Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Selasa, 22 Februari 2011

Hero aku Tomboy prolog

-->
prolog
" Rul, kau jangan tidur lewat-lewat sangat, aku nak tidur dah ni, kau study betul-betul, esok boleh guna bluetooth hantar maklumat kat kepala kau masuk dalam kepala aku he he." ujar Saiful, teman satu bilikku di matrik malam itu. Jam di dinding bilik sudah menunjukkan pukul dua suku pagi. Saiful yang sedang berdiri di sebelah sudah menggeliat penat sambil meletup-letupkan pinggangnya dan menggosok-gosok matanya yang sudah mula kuyu itu.
" Banyakla bluetooth kau! Dah kau pergi tidur aje la,semak aje aku rasa tengok kau tersengih-sengih macam nangka busuk sebelah aku ni," balasku dengan nada malas layan. Buku fizik kutatap kembali selepas bahu Saiful aku tumbuk kuat.
" Weh, failed BM kau dow! Sengih macam kerang busuk la, bukan nangka busuk, ha ha." Saiful gelak kuat sambil berjalan perlahan dan segera membaringkan badannya di atas katil.
" Ah, diam la kau!" aku membalas sambil tersenyum dalam sembunyi. Malu sendiri kaedahnya hu hu. Tak lama kemudian, suasana kembali sunyi. Sesekali terdengar bunyi desir angin di luar. Tingkap yang terbuka sedikit itu membuatkan udara dingin di luar berlumba-lumba masuk ke dalam bilik membuatkan aku terasa seram sejuk.
" Dum," kedengaran bunyi pintu almari ditutup kuat di belakang aku secara tiba tiba. Aku segera memandang ke belakang, di mana kedudukan almari baju kami berada, namun tiada apa apa yang dapat kulihat, yang ada cuma Saiful yang sudah lena diulit mimpi. Aku telan air liur. Siapa pulak yang main pintu almari pagi-pagi buta ni? Aku abaikan dengan bersangka baik, mungkin bunyi itu datang dari bilik sebelah, aku teruskan dengan ulangkaji aku.
Tidak sampai dua minit kemudian, telinga aku menangkap pula bunyi sudu dan garfu berlanggaran dan dibuang ke lantai. Bunyi itu betul-betul di belakang aku. Aku terbayang sudu garfu Saiful yang disusun di atas rak meja studinya untuk dia makan megi tiga kali seminggu, Aku dengan debaran yang kuat, memberanikan diri untuk memandang ke belakang, namun seperti tadi, tiada apa yang berlaku, sudu garfu itu terletak elok di tempatnya, bukan di atas lantai. Aku mula memikirkan benda bukan-bukan, bulu romaku segera menegak.
" Tiada hantu di dunia ni, itu semua hanya syaitan dan iblis menjalankan tugas mereka dengan menakut nakutkan manusia supaya manusia takut pada mereka, bukan pada Allah." terngiang di telingaku suara ustaz Ramli menerangkan tentang kewujudan hantu di dunia ini.
Aku cuba abaikan gangguan yang mengganggu aku tadi dengan fokus kepada acara mengulangkaji aku itu memandangkan esok merupakan kertas peperiksaan akhir yang agak berat, dengan aku yang masih tidak habis mengulangkaji kerana banyak main-main di masa lapang.
Ayat pelindung aku cuba baca untuk memberi semangat untukku meneruskan pembacaan sehingga lah kelibat wanita berambut panjang dan kusut masai melintas di hadapan tingkap aku yang mana aku betul betul menghadap ke arah tingkap yang terbuka itu! Aku beristighfar kuat lalu terus aku menutup dan mencekup buku itu dan kubawa bersama ke katil. Sebelum itu, aku sempat menutup tingkap yang berkenaan, semoga dia tak melintas lagi!
Tingkap yang agak jauh dari katilku itu aku pandang sekali-sekala sambil mata membaca buku tebal itu, Keinginan melonjak hebat di dalam hati ingin melihat gerangan siapa atau apakah yang melintas tadi, namun hajat aku itu aku simpan kemas di dalam hati memandangkan perempuan gila mana nak merayau tengah tengah malam di kolej lelaki pulak tu!
Hati aku kuat menyatakan itu lah gangguan makhluk halus apabila tingkap bilikku diketuk perlahan namun tiada bayangan yang kelihatan dari luar tingkap yang tidak bertirai itu. Oh, aku terlupa sesuatu, tingkap aku menghadap hutan, bukan koridor untuk orang lalu lalang! Gulp! Aku terus tarik selimut dan simpan buku study di bawah bantal aku. Kedengaran suara wanita mengilai sayup-sayup di telingaku. Orang kata, kalau sayup-sayup tu maknanya dekat la tu. Memang dekat dow, tiba-tiba aje dia duduk bertinggung di sebelah pipi kiri aku (atas lantai) sambil tersenyum dengan gigi taring tajam berdarah. Aku rasa aku pengsan lepas tu dan teka apa, aku demam seminggu hehe.
*versi penambahan di bawah sikit hehe*
tanx to all yg mbaca. komen & kritikan sopan & mbina sgt lah dialu2kan , tanx again!

Tiada ulasan: