Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 24 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 20

' Hei, kau mangkuk tingkat, baik kau mengaku! Dah la muka tak hensem macam gorila tak cukup umur, hish betul-betul..'

' Zack! Kamu ni kenapa?? Cuba hormat sikit uncle kamu ni! Dia lagi tua daripada kamu tau??' Auntie Maria hot dan memotong kata-kata Zack. Bodyguard mama berdehem dan menjeling tajam. Mana boleh layan anak bos macam ni! Silap hari bulan, ada yang botak kena kerat rambut!

' Huh, memang tua! Tua tak sedar diri! Kalau muka hensem takpe, aku boleh terima lagi! Ini macam ayam kampung tak berbulu yang dah nak pencen, tak pun dugong tua, ada hati nak menggatal lagi! Hai, ikut hati aku nak siat-siat kau, mangkuk!' Zack masih tak puas hati selagi uncle Amri tidak dihukum. Kepala uncle Amri disekeh-sekehnya.

' Stop it, Zack!' Auntie Maria menjerit kuat.

' Makcikku yang cantik, kenapalah auntie nak sangat kat orang tua ni?? Dia ni patut disepak masuk lombong je auntie tau tak??' Zack geram lalu menyepak kaki uncle Amri yang sedang duduk di atas kerusi dengan muka tegang.

' Sakit la, bongok! Kau tak habis-habis lagi nak sakitkan aku, hah??' Berapi-api kata-kata uncle Amri, semacam naga pulak dah aku nampak orang tua ni!

' Eh, pakcik tua! Kau ni selagi aku tak sumbat kau masuk penjara, jangan harap aku nak lepaskan kau la, mangkuk!'

Uncle Amri cuba bangun untuk melawan, namun dihalang oleh bodyguard mama Zack. Wekz, padan muka kau! Zack menjelir lidah, kemudian dia ke dapur dan membawa air buah untuk uncle Amri dan auntie Maria.

' Jangan minum, honey! Entah-entah dia letak racun!' Auntie Maria menolak gelas yang sudah disambar oleh uncle Amri. Ceh, penat je aku nak buat baik! Lantak korang la!

' Huh! Apa tenung-tenung?? Masuk line la kalau tak puas hati, auntie!' Zack membalas. Makin menjadi-jadi pulak si makcik ni! Entah dah kena nasik kangkang uncle Amri agaknya! Ada ke lelaki buat nasik kangkang? Entah, tau pulak aku!

‘ Jangan ingat auntie senang-senang je nak mengalah dengan kamu sebab ada 2 makhluk spek hitam ni!’ Auntie Maria jerit kuat. Emo gila!

‘ Ehem, puan, ada apa-apa yang puan tak puas hati dengan kami berdua yakni makhluk berspek ni?’ Kata salah seorang bodyguard tersebut sambil membuka kaca mata hitamnya. Auntie Maria jeling tak puas hati.

‘ Jawablah, auntie! Orang dah tanya tu.’ Zack senyum senang sambil duduk di atas kerusi meja makan di dapur.

‘ Ah! Sibok lah kau!’ Hai, orang tua ni dah tersampuk agaknya, Sebelum ni tak la sebegini teruk perangainya. Jangan-jangan uncle Amri ada belaan tak?? Huu, seram, seram..

‘ Apa bising-bising ni??’

‘ Mama ku sayang!’ Zack bangun dan berlari ke arah mamanya yang secara tiba-tiba muncul dari ruang tamu.

‘ Cepatnya mama sampai. Mama pakai pintu sesuka hati Doraemon ke, ma?’ Zack bertanya kalut.

‘ Hish, karut lah kamu! Arin mana??’

‘ Arin kat klinik, ma.’

‘ Maria, kamu ikut akak pergi klinik tengok Arin. Kamu berdua tengokkan si buntal ni, jangan sampai dia terlepas.’ Kata mama memberi arahan semacam polis Gerak Khas.

‘ Honey, ayang pergi dulu. Nanti ayang balik sini balik, tau.’ Kata auntie Maria ala-ala perempuan gedik gatal sambil mengusap-usap pipi dan bibir suaminya. Mama tengok pun naik meremang bulu roma! Tak padan dengan tua dua-dua makhluk tak berekor ni!

-----

‘ Betul uncle Amri buat bebukan pada kamu, Rin??’ Sesampai je ke klinik, mama terus menerpa masuk dan bertanya laju kepada Arin yang sedang tidur sebelumnya. Dia terbangun, terpinga-pinga sekejap, dan mengangguk kemudiannya.

‘ Dia raped kamu macam yang Zack cakap?? Beritahu aku sekarang!’ Auntie Maria secara tiba-tiba naik angin dan menjerit kuat sehingga ada nurse yang menegur. Arin kelip-kelip dengan muka lagak kesiannya merenung seorang demi seorang di kelilingnya. Mesti pending lagi nih! Lama kemudian baru dia bersuara.

‘ Rape.. tu apa, Zack?’ Mak ai! Zack tepuk dahi.

‘ Rogol, my dear. Betul kan uncle Amri buat macam tu kat Arin?’ Arin angguk perlahan. Muka auntie Maria berubah tiba-tiba. Kakinya terasa longlai dan dia terduduk di situ. Punah hatinya melihat anggukan Arin. Awalnya, dia tidak percaya akan kata-kata Zack walaupun dia tahu yang suaminya agak gatal tak padan dengan tua, namun untuk menyenangkan hati, dia cuba berlagak untuk tidak percaya dan tetap menyebelahi suaminya. Namun, kini semuanya sudah pun terbongkar.

‘ Kau la penyebabnya, perempuan! Kau yang goda dia kan??!’ Selaps auntie Maria diangkat oleh mama Zack, tangannya segera mencekak kuat leher Arin. Memang sah keluarga ni keluarga dinasour zaman batu!

‘ Apa ni, auntie?? Lepaskan dia la!’ Zack bergelut dengan auntie Maria, akhirnya auntie Maria melepaskan Arin dan berlalu ke sofa berdekatan. Air matanya turun laju membasahi pipi.

‘ Kak, Ria tak percaya dia sanggup buat macam tu! Tak percaya, kak!’ Auntie Maria menangis di bahu mama Zack. Hantu belaan uncle Amri sudah keluar! Zack mengeluh kuat dari jauh selepas dia membetul-betulkan baju Arin.

‘ Sabarlah, Ria. Akak pun tak sangka dia sekejam tu.’ Datin Gold mengusap-usap belakang adik kandungnya itu, tahu lah si buntal tu aku kerjakan nanti!

-----

‘ Kak, Ria harap kak tak lapor benda ni pada pihak polis.’ Auntie Maria berkata sambil tersedu di cafĂ© berdekatan dengan klinik.

‘ Tapi, Ria, kalau kita biarkan, nanti makin ramai perempuan dirogolnya!’

‘ Kak, musnah habis hidup kami anak beranak kalau benda ni dihebohkan! Mesti business dia corrupt kalau semua orang tahu, kak. Tolong lah pertimbangkan.’ Auntie Maria merayu.

‘ Em, yela, akak faham keadaan Ria. Tapi, kita terpaksa jugak hukum dia walau apa pun. Ria nak ke kalau dia buat pada perempuan lain pulak?? Ini benda serius, Ria. Amri tu takkan insaf kalau kita biar dia macam tu je.’

Auntie Maria angguk. Betul 100 peratus apa yang dikata oleh kakaknya itu. Namun, dia masih dalam dilema kerana cintanya pada suaminya itu.

----

‘ Rin, kau lapar lagi tak? Nak makan apa-apa lagi?’ Zack bertanya di sisi Arin.

‘ Tak nak. Arin nak pergi taman. Zack boleh bawak kan?’

‘ Kau kan tak sihat, mana boleh jalan-jalan sangat, nanti kalau jadi apa-apa yang lagi teruk macammana?’ Arin diam. Dia merenung siling.

‘ Rin. Aku ada benda nak beritahu kau. Aku dah lama peram and pendam pasal ni, tapi sekarang aku rasa aku kena beritahu kau jugak.’

‘ Apa dia, Zack?’ Arin bertanya perlahan sambil merenung lembut ke arah Zack.

‘ Aku sebenarnya perempuan. Aku mintak maaf sebab tak beritahu kau awal-awal. Bila aku nak beritahu, ada je benda yang kacau. Lastly, aku sendiri terlupa nak beritahu.’

Arin senyum nipis. Zack merenung Arin penuh excited, menunggu apa reaksi Arin tentang jantinanya itu.

‘ Zack.. sebenarnya, Arin pun ada benda nak beritahu.’

‘ Emm?’

‘ Zack dendalah Arin kerja 10 bulan takde gaji, sebab Arin.. Arin..’

‘ Kau masuk bilik aku??’ Mata Zack membulat.

‘ Zack jangan marah Arin. Arin teringin nak tahu apa benda yang Zack sembunyi dalam bilik tu, tu sebab..’ Air mata Arin mula bertakung di tubir mata. Takut melihat Zack merenungnya dalam. Tak lama, Zack pun senyum.

‘ Nope, aku tak marah la. Aku gurau-gurau je pun pasal notis tu pun. Takkan la aku ni kejam sangat kot nak buat macam tu. Cukup, okay? Dah, jangan la nangis-nangis lagi. Aku ni budak baik je tau? Kekadang je aku nakal.’ Zack senyum sambil mengusap air mata Arin.

‘ Jadinya, kau dah lama tau la aku ni perempuan?’ Arin angguk perlahan.

-----

‘ Helo! Zack! Ni aku ni, aku ada benda nak kena beritahu kau!’

‘ Esh! Mangkuk mana nak kena sekeh ni? Wei, siapa ni, call aku pepagi buta yang aman? Takde masa lain kau nak call?’ Zack membebel kerana tidurnya terganggu. Sudah banyak hari tidurnya tidak tentu masa kerana bermacam hal yang perlu diselesai.

Matanya masih tertutup. Air liurnya disapu dengan belakang tangannya sambil sebelah tangan lagi memegang handphone.

‘ Ni aku la, Azim!’

‘ Oh, kau. Nak apa, albino?’ Zack bertanya malas.

‘ Mak ayah aku dah setuju nak aku bertunang!’ Suara Azim kuat menjerit di talian.

‘ Ler, dah tu kau nak kecoh kat aku buat apa? Pergi ar beritahu awek kau je, hai kau ni, sengal betul.’

‘ Kau la sengal, mangkuk! Mak ayah aku nak aku bertunang dengan kau!’

‘ What on earth??!’ Zack automatik terbangun dan matanya terbuka seluas mungkin!

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehehe,.... I want more!!!!!!!!!!

ganbate!!!!!!!!!

keSENGALan teserlah.. berkata...

adehh..
azim ngn zack??
xmo la..nk ngn abg din yg ensem tuh..
hahahaa..ensem weyyh gmba abg din kat seblah nieh..ekkekee..
nk lgi...

Hany Nafisya berkata...

ntahnyer.. nak abg din gak.. dah la model tu.. huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

woww!!!

makin beshh neh..
suspen lak tuh..
huhu

apala naseb albino ngn zack tu kan...

ingt abg din, zack oiiii..!!!
hehe..

* nAjRizs *

yunixx77 berkata...

err....pesal rasa cam 'tak cukup rasa' ending kisah arin , amri dan maria? kalu ada extra scene lagi syiok kot. hihihi...

bertunang dgn azim? merana la abg zack...huhu

♥corcraze♥ berkata...

kahkahkah..mmg la what on earth!
out of the blue azim muncul ttbe ckp cmtuh..
mimpi apa?
but,i like it,sbb abg din cam tue jee..
wpon pic sbelah nih gile bapak ensem kan..

eh,azim tu se-albino camne ah??
ade pic?haha..mcm cite 'Powder' tu ke?haha!

Farah Shamsudin berkata...

hhahah..
lwak jerk zack neh..
smbung cpat2 yerk kak..
gee~

Yong berkata...

hahaha mmg lawak la.
azim n zack! hahaha aku nak tgk zack wat onar tuk mengelak engagement yg c family azim rancang, grenti lagi gempak.
teruskan....

mishaq berkata...

arin da selesai..
azim la pulakk...

abg din??
episod last..
huhu..

aiyooo..tak sabar da nie..

Tanpa Nama berkata...

best r kak....
smbung2...adk xsbar nk bca lg ni.....yehaaa.....syioknyer....

semoga berjaya.....=)


fr0m:
~Rynaz_D_Shadow~

alreinsy berkata...

best... pdn muka org tua tuh... akhirnya aunty maria tau kebnrnnya gak yg laki dia mmg x senonoh... zack ngaku yg dia pompuan... suka2 la... zack nk tunang dgn albino tuh ke?... jgn la.. abg din camne?... suka lg dgn abg din... apa2 pun, akan ku tunggu next episode...

R'anS berkata...

yup2... nak abg din gan zack... tak mo azim gan zack... bapak punya hensem abg din ... wahaha..

missn berkata...

suka je dorang berdua...
azim n zack..
huhu...

azaias berkata...

tak sbar nak tggu next entry..!! ayuhhhh..hehe..best2..keep it up!!

Unknown berkata...

haha....
abg din nk letak mane..??

want more...!!!!!!!!

pwincezna berkata...

abg din mati kn lm cter ni.??
last2 zack kawin ng albin0 n dpat ank kmbar..
s0ram laki n s0ram pmpuan..
y laki playb0y cm bapak ye..
n y pmpuan t0mboy cm mak dye..

sy da bce..p xsmpat abz cz ttinggal n0vel 2 kt umh..
xengt nk bwa blik kt k0lej..
2 y try cri ikt intnet k0wt2 dpat bcew smpai abz.. :))

Ranger Akmal berkata...

Saya dh abis da baca buku novel nie ! . best sangat . Novel ni la yg telah buat saya jatuh Cinta dgn Novel-Novel yang lain . Harap ada sambungan dia .

Tanpa Nama berkata...

Isteri saya pun tomboy kami dah ada anak 1..jujur

wanamisza.blogspot.com berkata...

hye sis, saya dalam baca novel ni masa saya sekolah menengah lagi. saya suka watak zack walaupun dia tomboy tapi dia tak prnah lupakan tanggungjawab dia sebagai orang muslim.. saya bayangkan zack macam tina jittaleela pelakon tomboy thailand tu..chomel sangat.. saya suka azim dan saya frust sangat masa baca novel tu yang zack kahwin dengan abang Din .. tapi dah di tetapkan zack dengan azim..hahaha .. dan the last saya suka baca karya sis saya suka cerita berkaitan tomboy.. sbb bagi saya tomboy ni chomel dengan cara mereka sendiri.. hahaha.. teruskan menulis.. keep it up k sis..