Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 14 Jun 2009

For GIRLS only!


Ketika wanita di datangi haid bulanan atau selepas bersalin/ keguguran, wanita akan menggunakan tuala wanita. Takungan darah di tuala wanita itu menggalakkan pembiakan bakteria kerana kandungan protein darah menjadi sumber makanan bakteria. Selepas memakai tuala wanita beberapa jam, wanita akan terasa gatal-gatal di bahagian faraj, malah selepas habis haid ramai wanita mendapat jangkitan pundi kencing menyebabkan kesakitan dan kerap buang air kencing. Jangkitan yang teruk dan berulang serta jika ditambah faktor daya ketahanan badan yang lemah akan mengakibatkan wanita berkenaan terdedah kepada risiko mengidap penyakit yang lebih teruk seperti turun darah berterusan, ovarian cyst, endometriosis, kanser dan sebagainya.

Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksik dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching (klorok)?

Bleaching/klorok adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.

Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.

Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj.

http://www.wanita2u.com/print.php?sid=415

Aku xtahu ar kalau korang semua dah tau pasal semua ni, cuma nya aku rasa ramai lagi di antara korang2 semua yang still memakai pad biasa2 yang ade dijual kat kedai, supa market, etc..

aku pun same gakz dulu tapi pas aku tau bahaya nya pad yg besa kita pakai tu, teruslah aku jadi confused. patut ke aku terus memakai pad yg boleh menyebabkan aku yg masih muda & cun ini(ehem) sakit? pikir balik, aku memang tak sanggup nak pakai pad yang dah direndam BEBULAN2 dalam chlorox a.k.a bahan kimia yg blh memudaratkan 2. Tapi, aku nak gakz tanya apa pendapat korang semua? Pe patut aku buat?? plz komen ok. tanxxx utk korang!

10 ulasan:

sYaFaRiNa berkata...

kalo mcm tu,
nk pkai yg jnis mcm mne.,
konpius dh aku ni...
hmmm

Hany Nafisya berkata...

ha'ah.. klo xpakai pad tu nak pakai ape? kang bocor susah plak.. ade ke pad yg selamat dipakai?

♥corcraze♥ berkata...

uwaa...ingtkan u jual pad yg dlm pic tu..
hahah!
just read it and knew it..
but i don't really bothered kot with this topic..eheh.

tp kalo benda ni rasanye kena do further research or ask to those who are specialized it this particular topic..
mcm pharmacies,doctors,dermatologist,gynaecologies etc..
or tanya dekat YahooAnswer/WikiAnswer..??
how's that?

or cube Google mana taw ada jwpn yg bermain di benak korg (including me)

ok then,hit me back..ouch!

mishaq berkata...

adoiyaii..
seram lak bace..
takkan nak kena pakai lampin kot cam baby..letak kain, ikat..mase kechik2 dulu..

santekk ar panties tu..hihi

ღAuni_Amauniღ berkata...

huhu..seram bile bace..
mcm mishaq kata, pakai lampin baby je la ekeke :P

Si Kure-kuree berkata...

time skolah dlu penah gak dgr ada membe ckp dia pkai kain btk time period. ak tataw la buat cmne..heheta penah try agi
sbb takut bocor..lgipun, kalu pkai tu, pastu pkai suar,lg2 jeans ta ke nmpk kembg.kalu kain lain ah..
pape je yg aku ckp nih..tpi, kn, btol gak, aku pnah tdgr sal bhy pad, siap ada yg ada bhn yg bleh sbbkn kmanduln..tpi, kalu tak pkai, nk pkai apa,takkn kain btik kowt..peliklah..hehehe

keSENGALan teserlah.. berkata...

btol3..
nk pakai yg cmne?
xkn nk lipat kaen batik cm dolu2 kot..?
lagi goli den..hhahaa...

in_wired88 berkata...

time kat umah ,pakai ar kain lampin yang baby gune tu.. tu dulu ar coz skang dah busy ngan keje lapangan,kena la beli pad..
so da conclusion??anyone??

dr. ites berkata...

pakai jer pad biaser yg ada di psrn, try pilih yg guna 100% cotton
*jgn pakai pad yg sama lbh dari 6 jam, esp klu tgh lebat, krg kn duration smpi 3 jam jer!*
nk cari yg btl2 suci n murni zaman skg ni susah ar, tp yg ptg: jaga hygiene-pastikn bhgn sulit sentiasa kering n bersih- jgn overuse pembersih peribadi wanita, coz benda tu lg mengurangkan pertahanan semulajadi!
p/s:klu still was2, try ikat perca kain(kain batik ke,lampin ker) atas pad yg nk dipakai,biar cover smua bhgn yg akn kna kulit. bkn susah pn nk buat perca kain kecik2 camtu kn? wish y'all da best!!

Arisa Eriza berkata...

huhu tanx dr ites n all the commenters up there. xnak try ke reusable pad tu huhu. tp yg kat psran yg kkapas 100% 2 gerenti mahal. yg mmurah tu kalau die kata dr kapas, 2 msti kurg betul, coz da heboh 2,3 thun dl pon kan sal nh hehe.