Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 26 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 21

' Zack, malam ni ada dinner dekat rumah auntie Lisa. Pakai baju kurung.' Mama tiba-tiba berkata selepas pulangnya auntie Maria dan suaminya.

' Auntie Lisa? Mama Azim??' Zack bertanya kalut. Ahh, parah! Mama angguk.

' Habis ma, siapa yang nak tengok-tengokkan Arin?'

' Takpe, nanti Mak Timah and suami dia balik sekali dengan papa. Dah bertolak dah pun ni. Tak lama lagi sampai la tu.' Mama berkata sambil matanya berlari-lari membaca suratkhabar pagi itu. Zack segera berlari laju naik ke bilik.

' Azim! We need to talk! Now!' Zack menghubungi Azim selepas masuk ke dalam biliknya. Selepas bersiap ala kadar, dia pun turun dan keluar.

' Mama, nak jumpa kawan kejap. Petang ni Zack balik! Babai, ma!'

----------

Zack, mama dan papanya pun sampai di rumah keluarga Azim selepas waktu Maghrib. Zack pergi dengan memakai baju kurung putih berbunga merah kecik-kecik dan berselendang putih jarang. Ayu sekali pandang. Kali kedua pandang, keayuannya hilang di balik cara jalannya yang langsung tak menampakkan ke'feminin'annya itu. Di tangannya, handbag putih besar dijinjing. Huhu, beg mama, okay? Aku mana pakai beg giler gedabak macam ni! Periuk belanga pun muat kalau masuk!

' Assalamualaikum, auntie! Auntie sihat?' Kata Zack sopan sambil bersalam dan mencium tangan auntie Lisa.

' Sihat, Zack. Amboi, bukan main lawa anak you, Gold?' Auntie Lisa memuji Zack sambil menyalami Datin Gold.

Hehe, Zack gelak sendiri. Sekejap je lawanya, auntie.

' Yo, bro! Apa citer, beb?' Berlakon ala-ala dah lama tak jumpa, Zack meng'hi-5' tapak tangan Azim. Padahal baru je jumpa petang tadi.

' Biasa ar, aku tetap dengan kehenseman aku!' Azim mengelipkan matanya ke arah Zack. Zack senyum lebar dan membuat thumb up.

' Jom, masuk.' Mereka terus masuk dan menuju ke arah meja makan.

' Behave yourselve, Zack.' Mama berbisik perlahan di telinga Zack.

' Will do.' Zack membalas dan ketawa kuat di dalam hati.

' Ehem! Mintak diri kejap, saya nak ke toilet.' Zack berkata tiba-tiba.

' Aku temankan.' Azim bangun dan beriringan dengan Zack ke toilet di balik dining room tersebut. Mama and papa mereka berdua pun tersenyum. Dah nampak twinkling-twinklingnya dah huhu.

Selepas 5 minit..

' Haha, gila kau! Ada ke pulak macam tu!' Terdengar kuat suara Zack ketawa dari jauh. Mama senyum tak senang duduk kepada auntie Lisa dan suaminya.

Mata mama Zack membulat selepas terlihatkan yang Zack memakai baju t-shirt hitam dan jeans hitam. Dah ke mana semua baju dan selendangnya tadi??

' Mama! Bila nak makan nih??' Zack duduk cepat di sebelah mamanya. Rupanya beg putih besar tadi diisi dengan t-shirt and jeans! Siap kamu nanti, Zack! Mama mendengus geram.

' Zack, tunggu sekejap. Ni baru tengah nak berhidang.' Auntie Lisa berkata lembut. Cun lagi makcik ni walaupun dah tua. Zack angguk. Kemudian, parents mereka berdua menyambung cerita tentang apa lagi, bisnes la!

Zack mula mengangkat kaki kirinya ke atas kerusi, tegak. Mukanya dibuat ala-ala bosan, memandang-mandang keliling, kemudian bersiul-siul kuat. Mereka yang sibok bersembang tadi terus diam dan memandang ke arahnya. Zack membuat muka tak bersalah dan terus diam. Lama sikit, tak sempat mereka menyambung kembali perbualan tadi..

Ratapan naluri,
Memanggilkan namamu,
Kerana pertemuan ini, akan ku abadikan,
Ke dalam memori..

Zack menyanyi kuat. Sebijik macam Awie dengan gaya rockersnya. Si Azim pulak bergendang-gendang menepuk permukaan meja dengan kepala terangguk-angguk mengikut irama lagu Ratuku yang dinyanyikan Zack.

Muka mama merah. Dia mencubit pinggang Zack.

' Mama, sakitlah!' Zack menjerit kuat dan mengusap-usap pinggangnya yang terasa bisa akibat cubitan mama.

' Ehem, jom. Dah boleh start makan.' Papa Azim menjemput para tetamunya itu makan.

Mata Zack membesar. Dengan cepat, tangannya menyudu pelbagai makanan dan diletak ke dalam pinggannya. Habis tumpah kuah yang disudu itu. Orang lain hanya melihat perbuatannya itu dan diam seribu bahasa.

' Auntie, uncle, jemputlah!' Zack berkata senang. Amboi, semacam dia pulak tuan rumah!

' Jemput, jemput!' Papa Azim berbasa-basi.

' Zim, jom makan guna tangan! Aku tak selesa la makan dengan sudu. Nanti tak puas nak makan ayam ni!'

' Jom!' Mereka berdua pun bangun dan membasuh tangan di sinki berhampiran.

Apa lagi, letak je punggung, mereka berdua terus melantak makan semacam orang tak makan 27 hari! Sambil makan, mereka berdua yang duduk berhadapan itu bersembang-sembang dengan mulut penuh nasiknya. Kemudian ketawa terbahak-bahak sampai tersembur nasik keluar dari mulut. Subhanallah! Anak alien mana terlepas ni, tak tau la! Parents mereka cuma mengeluh melihat gelagat mereka berdua itu.

' Woi, mangkuk! Kau korek hidung buat apa! Ak ala, Kau ni! Haa, sampai masuk ke dalam sup! Mak ai! Siot betul!'

' Yeke, mana mana?' Azim memegang sudu dan mengacau-ngacau kuah sup tadi seakan mencari t**k hidungnya di dalam sup itu. Parents mereka cuma tersenyum sesama sendiri. Meng'cover' malu. Hairan apa kes dengan anak-anak mereka itu.

Sehabis makan berat, mereka menunggu pula hidangan pencuci mulut.

' Zim, jom main lawan mata. Siapa pejam dulu, dia kalah!'

Mereka berdua bertentangan mata. Lama. Mata Zack kekadang dikecik dan dibesarkan kembali bagi menahan kepedihan matanya. Seminit, Dua minit. Dua minit setengah. Tiga minit.

' Yea! Aku menang!' Zack menjerit kuat.

' Woi! Mana aci! Kau sepak kaki aku!' Azim menjerit tak puas hati.

' Ahh, tak kira ar. Yang penting, kau dah kalah!'

' Mana aci macam ni! Kau ni memang ar, Zack!

' Ahh, lantak kau la!'

Mereka berdua mula bertengkar dengan bersungguh-sungguh.

' Both of you, shut up!!' Keempat-empat orang tua tadi menjerit kuat. Mereka pun terkulat-kulat dan diam. Tak lama mereka sebegitu, kemudian mereka mula bercakap kembali.

' Woi, kau takde game baru ke? Aku main Beat Down, best giler!' Zack mula bising.

' Eleh, apa kelas Beat Down? Aku main GTA baru punya, lagi best daripada game kau tu! Jom! Main PS2!' Mereka berdua beriringan dengan excitednya ke ruang tamu tanpa mempedulikan ibu bapa mereka. Seolah-olah hanya mereka yang ada di dalam rumah tu.

Mereka berdua sekali lagi membuat kecoh di ruang tamu.

' Dah, korang berdua pergi main dekat luar, kami ada benda penting nak bincang ni.' Papa Azim ke ruang tamu dan bercakap dengan mereka.

' Ala, uncle, kejap je, kitorang nak main ni.' Kata Zack tanpa memandang ke arah papa Azim.

' Azim! Dengar cakap papa.' Mereka pun terpaksa berhenti bermain PS2 dan keluar.

Di luar,

' Wei! Kau rasa apa? Jadi tak planning kita tadi??' Azim bertanya excited di luar.

' Fuh! Aku rasa 123% menjadi! Cuba kau tengok, betapa menyampahnya diorang tengok kita tadi hua hua!' Tanpa sedar, auntie Lisa mendengar perbualan mereka.

' Zim, jom swimming!' Zack mengajak tiba-tiba. Malam-malam pun gatal nak berenang, apa kes?

' Tak nak ar! Aku mana reti!' Azim menolak.

' Ler, kau ni, takkan berenang pun tak reti? Mangkuk jamban betulla. Sini aku ajar!' Zack menolak Azim masuk ke dalam swimming pool di situ, kemudian dia gelak kuat.

' Weh! Lemas aku, beb!' Azim sudah terkapai-kapai, kemudian tenggelam timbul di dalam air.

' La, kau memang tak reti berenang ke??' Zack membuka bajunya dan tinggal singlet sahaja melapik. Kemudian, dia terjun ke dalam air sejuk itu dan membawa Azim naik ke darat.

' Zim, Zim! Kau okay tak ni?' Pipi Azim ditepuk-tepuk kuat. Dia meletakkan telinganya di dada Azim, hidup lagi! Azim sedar dan terbatuk-batuk kemudiannya.

' Gila kau! Nasib aku tak mati!'

' Ahahaha! Tak macho langsung! Rumah ada swimming pool, tapi tak reti berenang!' Zack ketawa lagi.

' Ohh, kau kata aku tak macho, eh?' Azim memeluk badan Zack dan dibaringkan ke atas rumput. Azim di atas, Zack di bawah. Mata mereka bertentangan. Dada berombak dan bergetar laju. Dari jauh, auntie Lisa tersenyum penuh makna.


## Sebarang persentuhan antara lelaki dan wanita adalah haram. Jadi, jangan tiru apa-apa yang haram di dalam cerita ini, okay. Thanks utk semua!

12 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

whoaaa..
klaka tol rncgn dorang nieh..
isk2..
abesla..punah suda rncgn dorng..
azim ngn zack??
hurmm..tp cmne ngn abg din..
huhu..smbung2..

Pieja berkata...

arisa..td sy tgk cm ade lg je awk nye novel ni kt p2u??pe cerit??kne cilok lg ke hape??

syok r smbungan dy....siap bg warning lg sentuh antra bkn muhrim tu haram..haha..bgus!

neway..mane gmbr azim?letak laa plak...abg din yg macho dh ade..huhu

mishaq berkata...

best punye rancangan..
yg x best, de lak org tau..
adess, sbr jek..
continue cpt2..
apekah yg bakal berlaku..

ღAuni_Amauniღ berkata...

haha klaka dowh~
erk zatie awal jek ekeke
ape yg jadik ngn azim n zack ar?
jatoh cinte kew? ala..abg din camne :( da la hensem giler sob
tp ade sikit xpuas hati pasal kes uncle amri tu..isk2

missn berkata...

yeye...
suka2..
sukaanya kalo zack jadi ngan azim..
so sweet...
abg din tu mcm matang sgt compared tu zack..
x seswai...
jd abg ok la kot..
hehe..
juz joking...

CinTa_BuLan berkata...

hehhe.... kelakar la akak.... nak lagi ble tak??? hehhe...
azim ngan zack sebaya ker??

Tanpa Nama berkata...

natah nak siapa..azim pun ok gak.. abd din pun ok gak.. tp abg din matang sgt.. azim ntah.. apa2 sambung jer cepat..

MaY_LiN berkata...

uish..
zack..zack..zack..
da pandai notie2 yea

♥corcraze♥ berkata...

wahahah..nak lagiee!!
si azim ni suke zack ape?
ke saje main2?
nakal gile dorg nih..
mngalahkan knak2 ribina dowh..
hahah..
nak pic azim!
abg din tu bkn stakat matang,tp tue kot..
sbb nama kot...heheh!

Yong berkata...

besssssssssttttttttttt sgt... sambung cepat eh. wuooyooo azim...gatai naaaa..grenti nti c zack kick dia. hahaha

Unknown berkata...

haha...
kantoi...mak azim tau...
what happen after this...??

kte tgu smbgn nyer....

xsbr nk tau pe sudah nyer...

hehe...

nad berkata...

eiii cm x puas hati je care selesai kes arin ni...dgn duit je bleh tutp kes.... mmg x patut... ingt maruah bleh dibeli dgn duit ke???? dh sah-sah la makcik zack tu byk duit n mampu byr coz laki bini biznes... setakat rm20k tu ckit je bg org bizness ni...pejam mate bleh byr....aku x puas hati ar.... penulis cube wat cite yg c boyot tu wat hal lg n sumbt die dlm penjara...geram plak aku kalo bab2 cmni......