Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 5 Mei 2010

Baby Aku.. lahir bulan ni! ;)





Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.

Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam.

Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”
Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”

Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”

Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?

~ beby aku ~ ada comey ka?? sila kumin heee. kabarnya akan kua di pasaran tgh bulan ini. harus aku menunggu dengan sabar.. ;) ini punya sinopsis aku copy paste drpd KN ~ jgn mara saya kk admin huhu. excited boleh x??

tambah cket

HARGA SEMENANJUNG : RM19 AHLI KN: RM15
SABAH/SARAWAK : RM22 AHLI KN: RM18

muka surat : 544 m.s (aku terbuntang mata bila akak admin bgtau, xsgka setebal ini hehe aku 'pregnant'kan dia selama 7 bulan dari bulan 7 tahun 2009 sampai bulan 1 2010 ok. seksanya Tuhan je yg tahu ehehe. bangun tengahari, tido kul 4 pagi mmg mjadi clone burung hantu xboleh blah betul la aku masa tu huhu xtahan2. tp sgt hepi bila dia nak lahir da, beby 1st aku tau ni.. hehe harap korang pon hepi dgn kelahirannya nanti. mharap penuh pengharapan di tnjung harapan (xdenya tanjung harapan bagai huu sengal da datang balik ehe.)

dasar pd regernya, jadinya aku tlg promote, jadilah ahli KN ok ;) utk mdapat diskaun yg sgt best (aku plak bila ntah nak jadi ahli ni hehe).

sgt2 byk TQ utk semua pembaca & members yg mbaca dan menyokong aku. ingat ni, aku sgt2 hargai tau sokongan korang. sgt tima kasih!! ;) have a nice day!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

da kua??waahh nih yg xsbr nk bli ni..
lme tgu..akhrnyeee...yuhuu
btw,..chomey r cover de =)

kasih berkata...

tak sabar nak baca versi cetak..
hihi..lawa cover buku..

HanyNafisya berkata...

nak 1!! hehehe.. nanti akak pergi cari ^_^
anyway, congrats!!!

keSENGALan teserlah.. berkata...

whoaaaaaaaaa..
suke suke..
sgt cute cover dyee..
agak zack ngn spe la kan..huhu..

Nur Ainaa Zulkifli berkata...

comel lar cover dia..
x sbar nyer nk beli...

miz ruha berkata...

cover yg menarik + comey,,,

nk wt koleksi la,,,

x sabr nk cekup 1 nie,,,

hehehe,,,

Tanpa Nama berkata...

perghhh.......ni yg tk sbar ni....cayalah!!! c0ngrats..........hehe



~RynazDS~

ciK_SaLmaH berkata...

orait2!!!! nk simpan duit nih!!! nnt dah naik, jangan lupe member ye arisa :D ni ieja tau..ingat lagi x?saje tuka name kt blog neh..

Tanpa Nama berkata...

miss arisa eriza........bla nk kua ne?hehe.tarikh2?
da tk sbar da ni.....
da get ready nk pg serang kdai bku da ni~~~=p
weeeeeeeeeeeeee~~~


~RynazDS~

YONG JIAO XIU berkata...

hehehe good..lama dah menunggu nih. alhamdulillah siap jgk ye. tahniah.
dok promote ahli KN, tp nak jadi ahli nye mcm mana ye?

Arisa Eriza berkata...

isi form kat blog KN je hehe sy da isi da & katanya akan automatik jd ahli lepas isi. jadi sila2 isi ye ;)

hehe xlupa member punya ieja

to allz thanks ya. tarikh ada kat pasaran xdpt pasti bila, tp kalau da kua, jgn risau, aku hapdet punya la huhu. tanx coz support aku selama ni, kalau x, xdenye novel aku ni nak menerbit kat dunia ni hehe. tanx to Allah too, n to all, jasa kamu sekalian akan kukenang tiap pg ;)

chenta berkata...

dah beli dah..baru je perasan kat kedai buku tadi. cover sgt cantik. rasa macam nak beli je kasut tu. malam ni nak try habiskan bace!dulu dah bace separuh kat blog kamu ni..hehehe