Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Isnin, 28 November 2011

Hero aku Tomboy 8

Aku pulang dari fakulti dengan rasa mengantuk dan layu tak terkata. Hari ni aku tak tahu la hantu mana yang merasuk sampaikan aku tertidur di dalam kelas empat jam berturut-turut tadi. Setiap sejam kuliah, aku tidur dua puluh minit, ditambah lima minit menyengguk sebelum aku terus letak kepala atas meja. Kalau ada pensyarah bising dekat aku pun, aku memang buat tak peduli aje, sebabnya tahap mengantuk aku dah sampai tingkat 15 dah. Tak dapat nak cover lagi weh!
Shahril tak mahu ikut aku pulang ke kolej tengah hari ni. Aku terpaksa balik untuk mandi dan menyegarkan badan aku supaya tak la aku tertidur lagi di dalam kelas pukul tiga sampai lima petang nanti. Sambil aku melayan blues atas motor, tanpa aku sedar, aku dah ter’sodok’ seorang orang yang tengah berjalan di depan motor aku! Celah kangkangnya berada di atas muncung motorku! “ Ahh!” jeritnya kuat, aku pulak terjerit dalam hati! Bibirku ketap kemas, serta-merta rasa mengantukku tadi hilang.
Kedua-dua tangannya memegang kemas cermin sisi motor aku, muka pulak aku tengok kalah aku terkejut nampak hantu, tapi betul-betul yang amat dekat dengan aku! Motor aku mula melelong ke kiri kanan disebabkan usahanya nak mencuba turun daripada motor aku dan juga disebabkan motor aku tak dapat menampung keberatan badannya itu. " Wei!" Dia menjerit kuat. Ish, sejak bila aku jadi penyodok manusia tak rasmi ni. Aiseh!
" Bengong, brek la, wei! Kau ingat ini.. aduh!" dia menjerit kuat selepas aku brek motor aku dengan automatik mendengarkan arahannya itu. Dia terjatuh ke depan dengan punggungnya paling awal mencium jalan tar yang hangat itu. Siapa suruh jalan tengah-tengah jalan? Lepas tu suruh pulak aku brek kecemasan, memang melambung tak ingat la alamatnya! Tapi, pelik jugak macam mana dia boleh kena ‘sodok’ dengan aku tadi??
" Wei, mangkuk! Kau ni bawak motor, kau letak mata dekat mana, ha?? Atas langit?!" orang yang aku langgar itu menepis tangan yang aku hulurkan untuk membantunya selepas aku turun laju dari motor. Aku berdiri di sebelahnya selepas aku tolak dan parkirkan motor aku ke tepi. Dibuatnya ada pulak malaun yang melamun tengah-tengah hari macam aku tadi melanggar motor aku pulak, kes naya namanya!
" Mintak maaf, saya tak sengaja. Betul-betul tak perasan awak lalu depan saya tadi." aku berkata perlahan dengan riak muka serba salah yang amat. Dia bangun dengan susah payah dan merangkak duduk di atas simen penghadang jalan yang ada di situ.
" Apa kau ingat kau mintak maaf, sakit aku ni boleh hilang?? Jauh KL dari UK, la bengong!" dengan kasar dia menjerit kuat sambil memegang pinggang dan punggungnya yang terasa perit. Bahang matahari terik terasa menyucuk-nyucuk memancar ke arahnya membuatkan amarahnya semakin memuncak.
" Bro, saya minta maaf sungguh-sungguh ni. Saya tak sengaja terlanggar bro tadi. Lagipun, takkan bro tak nampak motor saya yang besar ni kot," panggilan 'bro' aku gelarkan padanya disebabkan aku tak pernah pulak nampak mamat ni masa orientasi, tak pun sebab aku tak terperasankan dia. Tapi, sebagai langkah keselamatan, lebih baik aku panggil dengan panggilan bro, mana tahu dia ni senior aku ke kan.
" Kau jangan nak mengharap aku maafkan kau, kau faham?? Kau yang langgar aku, kau nak salahkan aku pulak, banyak lawa la hidung kau!" memang hidung aku lawa pun. Matanya yang bersinar dengan api kemarahan itu aku tengok merenung aku tajam. Beberapa pelajar lain yang lalu di situ hanya memandang ke arahnya yang bersuara kalah petir itu.
" Faz, apa dah jadi ni?? Kau okay tak??" Najwa tiba-tiba berlari kalut ke arah Faz yang sedang mencuka. Mukanya penuh riak risau.
" Kau tanya la mamat suku tiang ni. Apa dia dah buat dekat aku!" ujar Faz sambil jari telunjuknya semangat menunjuk ke arahku.Tangan sebelah kirinya pula memicit-micit pinggang yang pedih. Najwa pula dengan segera memandang ke arahku juga.
" Bro, agak-agak la bro nak panggil saya macam tu. Saya ni normal tau tak, bukannya sewel suku tiang ke apa," aku mempertahankan diri, sakit hati jugak kot dapat panggilan macam tu!
" Orang normal tak kan nak melanggar orang tak tentu hala macam ni, kalau kau tak tau, do you got it??” Makhluk bernama Faz itu menyinga memandang ke arahku. Aku tepuk dahi. Kenapa dia tak nak faham yang aku bukan sengaja? Takkan la ada halanya aku nak pergi menyodok dia suka-suki? Kuasa pulak aku nak buat kerja macam tu??
" Saya minta maaf," ulang aku lagi, mengharapkan pengertiannya yang aku benar-benar ikhlas meminta maaf.
" Kau memang tak faham bahasa kan, mamat suku tiang? Kau tulis sejuta kali maaf atas awan pun, belum tentu aku akan maafkan kau, kau faham?? Wa, tolong aku, weh. Tulang aku dah patah ni,adei la, adei la." Faz menghulurkan tangannya kepada Najwa selepas dia memarahi aku lagi. Aku rasa aku cuma buat muka seposen je kat dia bila dia kata macam tu, patut la tak laku pun.
Faz berlalu dengan bantuan Najwa. Tangannya dipautkan pada bahu Najwa dan Najwa pula menyokong pinggangnya yang sibuk dikecohkan ke seluruh alam dengan menyatakan pinggangnya sudah patah. Action Kame betul mamat ni! Aku menyumpah dalam hati. Dah la tak malu main peluk-peluk dengan perempuan! Wuii, advance sungguh manusia zaman sekarang bercinta!
Aku yang ala-ala zombie Kampung Pisang tadi sudah segar kembali walaupun tanpa perlu mandi. Pertama kali kejadian macam tu terjadi pada diriku. Amatlah kesian pada si Faz tu sebab kedekut nak bagi kemaafan pada aku. Huh! Belagak gila, tau la muka hensem, tapi harus ke kau nak belagak dengan aku, beb?? Cis, aku pulak yang emo, kenapa? Tadi tak nak emo-emo depan dia, dah balik bilik baru nak sibuk he he.
Kaki aku langkah menuju ke bilik. Azan yang berkumandang dari masjid berdekatan kedengaran sayup-sayup. Am ada tak di bilik? Dia lah mangsa paling afdhal untuk aku ajak jemaah sekali! He hetunggu kau, Am. Jangan nak tunjuk paruh itik kau pulak tengah-tengah hari ni nanti!
zzz

*apa2 yg xbetul sila bgtau ya utk diperbetul. t.kasih :)

4 ulasan:

NAD_liy berkata...

wah... dh ada new update... hmm. G-la lawakyg amat... macam mana dia boleh ter'sodok' lelaki tu... hehe...

arisa eriza berkata...

hehe thanks dear nad :)

Tanpa Nama berkata...

hahahaha....lawak gile...cmner leh tersondol plak...x pnh ag slama ni aq bawak motor sondol org, sondol ayam ade r...hahaha

Arisa Eriza berkata...

ko try la sodok org plak psni kui3