarahiku.
“ Weh, weh, okay, okay, aku give-up! Sorry, Am, aku tak sengaja nak usik kau tadi, aku niat nak bergurau aje, sorry okay. Dah, dah, kau pergi tidur. Sebelum tidur, baca al-Fatihah, istighfar, ayat Kursi dan tiga Qul, okay? Aku ada projek nak kena selesai ni,” aku menyerah kalah disebabkan rasa perit dipukulnya. Pukul manja pun, sekali kena dengan tangan besar dia tu, wei, mahu lebam biru jugak badan aku!
“ Kau kejam, Rul! Kejam! Malas layan kau, aku nak merajuk!” jeritnya lagi tanda protes lalu segera menarik selimutnya menutupi satu badannya. Aku tepuk-tepuk lengan berasaskan daging 2 kiloplus lemak 5 kilo itu kuat-kuat. Saja nak mengusik lagi. Hu hu, comel bila dia bergerak-gerak di dalam selimut tu sambil membuat bunyi protes yang manja! Auww katanya, ha ha.
Aku geleng-geleng sambil tersenyum riang lalu menuju ke arah laptopku untuk menyambungassignment aku yang baru aku siapkan suku itu. Tarikh akhir hantar Isnin minggu depan. Profesor garang tu memang suka bagi banyak-banyak assignment, nak latih kitorang mencari bahan dan membuat kajian, terangnya.
Tapi, bagus jugak, untuk masa depan yang lebih cerah, kena la bersusah dulu. Kata pepatah Melayu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian! Tak rugi juga menuntut ilmu yang ada selagi boleh. Itu kan syahid kecil. Takde la kerja aku ni dok menonton drama Korea aje sepenuh masa! Tambah dosa aje kot, membazir masa plus tengok aurat orang, ishh, wajib bertaubat, Rul! Kena berpada la kalau ya pun!
***
Satu universiti kecoh esoknya, dengan cerita aku yang menyelamatkan hantu, dengan cerita Rijal dan Jeffry, bermacam-macam tokok-tambah aku dengar. Rijal dan Jeffry pula memohon cuti selama seminggu untuk menenangkan diri, yang ini memang benar, aku dengar sendiri dari mulut pensyarah aku.
**
" Wawa, cepatla turun! Kau ni terhegeh-hegeh betul la, penat aku tunggu! Kau tau tak kalau ada mikrofon sekarang ni, satu dunia boleh dengar perut aku nyanyi lagu Search! Tolongla cepat sikit, wei!" Faz menjerit lantang dari atas tanah, memanggil kawannya yang berada di tingkat dua di blok B itu. Boleh kata satu kolej mendengar jeritannya di tengah hari yang agak panas dan berhaba itu.
Najwa yang mesra dengan panggilan Wawa itu menjengukkan mukanya dari pintu koridor, memandang dengan muka sedikit bersalah apabila terlihatkan Faz yang sedang bercekak pinggang di bawah.
" Sorry, Faz! Sekejap tau, aku baru nak pakai tudung ni!" ujar Najwa dengan nada yang perlahan sedikit daripada suara Faz sebentar tadi. “ Gerenti kena bebel sekejap lagi!" Najwa menggigit bibir sambil berbisik perlahan di dalam hati.
" Weh, kau janji pukul satu dua puluh, sekarang dah satu setengah dah, kau baru nak pakai tudung. Karang kau jenguk lagi, kau kata pulak kau nak pakai lipstick, lepas tu lip ice, then lip gloss pulak!Haiya! Macam ni baik aku ajak beruk-beruk sekalian aje pergi teman aku makan kat kafe, senang tak payah tunggu diorang pakai mekap bagai macam kau, Wa!" tu dia, ambik kau kena bebel panjang berjela! Najwa sengih lagi di dalam bilik mendengar suara Faz yang bergema. Ini bukan satu kolej aje dengar, satu universiti ni pun boleh dengar bebelan dia tu!
" Kau belanja aku sebagai balasan aku dok tercongok bertemankan beruk-beruk kesayangan menunggu kau dekat sini!" sambung Faz. bengangnya tahap awan menunggu si Najwa bersiap. Bukan baru hari ni aje dia membebel, tapi boleh dikatakan setiap hari dia bising kerana terpaksa menunggu rakannya itu untuk turun ke kafe makan bersama. “ Tinggal karang, baru tau. Masa tu la dia nak sibok dok menangis menyanyi lagu jangan tinggal daku tiga kali. Masa orang dok tunggu dia tak pandai nak hargai, cis!” sambung Faz membebel di dalam hati. Nak jerit dah tak larat sebab tekak dah kering menjerit tengah-tengah hari buta begitu.
zz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan