Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 13 Mei 2009

bini aku tomboy ke?11

' Saya Arin, orang gaji dekat sini.' Kata Cik Kitten dalam nada yang perlahan dan bergetar kerana disergah oleh Zack tadi.

' Ohh, I see.' Zack menjawab endah tak endah.

' Jom, Mak Timah. Pak Ali mana? Dia nak ikut balik sekali tak, Mak Timah?' Papa bertanya tentang suami Mak Timah yang bekerja sebagai gardener di rumah itu.

' Oh, tadi ada je. Bang Ali! Oh, Bang! Bersiap kalah perempuan lamanya!' Mak Timah membebel sambil berjalan naik ke atas.

' Sekejap ya, Mat, Mas. Mak Timah panggil Pak Ali nya sekejap.' Mak Timah berbasa-basi.

' Eh, kau! Pergi ambilkan aku air! Haus nak mati aku ni, daripada kau duduk tercongok je dekat situ!' Muka Arin pucat kerana dijerkah kuat oleh Zack.

' Zack! Apa ni? Cuba cakap baik-baik sikit dengan si Arin tu. Kesian dia.' Mama menegur Zack. Arin tunduk lalu berjalan cepat-cepat ke dapur. Terkejut. Macam tersambar kilat.

' Ala, takpe mama. Kalau manjakan sangat, nanti jadi degil, macam Zack ni ha.' Zack membalas sambil duduk meletakkan kaki di atas meja kopi di ruang tamu. Tangannya mencapai remote TV dan menekan butang 'on'. Cartoon Network menyiarkan rancangan Tom & Jerry.

' Mama, sinilah tengok sekali. Eh, kenapa kau ni muka macam Tom ni je? Kau sepupu dia, eh?' Zack mengusik Arin selepas gadis itu datang dengan segelas air oren.

' Apesal kau diam? Letak dekat situ.' Zack tak puas hati apabila Arin tidak memberi respons langsung kepada usikannya itu.

' Takde apa-apa, tuan.' Hua hua! Dia panggil aku tuan! Seorang lagi terpedaya!

' Ish! Kamu ni, Zack, siapa ajar cakap kurang ajar macam tu??' Papa bersuara selepas habis bersembang dengan mama.

' Dah la ye, Arin. Budak ni memang macam ni, pening sikit. Jangan ambil hati, okay?' Mama menyampuk. Zack tersenyum lebar. Memang aku pening, disebabkan oleh itu, aku akan buat kau pening sekali, hua hua! Buat muka innocent pulak! Tau la comel!

' Zack, nah. Ni credit card, kad bank. Guna kad bank ni dulu beli barang harian, nanti pergi buat kad baru. Password nya sama dengan kad bank sebelum ni. Mama dah tukarkan.' Mama memberi sekeping kad kredit dan kad bank kepada Zack.

' Yeke, mama? Wah, ni yang sayang mama lebih ni! Thank you, mama! Muahh!' Zack mencium pipi mamanya memeluk mamanya erat.

Arin berdiri tegak sahaja tanpa bergerak. Hanya matanya terkelip-kelip memandang Zack dan keluarganya. Manja betul, and menyampah gila dengan perangai dia! Hee, macam bagus sangat!

' Apa kau tenung-tenung? Tak pernah tengok makhluk secomel aku ke, hah?' Sekali lagi kena.

' Zack..' Mama merenung dalam.

' Jangan buli si Arin ni, kalau tak nanti mama kurangkan income bulanan kamu.'

' Hah? Mama suka lebihkan anak orang lain, anak sendiri mama biarkan. Bak kata pepatah, anak monyet disusukan, di dalam hutan, anak sendiri biar mati lapar..'

' Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, baru betul, tuan.' Arin menyampuk.

' Betul betul betul!' Zack mengiyakan kata-kata Arin tanpa sedar yang Arin yang membetulkan pepatahnya tadi.

' Hep, diamlah kau, budak kecik jangan menyampuk!' Zack berpura-pura marah.

' Zack! Jangan sampai mama buat betul betul.'

' Yelah.' Zack menjelir lidah ke arah Arin. Sibok je kau ni!

' Bila Mak Timah nak balik sini balik?' Arin bertanya selepas Mak Timah turun bersama suaminya dan 2 buah beg besar tenuk.

' Tak tahu lagi, Arin. Mak Timah kesian kan adik dekat kampung tu. Takde siapa yang boleh tengokkan dia. Kalau jadi apa-apa, susah.' Mak Timah membalas sambil merenung lembut ke arah Arin.

' Sunyi lah saya nanti, Mak Timah.'

' Sunyi? Tak mungkin lah, Arin. Ni si budak ni, kalau ada dia, selagi tak meletup rumah ni, tu bukan dia la tu, Arin.' Mak Timah gelak kuat.

' Betul tu, Mak Timah. Arin, kau percaya je la, sebabnya aku akan letupkan rumah ni, dengan kau kau sekali aku letupkan nanti hua hua!' Zack menambah.

' Zack, jaga si Arin ni. Arin, jangan takut, okay? Zack ni bukan budak jahat, dia nakal je. Dah tua tua pun tak habis lagi nakalnya.' Mama berkata selepas Arin menyalaminya.

' Apa tua nya, mama? Baru 23 tahun je tahun ni. Bak kata Rosnah Mat Aris, apalah ada pada bilangan, kan mama? Muahh, sayang mama! Mama jaga diri tau? Papa, Mak Timah, Pak Ali.' Zack memesan kepada semua dan mencium pipi mamanya itu selepas mamanya masuk ke dalam kereta.

' Jangan lupa kunci semua pintu dan tingkap. Pokok-pokok jangan lupa siram!'

' Tu semua kerja kau, Arin!' Zack berkata perlahan sambil tersenyum dan mem'babai' ke arah kereta papanya yang makin menjauh dari pandangan.

' Apa kau tengok? Takut dengan aku yang hensem ni? Kenapa ye, mama sanggup tinggalkan anak dara orang dengan aku? Kau tak hairan ke, Arin?' Kata Zack sambil merenung ke arah Arin, mukanya dah pucat membayangkan dia hanya berdua dengan seorang 'lelaki' di rumah itu.

' Hua hua!' Zack ketawa kuat selepas Arin berjalan laju menuju ke pintu depan rumah tanpa menjawab soalannya tadi.

Zack pun masuk dan ke dapur. Arin dilihat sedang merapat dan mengunci tingkap yang tidak rapat tadinya.

' Wei, Arin. Kau makan apa dengan Mak Timah and Pak Ali ni? Kenapa kosong takde apa-apa pun dalam peti? Aku nak susu fresh, tak kira, kalau kau tak dapatkan untuk aku malam ni, aku terpaksa la dapatkan daripada kau.' Zack berkata selamba. Dada Arin berombak kuat. Habis lah aku kalau dia rogol aku!

' Saya tak reti drive kereta, tuan.'

' Siapa suruh kau drive? Tak kisah lah kau nak dapatkan macam mana pun. Yang penting, aku nak kau ada kan susu fresh depan aku kejap lagi.'

' Baik, tuan!'

' Oh, sekejap. Bagi aku pen dan kertas.'

' Buat apa, tuan?'

' Ambilkan je la. Kau ni, banyak soal pulak. Kau nak aku cepuk kau ke? Aku kira sampai tiga. Kalau tak sampai, aku suruh kau tidur dekat luar malam ni!'

' Ye, tuan.' Arin berlari-lari dan hilang di balik dinding. Zack senyum lebar. Wah! Bahagianya aku! Ada budak baik yang boleh aku buli tiap hari, huhu.

' Ni, pen nya, tuan.'

' Duduk. Tak payah bertuan puan dengan aku. Panggil je aku Zack. Duduk!'

' Ye, tuan.. Zack. Maaf.' Huhu, bermaaf-maafan pulak dengan aku. Hai, kau silap rumah lah, Arin. Takut pulak tu dengan aku, hua hua!

' Esok kau nak masak apa? Aku nak 3 hidangan lauk, 2 hidangan tumbuh-tumbuhan. Air asam jangan lupa. Tulis dekat kertas ni, apa yang perlu untuk dibeli.'

' Saya nak tanya sikit boleh, Z.. Zack?' Ketar-ketar Arin berkata.

' Tumbuh-tumbuhan tu apa?'

' Subhanallah! Kau ni belajar sampai sekolah apa ni? Tumbuhan pun kau tak tahu? Tumbuh-tumbuhan itu nama lain bagi sayur. Tapi, tak semestinya semua tumbuh-tumbuhan tu sayur, dan lagi, sayur memang gerenti dari tumbuh-tumbuhan. Ada faham?'

' La, sayur rupanya.'

' Kau ni, lambat pick up betul la. Dah habis tulis?'

' Sekejap, saya kena buka buku resepi dulu, Zack. Baru boleh tulis apa yang perlu.'

' Habis, kau buat apa je dekat rumah ni? Masak pun tak reti?'

' Saya tak masak, saya mengemas rumah je, tuan.. Zack.' Perkataan 'tuan' gerenti terkeluar kalau Zack mula menyoalnya seperti memarahinya.

' Sini la aku tuliskan! Kau ni, masak pun failed! Umur kau berapa?' Zack mengambil pen dan kertas dari sisi Arin, kasar.

' 20, tahun depan.'

' Yang kau cerdik pergi beritahu tahun depan punya buat apa? Aku tanya jawab je la 19. Ish, kau ni, apa kena dengan kepala otak kau tu?'

' Kena sambar petir.' Arin menjawab perlahan. Ler, patut bengong semacam. Rupanya kena panah petir! Aduh. Nasib hidup lagi.

' Kau pergi call kedai runcit, suruh dia hantar semua barang-barang yang aku tulis ni, malam ni jugak!'

' Baik tuan.'

' Tuan, tuan! Aku hantar kau pergi Tanjung Tuan, kau nak??'

' T.. Tak nak, tuan..'

' Hai, kau ni. Sekali lagi aku dengar kau sebut tuan, aku cepuk kau tiap pagi selama seminggu! Ada dengar??'

‘ Ya, dengar.’


‘ Dengar je, paham ke tak??’


‘ Faham, tuan!’ Yes! Akhirnya mangsa cepukan aku sudah muncul. Hua hua! Baru jerit sikit, dah kecut perut.


‘ Okay, kau tunggu lah cepukan aku start esok sampai minggu depan. Faham? Sekali kau sebut tuan, seminggu kau kena cepuk. 2 kali, 2 minggu dan seterusnya. So, be aware about it.’



‘ Ya, Z.. Zack.’ Mata Arin terkelip-kelip memandang Zack, air matanya kelihatan bertakung di tubir mata. Ala, kesiannya. Huhu, sebijik macam anak kucing. Jahat sangat ke aku ni??


‘ Dah, tak payah meleleh-leleh pulak. Jom, aku teman kau call kan pakcik kedai. Cepat la. Nanti tutup kedai tu, kau nak aku mati kering dekat sini?’


‘ Tak nak.’ Padahal dalam hati, orang pertama yang aku nak bunuh ialah kau, Zack!



‘ Helo. Saya Arin, pekerja dekat rumah Dato’ Muhammad. Saya nak pesan barang-barang ni dan minta encik hantarkan. Boleh?’


‘ Kalau tak boleh, kata aku bagi tips, 50 nanti.’ Zack menyampuk.


‘ Kalau tak boleh, nanti saya bagi tips 50 ringgit.’ Arin menyebut di talian.


‘ Macam mana? Okay?’ Zack bertanya selepas Arin meletak telefon.


‘ Okay! Sekejap lagi dia hantar.’ Arin bersuara ceria.


‘ Sini, duduk sebelah aku. Kau ni kenapa bengong sangat? Aku tak kata pun nak bagi tips 50 ringgit, aku kata 50 je. And maksud aku, 50 tu 50 sen. Habis, siapa nak bayar sampai 50 ringgit tu, Arin?’


‘ Hah?? 50.. sen?’ Arin pucat, matanya kembali berair. Merah je pipi.


‘ Sekejap lagi kau pepandai la uruskan sendiri dengan pakcik kedai tu, aku tak tau.’ Zack berkata dengan selamba kemudian kembali menonton rancangan TV. Air mata Arin setitik demi setitik turun membasahi t-shirt peach yang dipakainya. Zack perasan, namun dia buat tak tahu je. Yela, bukan salah aku pun, dia yang memandai sendiri. Arin berlari ke dapur dan tidak kembali ke ruang tamu lagi dah kemudiannya.


Ding dong.. Kedengaran loceng pintu pagar utama ditekan.


‘ Arin! Bukakan pintu ni! Pakcik tu dah datang!’ Zack menjerit kuat. Padahal dia dekat je dengan pintu. Pemalas betul si Zack ni! Aku kalau dah start membuli orang, aku akan buli habis-habisan! Tak kira la dia lelaki ke perempuan ke apa ke hua hua.


‘ Zack.. bayarannya macam mana?’ Arin bertanya perlahan selepas pakcik kedai itu sampai ke hadapan muka pintu rumah.


‘ Bayar? Berapa semua?’ Zack bangun mendekati Arin.


‘ RM139.40.’ Pakcik kedai itu menyebut sambil melihat kepada bil yang telah ditulis.


‘ Okay, masukkan dalam buku dulu, esok saya bayar, okay, bang? Sekali dengan tips. Okay, thanks!’ Zack menyambut beg plastik besar, sekali 5 beg. Dah macam shopping dekat Mydin dah gayanya ni huhu.


‘ Macam mana dengan tips 50 ringgit tu?’


‘ Pepandai kau lah, tanya aku pulak?’


‘ Tapi Arin memang takde duit banyak tu. Lagipun, adik-adik dekat kampung ramai lagi yang tengah sekolah.’ Arin membuat muka kesian semacam anak kucing lapar.


‘ Kau tidur dengan aku dulu, baru aku bayarkan untuk kau.’ Zack merapatkan tubuhnya kepada Arin, muka tak boleh blah betul minah ni, dengan hidung merahnya. Huhu, muka pucat tu yang aku tak tahan tu! Hua hua!


‘ Awak memang jahat! Tak berhati perut! Saya sanggup bayar daripada jual maruah saya pada awak!’ Arin menolak tubuh Zack dan berlari naik ke biliknya, menghempas pintu sekuat hati.


‘ Arin, Arin. Suka salah faham sendiri.’ Zack gelak dan menggeleng kepala seorang diri. Dia kembali menonton rancangan TV di ruang tamu. Sambil-sambil itu, dia memandang keliling. Besar jugak rumah ni, tapi esok jela aku jelajah.


Sedang sedap Zack menonton, secara tiba-tiba..


‘ Mak ai! Anak tikus mana pulak yang gigit plak elektrik ni? Gelap la aku, mangkuk betul la!’ Satu rumah black out. Dalam teraba-raba, dia teringat akan lighter di meja kopi di situ, lantas mencuba untuk mencapainya.


‘ Zack..! Zack..!’ Terdengar suara anak kucing a.k.a. Arin memanggilnya dari atas. Tahu pulak nak mencari aku. Kelihatan lampu torchlight berlari-lari ke sana sini di tangga. Mesti dia tengah turun ni hehe.


‘ Huargh!’ Zack menyergah Arin dari belakang selepas Arin sampai ke bawah.


‘ Ahh! Ya Allah! Mak datuk aku, gugur jantung!’ Torchlightnya jatuh ke lantai, lalu dikutip oleh Zack.


‘ Aku lah penunggu di sini, hua hua hua!’ Zack menyuluhkan torchlight tersebut ke mukanya sambil mengusik Arin dengan suara garau.


‘ Zack! Zack! Tolong! Ya Allah! Qul ..a’uzu..birabbin..nas.. Mali..kin nas..’ Terketar-ketar suara Arin membaca surah an-Nas, surah itu sahaja yang terlintas di kepalanya ketika itu. Matanya ditutup rapat. Hanya mulutnya terkumat-kamit di atas lantai sejuk itu.


‘ Heh, bangun! Ni aku la, Zack. Boleh percaya kata aku yang hensem ni penunggu dekat sini? Hai, Arin, Arin.’


‘ Zack ke? Zack! Arin takut gelap! Mak Timah kata dia pernah jumpa ‘benda’ dekat sini!’ Arin tiba-tiba memeluk Zack. Hai, tadi bukan main lah dia, ni bukan main pulak memeluk-meluk aku ni!


‘ Yeke? Arin dah solat ke belum? Bacalah surah apa-apa buat pendinding. Tarik nafas dalam-dalam dulu, relax, okay? Arin tau tak dekat mana kabel elektrik?’ Zack tidak lagi memanggil Arin dengan perkataan ‘kau’. Buat masa sekarang, sesi membuli ditangguh buat sementara waktu huhu.


‘ Kabel elektrik? Apa benda tu?’


‘ Mak ai. Payah la nak cari dalam satu rumah ni kalau macam tu.’ Zack menepuk dahi.


‘ Arin pernah nampak tak, benda macam kotak besar, dekat dinding, selalunya warna kelabu. Dalam dia ada macam wayar-wayar..’ Zack mengeluh. Dalam kesamaran lampu torchlight, tengok muka Arin yang macam cicak berak kapur tu dia dah tau dah, mesti budak ni tak pernah tengok atau pun terjumpa benda tu.


‘ Em, jom. Kita cari.’ Arin memegang kemas tangan Zack, terasa tangannya begitu sejuk, kekuatan genggaman dia tu boleh lebam tangan aku ni nanti!


Setelah puas berpusing-pusing di dalam rumah itu, akhirnya mereka pun menjumpai kabel elektrik itu.


‘ Yah! Jumpa jugak akhirnya! Alhamdulillah!’ Zack menjerit kuat. Namun..


‘ Arin, nampak tak apa yang Zack nampak?’ Zack bersuara perlahan, ketar sikit. Matanya masih tidak beralih pandang dari tempat yang disuluh itu.


‘ Apa?’


‘ Lari, Arin! Dia terbang!’ Zack berlari sekuat hati sambil memegang tangan Arin yang terjerit-jerit kuat itu.


12 ulasan:

Miss Kira berkata...

hahaaha..
siot tul la zack..
x kering gusi ketawa..
apa yg depa nmpk tu..
hantu ke?

LiNa berkata...

klakarnye...
best...sambung lg yer..

syah berkata...

hahaha...
sengalnye zack..
bley de gler2 buli c arin..
pape pn klaka r..
smbg g cpt2..heee

homosapiens berkata...

hahaha..lawak siot.
ape mende yg terbang tu?
xkan keluang man dtg nak selamatkan kot

LeaQistina berkata...

wahaha.. apa lg yg zack tu jumpa.. mesti la lipas.. wahaha.. diakan penakut lipas, katak sume.. wahaha.. sabo jelah.. tomboi konon.. hampeh tol! keh.. keh.. keh..

miss nina berkata...

kelakar giler cter ni
zack , skit2 dahla buli si arin tu!

Pieja berkata...

pakcik kedai runcit tu xsyak pape ke? kang dy ingat dak laki pompuan duk 1uah...abis lak kne tgkp basah..ahahaha..lawaks citer nih..go go arisa!

mama nursaafia & zafwan berkata...

ade hantu ke kat umah tu? suspen lak....hehehehe

Naniey TJ berkata...

hahaha
ganas betul zack tu..
good job..
slmt b'knln...
klu da masa jenguk la blog saya
desaituindah.blogspot.com

keSENGALan teserlah.. berkata...

wahahaaaa..
sian tol si arin tuh..
zack2..
isk2..
nakal tol..
agak2 la zack ooii..
jap2..
mne hero cite nieh??
ble la si zack nieh nk kawen...
huhu..

Tanpa Nama berkata...

salam

dh agak dh cerita ni msti kurg lebih mcm Hana Kimi.. Hehe nway Good Story. Saya sgt terhibur membacanya. Teruskan berkarya~ ;)

Hany Nafisya berkata...

huhu.. ntah² zack nmpk lipas x? dia tu kan smua dia takut.. katak tikus ntah ape lg ntah..