Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 20 Mei 2009

July's Nights

Minggu Haluan Siswa yang memenatkan aku sudah pun berlalu. Sudah cukup seminggu aku berada di universiti ini. Pening kepala dengan nak mengisi borang tu, borang ni, serabai aku! Tapi takpe la kan, sebabnya bukan senang nak dapat masuk U ni, aku antara orang yang terpilih, bak kata PM (Pembantu Mahasiswa) di kolej aku ni la.

Kolej ni bagi aku nampak cantik sebabnya sangat unik. Kelilingnya hutan, macam hutan simpan pun ada. Pagi-pagi memang syok sebab nyaman. Tapi, agak menyeramkan jugak la bila malam.

' Wei, kau tak dengar ke pasal kolej kita ni?' Tanya Am, roomate aku pada satu malam. Dia ni kawan baik aku masa sekolah lagi, entah macammana boleh satu bilik hehe.

' Kenapa?' Aku bertanya selamba sambil membaca komik. Bagus betul! Dekat U pun boleh nak membaca komik lagi. Tapi takpe jugak, sebabnya kuliah pun belum mula lagi.

' La, kau ni memang pending betul la! Kolej kita ni berhantu siot!' Am bercerita dengan semangat waja.

' Ler, kalau ye pun, kenapa?' Aku malas nak melayan kerenah si Am ni. Bukan betul sangat budak ni. Mereng sikit. Kekadang tu orang cakap lain, dia faham ikut lain.

' Kau tak takut ke, beb?'

' Biasa je.' Aku lantas menutup komik dan ke tandas. Aku membelek jam di tangan aku yang berbulu lebat ni, baru 11.30. Awal lagi nak tidur pun. Aku memang kaki tidur lewat. Pukul 2, 3 pagi selalunya baru aku tidur.

Selepas mengambil wudhuk, aku menapak ke bilik, lantas menghampar sejadah untuk solat Isyak. Kiblat yang mengarah ke arah matahari terbenam tu menghadap ke arah katil aku. Am dah bersedia untuk tidur. Aku angkat ta'bir dan mencuba untuk khusyu'. Namun, kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang secara tiba-tiba mengganggu solat aku. Dia tegak duduk di sudut katilku, merenungku tajam. Hatiku kuat berdebar, namun aku cuba bertenang. Mungkin cuma khayalan aku. Namun, selepas aku bangun dari sujud, 'dia' masih kaku di situ!

' Allahuakbar!' Sengaja aku kuatkan suara ku bagi memberi amaran padanya. Lantas perlahan-lahan dia hilang dari pandangan. Berani betul kacau aku, tengah solat pulak tu! Mak ai. Mungkin betul apa yang disebut oleh Am tadi, kolej ni ada penunggu!

Selepas solat, aku mencapai al-Quran dan mengalunkan ayat-ayatnya merdu. Aku cuba mengabaikan gangguan 'makhluk' wanita tadi, namun makin aku cuba lupakan, makin bayangannya mengejar. Aku beristighfar. Aku meletakkan kembali al-Quran tadi di dalam almariku lantas ke meja studi dan membuka laptop ku. Aku khayal sejenak, hilang di dalam game yang aku sedang godek-godek itu.

' Khairul..' Terdengar gemersik perlahan suara memanggil namaku sayu. Ahh, sudah! Dia datang lagi! Makin lama makin terasa dekat dengan telingaku, tanganku bergetar, cuba memberanikan diri memandang ke belakang, namun tiada apa-apa. Aku telan air liur untuk sekalian kalinya. Mp3 bacaan ayat al-Quran aku buka sekuat mungkin bagi menjadi 'pagar' dari gangguan makhluk ghaib.

Seketika, suara yang memanggil aku tadi pun menghilang. 10 minit kemudian, telingaku menangkap bunyi ketukan di pintu. Aku memandang sekilas jam di tangan, 5 minit menghampiri pukul 1 pagi. Siapa pulak mangkuk datang bilik aku pepagi buta ni? Aku dengan malas bangun dan membuka pintu bilikku. Tiada sesiapa, cumanya angin sejuk sepoi-sepoi bahasa sahaja yang menerpa masuk ke dalam bilikku. Bulu romaku segera menegak. Subhanallah! Segera aku menutup rapat pintu bilikku dan menuju ke katil. Untuk malam ni, aku give-up!

Aku baring dan membaca ayat-ayat sebagai pelindung sebelum tidur. Aku mengambil keputusan untuk tidak menutup lampu. Sejenak, aku pun tertidur.

Geli.. Aku cuba menepis. Kemudian, tanganku seperti diusik lagi. Esh! Kacau betul la! Apa benda ni?? Aku segera membuka mata. Aku boleh menelan air liur sahaja melihatkan tanganku sedang diusap-usap lembut oleh 'seorang' wanita berambut hitam panjang. Dia duduk bersimpuh di sebelahku. Tak lama, dia pun sedar yang aku sedang memandang ke arahnya, lalu dia yang sedang asyik bermain-main dengan tanganku tadi segera berpaling ke arahku.

Cantik! Cun giler! Dia senyum. Namun, tak lama dia tersenyum, bibir yang berwarna merah saga itu berubah menjadi pucat, matanya yang redup membulat dan taringnya dapat kulihat dengan nyata.

' Lailahaillallah!' Aku menempik kuat apabila dia cuba mencekikku. Aku membaca ayat Kursi di dalam hati sambil memejamkan mata. Seminit lagi dia cekik aku, mati dalam iman lah aku alamatnya! Namun, lama kelamaan, cekikan yang agak kuat tadi akhirnya lemah dan kemudian hilang begitu saja. Aku kepenatan dan tertidur kembali.

-----

Pagi esoknya, aku terbangun selepas terdengar bunyi alarm handphone Am. Pukul 6.30. Aku teringat peristiwa aku dicekik malam tadi. Tapi, aku pun tak pasti samada aku bermimpi atau pun apa. Aku bangun perlahan ke tandas. Aku kembali ke bilik selepas mengambil wudhuk.

' Subhanallah!' Muka Am tercongok di pintu bilik dengan mata layu. Tangannya menggosok-gosok mata kirinya.

' Esh! Kau ni, buat terkejut aku aje!'

' Em, kenapa dengan leher kau, Rul? Siapa cekik kau? Biru semacam aje?' Mata Am membulat merenung leherku.

' Yeke? Entah, hantu kot cekik.' Aku menjawab dengan nada bergurau.

' Gila kau! Kalau betul macam mana??'

' Takde apa-apa lah, beb! Dah la, lewat dah ni, solat!'

------

Kuliah hari Khamis penuh dengan tutorialnya membuatkan aku terpaksa untuk melepak di fakultiku sahaja sepanjang hari. Pukul 6 sampai 7, ada sejam tutorial. Gila lambat baru habis!

' Woi, Ril! Kau tunggu kejap, aku nak pergi toilet. Tak tahan dah ni!'

' Okay, aku tunggu dekat luar.' Ril menunggu di atas kerusi panjang berdekatan dengan tandas di situ.

' Khairul. Lama lagi ke?' Ketukan pintu dan suara yang memanggil aku membuatkan aku bengang.

' Sabar ar Ril! Aku baru bukak zip aje ni!' Kemudian aku dengar derap kaki berjalan ke sebelah tandas ku. Pintu tidak kedengaran ditutup, namun terdengar bunyi air paip yang dibuka perlahan.

' Siapa tu? Kau ke Ril?' Aku bersuara, dan dengan segera air paip di sebelah ditutup.
Aku berdebar. Kenapa lah perut aku nak buat hal waktu-waktu senja macam ni jugak? Aku bising di dalam hati.

Tik.. Tik..

Aku dengar air menitik. Aku abaikan. Aku cepat-cepat memcuci apa yang patut. Tak sempat aku menzip seluar jeans aku, aku terasa ada air menitik di pipi. Aku sapu, bukan air, tapi darah! Aku pandang ke atas, wanita berbaju putih dan berdarah di perutnya sedang melekat di siling! Rambutnya yang panjang meleret sampai ke muka ku!

' Allahuakbar!' Kuat aku menjerit dan membuka pintu tandas untuk keluar. Suara hilaian wanita jelas kedengaran. Pintu tandasku seakan terkunci dari luar. Ya Allah! Bermacam surah aku cuba baca. Aku rasa surah Yassin dah tercampur dengan ayat Kursi dah selama aku cuba membaca!

' Hik.. hik.. hik..' Suaranya begitu dekat dengan telinga aku. Aku lihat wanita tadi sudah berada di belakangku, di atas peti pam air! Senyum sekejap, kemudian mukanya berubah menjadi sayu dan hodoh. Matanya mengalir darah merah menghiasi pipinya yang putih seperti seorang Geisha. Aku kelip-kelip. Kakiku ketar.

' Ke..na..pa..?' Aku tak terdaya nak terus bertanya kepadanya lagi kerana tangannya mula dihulurkan ke arahku dengan kuku panjangnya.

' Rul!' Aku terdengar suara Ril memanggil. Kuku wanita tadi yang tak sampai 1 cm ingin mencecah ke muka ku segera terhenti. Dia melompat ke tandas sebelah dan pintu tandasku terbuka dengan sendiri.

' Rul! Kau okay tak??' Ril bertanya, namun aku diam saja. Peristiwa tadi betul-betul meng'shock'kan aku. Aku cepat-cepat melangkah keluar dan pulang ke kolej. Ril aku biar dengan seribu pertanyaan.

-----

' Khairul.. Awak di mana?' Suara wanita yang begitu syahdu terdengar lagi memanggil-manggil namaku. Uhh! Hantu ni sah dah jatuh cinta dengan aku! Aku abaikan. Rasa takut aku cuba padamkan. Aku berlakon selamba sambil terus mengemas baju untuk pulang ke rumah menghabiskan cuti hari minggu memandangkan hari Jumaat jadualku kosong.

' Am, aku balik rumah ni! Kau ada apa-apa, call aku, okay? Jangan lupa solat and mengaji!' Aku tepuk bahu Am selepas kami bersalaman.

Aku menuju ke arah motorku diparkir, masih awal lagi, baru pukul 9.30 malam. Aku meletakkan beg sandangku di dalam raga dan mula bergerak meninggalkan kolej. Perjalanan pulang ke rumah biasanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Namun, kali ini aku rasa macam lama la pulak! Rasa semacam je beratnya motor aku ni! Mungkin dia ikut aku balik sekali kot! Kan dah kata! Dari cermin sisi, nampak rambut hitam panjang mengerbang ditiup angin. Sesekali, terasa pinggangku digeletek. Hai, dalam banyak-banyak lelaki, kenapalah dia nak memilih aku ni jugak?

Sampai di flat tempat femiliku tinggal, aku pun turun dari motorku dan berlagak selamba. Buat-buat macam bini aku ikut aku balik jumpa mak dan bapak mertuanya. Ehem! Aku menunggu lif sampai. Tak lama, pintu lif pun terbuka. Bau bunga cempaka kuat menusuk ke dalam hidung tak mancungku.

Bismillah. Langkah kanan aku masuk ke dalam perut lif itu. Tawakkal aje la. Nak naik tangga sampai tingkat 16, tak sempat sampai aku rasa dah bermacam pesyen muka and rambut dah dia tayang kat aku nanti!

Aku berlagak steady, padahal dalam hati dah nak pecah dah berdebarnya! Aku telan air liur lagi mendengar peti lif yang aku naik itu seperti diketuk-ketuk kuat. Dari atas, bawah, kiri dan kanan! Lampunya terkelip-kelip, sekejap terpadam, sekejap menyala. Lif itu pulak bergegar-gegar semacam ada buldozer melanggar dari kiri dan kanan lif. Mak ai! Apa jadi ni?? Janganlah nak putus pulak tali lif ni! Mahu maut aku nanti!

Seorang diri di dalam lif, aku duduk bercangkung. Telinga dan mataku ku tutup rapat. Ayat Kursi ku baca sekuat hati dan akhirnya keadaan huru-hara tadinya pun kembali tenang. Pintu lif terbuka sendiri. Aku bangun dan merenung. Tingkat 16. Alhamdulillah! Aku pun keluar. Apesal aku rasa macam pelik aje? Bukan macam kat rumah aku pun? Ya Allah!

Aku terpaku di depan lif tadi. Pintu lif itu sudah pun tertutup dengan bunyi besi berkarat. Aku pandang ke hadapan. Gelap. Sunyi. Sepi. Yang ada cuma bunyi angin yang kadang kala bertiup ke muka. Darahku tersirap. Ini bukan flat rumah aku! Bukan! Aku tarik nafas panjang. Kelihatan seorang wanita berpakaian baju skirt putih dan berambut panjang tidak jauh dariku. Aku agak dia lah yang selalu mengganggu aku selama ini.

Aku mengumpul kekuatan. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Aku dah penat berfikir apakah salah dan sebabnya aku diganggu sedemikian rupa.

' Awak..' Suaranya lembut mendayu. Mukanya tidak memandang ke arahku.

' Ya..' Lama baru aku menjawab.

' Saya.. nak mintak tolong awak.'

' Tolong? Apa?' Dia berpaling ke arahku. Mukanya cantik dan ayu. Serupa amoi cina. Sekilas senyuman darinya, serentak dengan itu, kepalaku seperti dipukul kuat oleh besi dan aku pengsan di situ.

-----

Esoknya, aku tersedar dan membelek jam di tangan. Matahari menyinar, pukul 630. Takkan pagi kot, mesti lah dah petang! Aku melihat keliling, aku berada di bangunan lama dan usang yang tidak berpenghuni. Aku segera bangun, lif semalam terbuka sendiri tanpa aku menekan butangnya. Namun aku memilih untuk turun menggunakan tangga. Tak semacam di tingkat 16 pun, sebabnya aku sudah sampai ke tanah dalam masa 5 minit!

Mimpi semalam bermain-main di benakku. Mungkin si amoi cina itu memberikan petanda untuk aku. Aku cuba berfikir-fikir, akhirnya aku pun sedar bahawa tempat yang dimaksudkan oleh si hantu itu ialah di dalam hutan di hadapan kolejku! Hutan di situ tidak dibenarkan masuk. Aku pun tak tahu apa sebabnya yang menyebabkan jalan ke hutan itu ditutup. Padahal, ada jalan tar yang menuju ke arah dalam hutan tersebut.

Sampai ke kolejku, waktu sudah menginjak ke maghrib. Aku ke surau untuk solat. Dalam pukul 8 malam, aku menuju ke hutan tersebut dengan berjalan kaki. Palang yang menutup jalan tersebut aku langkah, dengan lampu torch light dari handphoneku, aku memberanikan diri melangkah ke depan. Di atas, aku nampak si dia melayang-layang menemani aku ke dalam hutan tersebut. Darahnya jatuh setompok demi setompok bersama layangannya itu namun tidak mengenai aku.

' Tolong saya..' Dia mendarat di atas tanah dan menunjukkan ke arah tanah yang berbatu-batu sedikit di atasnya. Dalam kesamaran lampu dan bulan, aku cuba mengorek sedikit tanah tersebut menggunakan tanganku. Kemudian, aku terjumpa satu tulang yang sudah agak rapuh di situ. Aku menggigit bibir.

' Awak.. tunggu sekejap. Saya lapor pada pak guard.' Kekonon aku bercakap dengan dia. Kemudian aku segera berlari ke arah pondok guard di kolejku.

' Bang! Saya jumpa tulang manusia dekat dalam hutan tu!' Abang guard pun mula menghubungi beberapa rakannya. Mujur dia mempercayai aku. Kami beramai-ramai ke tempat tadi. Aku perasan dia meng'iringi' kami, melayang-layang di atas. Namun, aku sahaja yang perasan, kerana pak guard lain macam steady je. Mungkin jugak mereka dah biasa melihat benda sebegitu di sini, sebab tu mereka buat tak hairan walaupun mungkin mereka nampak.

Akhirnya, tulang-tulang itu pun dikumpul oleh polis pada malam itu juga dan dikebumikan. Sebelum dikebumi, aku nampak amoi itu tersenyum padaku di sebelah tapak kuburannya dan melambai ke arahku sebelum hilang. Rupa-rupanya, seorang pelajar U ku telah dilaporkan hilang 2 tahun dahulu, namun apa-apa pun tentangnya tidak ditemui. Di paper, aku lihat mukanya sebijik macam si dia yang suka mengganggu aku itu. Polis mengesyaki dia dibunuh, betul la seperti yang aku mimpi.

Hidup aku mula tenang selepas itu. Namun, tak sampai seminggu, aku mula terdengar namaku diseru lagi. Hantu mana pulak ni??

7 ulasan:

Hany Nafisya berkata...

seram gak kdg2 tu.. tp bleh plak nmpk hantu dlm cermin?? abg akak ckp klo benda tu tumpang.. motor rasa berat sgt.. susah nak gerak.. huhuhu.. seram siot dgr..

keSENGALan teserlah.. berkata...

whoaaaaaa..
seram seyh...adeehhh..
cmne nk tdo nieh..
hahha...

Si Kure-kuree berkata...

seram la pulak...
ada smbung agi ke arisa???

Hanis Amanina berkata...

huaarghhh.. seram tul.. meremang bulu roma niii..

mishaq berkata...

huiii..dasat betull cite nie, seram sehh..nak bace kecut lak rase..tp abih bace gak..

Arisa Eriza berkata...

Huhu xtau la ade smbungan x kure2.

Seram ke mishaq. huhu m'jadi la cter seramku ini.

2 all tanx coz m'baca. sy pon bdebar gakz tulis nih smlm coz byg yg bbukan kan hehe. 1st time tulis ghost story. tp jgn sampai xtdo mlm plak. rekaan semata2 je nih ok. peace!

♥corcraze♥ berkata...

huhuhuh..gile seram jgk..
tp nsb berjaya abiskan bace at 2.30am whoah!
berani tak?hahaha..bjage la jap lagi sbb tkot nak tdo!haha..

dta mean kalo ada antu2 kaco kite tuh die nak mintak tlg la tu ek??

gud job berjaya mnakotkan ktorg!