Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Isnin, 27 Mei 2013

Bila Kau Kata Jangan

Bila Kau Kata Jangan (certot)



Nama aku Iams. Okay, okay, ada ala2 nama makanan kucing kan, tapi apa aku kisah, sebab aku ada seorang gadis yang betul sayangi aku. Dia lah Dyana. Gadis cantik yang sangat nerd. Tapi, dia sayang aku, aku sayang dia. Dia gadis nerd, aku pulak mat rempit yang suka berlumba. Pantang ada orang ajak aku berlumba, aku tanpa segan silu ataupun berfikir dua tiga kali akan terus terima. Aku tahu dia takut, aku tahu dia takut sebab dia tak nak kehilangan aku..

" Awak.. jangan la bawak laju-laju lagi, saya takut,"

" Tak pe, awak pegang saya kuat-kuat, saya janji awak takkan apa-apa, awak percayakan saya kan? Saya akan jaga awak," dia senyum dalam paksa. Daripada mata dia, aku tau dia takut kehilangan aku.. walaupun dia tak sebut.

Tiga minggu kemudian, dia mula menjauhkan diri daripada aku. Semua angkara seorang penunggang motosikal yang berpakaian hitam dan bertopi keledar gelap yang selalu mencabar kesabaran aku. Mamat mangkuk tu suka gila ajak aku berlumba. Hari-hari mesti akan ada dia di traffic light, dengan gaya yang membuatkan aku tercabar. Sebelum tu, Dyana dengan lemah lembutnya selalu nasihatkan aku untuk abaikan aje mamat tu, walaupun aku sayang Dyana, tapi aku tak boleh blah la, aku rasa tercabar, tercabar beb! Walaupun takde habuan apa-apa kalau aku menang pun, kurang-kurang maruah aku tak tercalar!

Aku cuba hubungi Dyana, aku rindukan dia, dah dekat dua bulan dia berdiam diri, tapi dia selalu lari bila aku cuba call dia, mesej langsung tak berbalas, bila aku nak pick up dia kat sekolah pulak, dia akan kata dia busy dan bla bla.. dia tak pernah macam ni.. dia dah bencikan aku ke sebab aku yang keras kepala ni? Asyik nak berlumba motor aje, degil tak dengar kata. Uhh, aku rindukan dia.. serius.. dalam aku asyik melayan blues rindukan dia, lamunan terhenti bila mamat bermotor besar tempoh hari datang hon depan pintu rumah aku, aku apa lagi weh, dengan tak menyempatnya aku terus keluar menyambut cabaran untuk berlumba, ingatan pada Dyana terbang entah ke mana. Aku terus memecut laju meninggalkan mamat motor besar tadi. Aku dah nekad aku mesti menang! Dalam hati aku ketawa, ceh, takkan sampai situ aje beb?? Hari lain bukan main tunjuk belang kan. Hari ni boleh pulak terkedek.

Aku brek motor aku bila sampai di satu selekoh, mamat motor besar tadi boleh pulak tergolek. Adeh, biar betul dia ni? Aku patah balik sebelum sempat aku sampai, motor tergolek tadi meletup dan pemandunya terpelanting ke tepi jalan. Aku kaget. Nak lari ke apa? Kalau mati mamat tu, naya aku! Tapi disebabkan aku masih ada hati nurani, aku cepat-cepat berhentikan motor dan segera berlari ke arah mamat motor besar tadi. Aku bukakan topi keledar dan untuk hari ini dalam sejarah aku terkejut gila!

Dyana??!

" Iams, awak pernah cakap.. awak.. nak kalahkan motor besar tu satu hari nantii.. kan.. ni aje cara.. supaya awak menang dengan selamat.." aku membeku. Dyana.. tangan aku bergetar, kaki aku lemah. Darah keluar membuak daripada mulut dia bila dia terbatuk. " Saya bodoh.. saya ingat boleh pandai.. bawak motor dalam masa .. dua bulan.."

" Dyana!! Jangan pergi, maafkan saya!!"

Dalam minda aku merewind janji aku pada dia " awak percayakan saya kan? Saya akan jaga awak," tanpa sedar selama ni dia yang jaga aku, dan mungkin hari ni hari terakhir dia jaga aku.. " Dyana!!! Noooo!!" aku menyesal, dan ternyata penyesalan aku mungkin tiada guna lagi..

## idea asal daripada pelukis kartun Kaoru :)## terima kasih ♥

Tiada ulasan: