Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 18 Julai 2013

Pirates D'amour Bab 3

" Tak apa, kau jangan risau, beb. Apa pun aku dan Alex akan lindungi kau," Ian memujuk aku lagi. Aku gigit-gigit hujung batang bunga ros merah tua yang aku suka beli dan letak di dapur. Aku suka bunga, dan ini adalah salah satu cara pembaziran sebab satu kuntum harga paling koman satu setengah dolar. Haih. Aku pandang dapur yang putih bersih dan berkilat selepas digilap oleh Alex. Emm, multi tasking sangat dua-dua bodyguard aku ni. Tapi, diorang memang sangat amanah dan bertanggungjawab, padahal boleh aje kalau nak tinggalkan aku seorang diri terkontang-kanting, tapi diorang tak buat, ikut aje apa yang aku nak dan suruh, walaupun Ian suka bertikam lidah dengan aku.

Aku tarik nafas lagi. " Kalau ada polis marin, macam mana?"

" Ala, baik punya senang aje, beb. Sebelum apa-apa, rancangan kena ada, dan kena rapi. Plan A, plan B dan C, selalunya memang akan lepas dengan selamat la, beb," Ian menjawab dengan tenang. " Sekarang ni dah nak masuk musim sejuk, takkan kau berharap nak mati keras dalam bot ni kot? Kita kena ada perlindungan lain,"

Aku baru terfikir selepas apa yang dikatakan Ian itu adalah sesuatu yang benar. Gila la kalau nak mengeras di dalam bot ni, haih lagi la sadis kalau macam tu! Aku pegang dahi. Tiba-tiba rasa nak demam, uhu.. aku tak ada jawapan untuk persoalan ni. Serabut sungguh aku rasa!

Err, perlukah go with the flow aje bak kata Alex? Aku berfikir lagi sambil mengarahkan pandangan pada Alex yang sedang menghabiskan masanya menonton TV LCD berhampiran kami. Hari ni aku malas nak angkut segala instrumen muzik untuk ke bandar buat band katak puru tersebut, jadinya melepak aje di dalam bot. Serius jugak rasa tak berbaloi langsung kegigihan usaha aku dan dua orang lagi menghiburkan orang, tapi hasilnya tak setimpal. Aduh, gamaknya dapat dua tiga dolar tu pun sebab orang kesian aje kot tengok ke muka ala-ala sadis kami ni. Ye la, hari-hari buat bising kat port yang sama, tapi aku rasa aku patut bersyukur dan rasa bertuah sebab tak kena baling dengan telur tak pun tomato. Itu pun kira dah cukup bagus! Kan?

" Apa rancangan awal kau?" aku soal Ian. Dia angkat muka daripada terus membaca surat khabar tadi, muka dia nampak bercahaya. Dia senyum. Terbaik dari laut!

" Sir tak bagi aku libatkan kau dengan bisnes dia, jadi kita buat kerja merompak ataupun menculik, kau nak yang mana dulu?" aku telan air liur dengar.

" Err, kita cari harta karun aje, boleh tak?" aku kelip-kelip mata. Huduh benar kalau Lucas yang buat, kalau Clarissa boleh la kuterima.

Ian menggenggam penumbuk. " Okay, kau buatla apa kau nak, Luke. Malas dah aku," dia bangun dan keluar, tuju ke arah jeti dan berjalan dengan laju. Dia marah aku ke?   Dia hilang dari pandangan aku kemudian. Aku tau kalau sekali aku dah ambil keputusan ni, aku takkan dapat untuk patah balik lagi. Sekali kau declare kau nak buat jahat, untuk kembali kepada hati yang suci-muci macam sekarang ni, dah tak mudah seperti sebelumnya. Aku duduk mengecil di sisi Alex. Alex berpaling dan hadiahkan aku kuntuman senyum mesra. Lega sementara aku rasa.. hensem Alex ni. Haih, apesal bodyguard aku ni hensem-hensem? Aik, tergodakah? Ngee.. Lucas, sila sedar diri sikit, sekian.


Malam tu aku duduk-duduk di jati berhampiran dengan bot. Ian masih tak balik, aku pun tak tau dia ke mana, cuma ada Alex aje tengah berbaring dengan muka tenang di dek bot sambil dengar radio menggunakan headphone. Alex memang seorang yang cool dan pendiam. Berbeza dengan Ian, banyak mulut sikit dan suka membebel, tapi tetap charming gitu, aww! Aku masih diburu rasa bersalah apabila memikirkan tentang Ian yang dah rupa malas dah nak bertoleransi lagi dengan kehidupan aku yang ala-ala putera raja yang begitu baik ini kononnya.. aku pun hairan dengan diri aku, kenapa aku tegar sangat nak bagi Clarissa yang ambil alih pemikiran aku, bukan Lucas?? Aku tersepit!

Dalam aku berkerut berfikir, Ian muncul. Di tangannya ada tiga kuntum ros merah. "  Hai," dia tegur aku.. aku berpaling dan mendongak padanya yang mula bersedia untuk duduk di sebelah aku. Aku senyum nipis. Aku rasa bersalah dan berbelah bagi.. "Untuk kau,"

" Err..?"

" Ya, untuk kau. Aku mintak maaf berkasar dengan kau petang tadi. Aku tak patut buat macam tu. Apa pun, kau tetap bos, aku tetap orang bawahan kau,"

" Jangan cakap macam tu, kau kawan aku la, beb. Kawan marah kawan, biasa la kan? Ha ha," aku gelak tipu dan cuba bertenang. Bau bunga ros yang aku sambut tadi memang menenangkan. Aku senyum di dalam hati. Hamparan langit berhias bintang aku pandang. Sedikit lega lepas Ian kembali.

 " Aku dah fikir, aku akan terima usulan kau, tapi dengan syarat,"

" Usulan aku? Yang mana?" aku teringat beberapa usulan aku yang aku cadangkan pada Ian sebelum ni, contohnya aku nak masuk kolej untuk sambung belajar, aku nak ubah kembali identiti aku kepada Clarissa sebab aku rasa aku lebih mengarah kepada Clarissa bukan Lucas, aku nak ikut daddy dan mama, dan banyak jugakla usulan aku yang lain, dan usulan mana yang dia maksudkan? Harap-harap dia bagi aku jadi Clarissa balik dan kembali pada daddy dan mama! Yeay! Harapanku subur kembali!

" Cari harta karun untuk teruskan hidup,"

" Erk?!"

" Kau yang nak, kan? Jangan nak kata kau ubah fikiran lagi?" Ian membaca fikiran aku. Dia dah masak sangat dengan aku yang suka ubah fikiran di saat genting. Aish, failed! Macam mana nak jadi ketua lanun kalau macam ni??










2 ulasan:

Azrien Osaki berkata...

ohohoho jgn cakap clarissa ni jatuh cinta ngn salah sorg bodyguard die nnt... tak pon cinta 3 segi dgn bodyguard2 die..... sambung plssss

Arisa Eriza berkata...

hehehe tqsm dear sis Azrein. tidak kot clarissa jtuh cinta dgn dorg hihi tp bodyguards ni mmg charming wee! tanx dear sis sbb sudi komen :) !