Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Selasa, 8 Februari 2011

Dilema

bebaru ni terbaca komen,

lebih kurang bunyinya ;

stop la tulis pasal tomboy utk mengelakkan golongan ni btambah kat dunia ni. n kesian la kat dia yg dah mbeli nvel BATK yg xbest lgsg tu *huhu*

pdpt sume? sebab aku mnulis utk m'hepikan org, bukan nak suh org tiru zack tu mcmmana. aku jd keliru bl ada komen2 camni. wat aku serba salah, bdosakah aku menulis mcm tu.. ishh serabut pk. aku ada pesan jugak ttg yg baik blh diikut, yg buruk jgn la ikut. kalau dia pandai baca, harus la dia tau beza mana baik mana buruk kan. tu la harapan aku utk sume pbaca

dan aku tegaskan di sini, please la jgn tpengaruh dgn benda yg xbaik dalam tu. aku harap Allah ampunkan aku kalau aku tsilap langkah.

psoalan aku, kalau aku nak mnulis benda yg bkaitan dgn tomboy lg, camne? xharus kah wpun utk kebaikan? *mean utk bg pngajaran, insyaallah*

terima kasih utk semua yg komen & baca :)

Isnin, 13 Disember 2010

mimpi novel baru aku

aku sedang dalam perancangan nak mengembangkan cerpen JULY'S NIGHTS & AUGUST'S NIGHTS. wah kedengaran macam superb je kan idea aku ni. hahaha itu hanya lah perancangan. kalau ikut perancangan aku ni, mmacam perancangan ada dalam pale otak aku ni, tp yg menjadi tu xtau la banyak mana aje hehehheehe

ceritanya pasal 'novel' baru aku ni katanya (ehem), tajuk pun xdapat lg. xkan nak bantai letak tajuk omputeh kan. xssuai plak sebab isi BM hehe.

itu 1, jalan cerita pun xdapat lagi. aku xtau mcmana nak mula. ish! otak aku membeku yang teramat macam ais kat kutub utara nun. cian tol kat aku, sampai nak pk jalan cter pun xdapat! kenkunun nak buat cerita yg ala2 komedi seram gitu, tp nak dapat pikir jalan cter pun xdapat2 yg bombastic. kalau wat yg besa2 karang jadi klise plak katanya. (mcm BATK) tp *lg* nak dapat wat yg bombastic bagai tu bukan lah senang tambah lagi bila xde jalan crita. *ish! aku xharus berangan2 kalau mcm ni!*

namun, *ganti tapi* xsalah kalau aku berangan2 semoga angan2 aku tu menjadi kenyataan. ini bukan angan2 la tapi impian :) jadi aku akan cuba yg tbaik juga utk mencuba mendapatkan sebijik lagi baby baru hehehe ;) susa tu nak mengandung bagai kan, loteh! doakan aku & aku nak tahu apa pendapat korang semua ttg cita2 aku ni? haruskah atau tidak? sila bagi komen mana tau dpd komen tu tcetus satu idea kan, haa. kan masyuk gitu katanya kui3. timekasih kkawan semua, aku harap dapat mula 'mengandungkan' beby kedua hehehehe karang mengandung aje xmelahirkan pun susa jugak xgitu hehe.

thank u to all, luv u all lah! muahhh33

Sabtu, 27 November 2010

aku seorang gadisss

aku..

orang selalu kata aku comel, aku cantik, aku hensem (ada jugak ke),aku puteh macam susu, aku macam-macam lagi, sampai boleh buat aku perasan sendiri. memang susah nak lari daripada perasaan PERASAN tu kalau dah selalu sangat orang puji. tapi, aku selalu jugak lupa, yang mana semua kecantikan yang aku ada akan musnah jugak akhirnya. kecomelan aku, akan hilang ditelan waktu. kecantikan aku akan pudar jugak seiring dengan usia aku. sekarang aku 22, boleh la aku nak perasan lebih kan, tapi tak payah la nak perasan lebih dan perasan hebat sangat, sebab aku pun akan tua jugak, aku akan sampai umur 50 jugak *insyaallah* yang mana masa tu kulit pun dah mula berkedut, mata yang rabun bertambah lah rabunnya, kulit yang putih macam susu kambing pun akan jadi hitam jugak kalau dah Allah mahu.


orang selalu kata suara aku gemersik bak buluh perindu (ini lirik lagu daa), seksiS macam lagu Anita Serawak, manja macam kucing siam ekor kembang, aku suka kah? aku happy kah? ya, sebagai manusia harus lah aku makin berkembangan hidung, bertambah cacak rambut yang aku ada, bertambahlah manja dan lunak suara aku cover. tapi aku lupa, suara aku ni haram untuk didengar oleh lelaki kalau membincangkan benda yang tak seharusnya dibincang. aku lupa, suara aku boleh mengundang rasa ghairah kepada kaum adam, aku lupa suara aku boleh buat orang lelaki tak tidur malam, disebabkan itu lah aku susah nak bagi contact number untuk diorang walaupun aku akan dicop 'uhh kedekut nak mampos minah ni!' tapi ada aku kisah?? aku lebih kisah kalau suara aku ni yang akan membuatkan aku bertambah berdosa! aku lagi kisah kalau hubungan aku dengan lelaki bertambah kronik dan menambah dosa. ish, nauzubillah!

orang selalu kata badan aku cantik, badan aku slim melim macam hour glass, kui3 cantik lah kununnya kann? tapi aku sendiri tahu badan aku takde la cantik mana pun. aku slim sampai boleh dibawa terbang angin *betul ok* jadinya aku tak perlu lah berbangga dan menayang badan aku ni untuk seluruh alam tengok. untuk seluruh alam puji, 'aduhai cantiknya kau, arisa eriza'. cehh, aku dah mula lali dengan pujian orang, sebab nak tak nak, hati aku kena bekerja keras untuk tepis segala macam ketinggian diri yang aku mula rasa bila aku dipuji. uhh, susah beb! kalau perasan, dapat la dosa. kalau tak perasan, boleh ke tak perasan weh? berat punya ujian tu!


orang selalu kata aku ni ceredik, pandai, lemah lembut, sopan santun *kikikiki ini aku nak gelak panjang* opp, jangan nak perasan dulu okay? semuanya anugerah Tuhan jugak untuk aku, aku nak perasan pun buat apa? aku ni tak cukup pandai la, takat masuk UM tu memang la katanya budak pandai *tapi aku tak merendahkan UM ok* kalau nak kata aku ni memang budak pandai habis meletup tak usah sebut, takde nya aku nak melepak tidur kat rumah aku di Malaysia ni, of course dah lama aku pergi jadi pengganti Einstein apa bagai tu kann, tapi dah nampak la aku ni tak berapa sangat nak cerediknya, bertambah pulak dengan kemalasan aku, jadi tak usahla aku nak suka orang kata aku pandai, padahal ada berjuta-juta yang lagi hebat daripada aku, aku ni hanya melukut di tepi gantang, okay.


orang selalu kata aku pandai menulis, ohh betapa lah aku rasa aku ni terer & sangat lah masyhur, katanya. tapi, aku tetap mendapat kritikan. aku bersyukur jugak Allah jadikan pengkritik tegar dan orang mulut laser supaya aku yang sudah kuat perasan ni sedar diri balik, yang bahawasanya, aku ni tiada lah apa-apa kalau takat orang kata novel aku tu hebat, meletup bagai. aku harus sedar, aku harus dan wajib buka mata, sebab keperasanan keglemaran aku ni akan membawa aku ke jurang neraka. astaghfirullah!


orang selalu kata aku cantik, jadi aku pun nak mencantikkan lagi kecantikan aku ni. aku bersolek bagai, aku pakai baju yang cantik-cantik *alhamdulillah masih tutup aurat* walaupun aku teringin nak pakai yang rockstar apa semua, aku bersyukur masih ada mak aku yang membebel sakan bila aku nak pakai baju yang tak semenggah, aku rasa tertekan jugak kadang-kadang, tapi aku kena ingat balik, untuk dunia tak perlu kita pakai cantik2, pakai untuk menarik perhatian, pakai untuk menambah dosa bila baju dan seluar ketat, pakai mengikut fesyen terkini, kalau di akhirat, kita akan menjadi orang yang paling malu dan paling huduh, nauzubillah! biarlah kuno di dunia, biarlah tak cantik di dunia, asalkan di akhirat wajah kita berseri2 dan dapat berjumpa Allah dengan gembira dan bahagia, insyaallah.


aku menulis ni, macam gaya puji diri sendiri kan, tapi aku nak korang tahu, aku menulis ni untuk merendah diri dan untuk mengingatkan diri kita semua, kadang kala kita lupa, kita hanyut tanpa menyangka kita berdosa. ingatlah, sebesar zarah pahala dan dosa yang kita buat, akan dipertanggungkan. moga Allah mengampunkan dosa kita, dosa aku yang banyak berdosa tanpa aku sedar, insyaallah. aku yakin Allah MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. semoga aku dapat menerima segala pujian di masa akan datang *kalau ada kui3* dengan hati yang rendah dan tawadduk kepada Allah kerana semua pujian di dunia, hanya sebagai ujian, begitu juga dengan kritikan. tak perlu mengejar pujian di dunia, kalau itu hanya membuat kita mengejar cacian dan kritikan di akhirat. semoga kita tabah, dan saling mengingatkan, insyaallah.
Wallahua'lam.


*sesiapa yang terasa dengan apa yang aku tulis, aku mintak maaf, jangan marah okay. aku terima kritikan korang kalau korang nak kritik. ;)*




Khamis, 11 November 2010

August's Night (full)

' Wei, Am! Aku lambat sikit balik malam ni. Kau jangan selak pintu pulak! Tidur bawah jambatan aku karang! Hujan, beb! Aku tak boleh redah la. Lebat gila ni! Okay, cau dulu.' aku menekan butang merah pada handphone dan meletakkannya kembali ke dalam poket. Sekilas mata aku tenung ke arah jam di tangan, 11.23 p.m.

Siot, lambat gila dah ni! Dah la assignment berlambak tak siap, ini meeting karut tu la punya pasal! Ada pulak suruh datang malam-malam gini? 24 jam tu, ada 12 jam siang, matahari memancar, kenapa la timing gelap bulan mengambang jugak yang dipilih?? Hairan jugak la aku!

Angin malam menerpa-nerpa ke tubuh membuatkan aku mula seram sejuk. Di hall luas depan fakulti, aku duduk di atas kerusi panjang sambil merenung ke luar. Hujan tak nampak gaya mahu surut, ditambah pula dengan kilat yang memancar, hui, hebat gila aku bersendirian keseorangan kesepian kat sini!

' Hai!' Sapa seorang mamat kiut, yang hadirnya langsung tidak disedari. Tetiba je muncul dengan baju dan seluruh badannya yang basah kuyup. Aku mengangkat muka yang sedari tadi merenung ke arah kasut aku ni aje. Nak membaca pun buku takde, tu jela kerja yang paling mudah dan paling membosankan yang boleh dibuat pun.

' Lebat kan hujan malam ni?' Mamat tadi dengan selamba badak kurusnya melabuhkan punggungnya di sebelah. Bajunya yang basah itu menyentuh sedikit kulit aku, membuatkan aku bertambah sejuk, aku pun menjauhkan sedikit tubuh aku daripada dia.

' A'ah. Agak lebat.' Lambat baru aku menjawab sapaan dia.

' Awak buat apa sorang-sorang kat sini?' Mamat itu bersembang dengan ala mesranya, membuatkan aku mula tak senang duduk. Aku merenung ke arahnya yang sedang memerah-merah hujung kemeja kuning airnya yang basah dengan penuh semangat waja di sebelah. Sedar, lelaki itu mengalihkan pandangannya dan melemparkan senyum comel khas buat aku. Gulp! Apa kes? Hantu pondan mau ngorat aku ke ni? Lelaki normal, supposedly, tak guna 'saya awak' nak cakap dengan lelaki. Dan dia ni, pandangan dan aura dia lain macam sikit la aku rasa. Pelik.

‘ Saya Ray. Nice to meet you!’ Senyum comel masih tak lekang dari bibirnya, diiring pulak dengan tangannya yang menghulur minta disambut, membuatkan aku mula serba salah. Akhirnya aku pun menyambut tangan lelaki tu dengan wajah pucat. Aku tak sedia lagi nak jumpa hantu baru, beb!


‘ Saya nak balik kolej, tapi tersekat dekat sini, hujan lebat. Biasala kan, student, takde duit nak beli kereta.’ Sembang sakan dia ni. Tak nampak ala-ala gaya hantu pun. Yela, hantu mana ada main sembang-sembang, jumpa je terus cekik! Mungkin betul la kot dia ni orang kan? Aku cuba mengambus perasaan yang mula tercetus dalam hati, yang mengatakan lelaki ni bukan manusia.

‘ Ooo.. saya pun sama. Datang meeting persatuan tadi. Diorang yang lain naik kereta, tinggal saya dengan motor kapcai terkulat sorang-sorang kat sini.’ Laju da nsedap pulak guna perkataan saya dengan Ray ni. Haha wondering why?

‘ Oh, biasa tu. Orang kalau nak dapatkan apa yang dia nak, tak fikir perasaan orang lain dah kan, betul tak?’ Ray membalas dengan membawa beribu maksud tersirat. Aku ketawa je, memikirkan Ray cuba nak bergurau. Kami pun bersembang panjang menunggu berhentinya hujan pada malam itu.

**

‘ Wei! Bila masa kau balik? Aku tak sedar pun?’ Aku yang sedap berlingkar di dalam selimut pagi subuh tu terasa ada gegaran yang nyata. Muka Am terpampang di ruang mata. Kemudian, aku terjaga dan memegang kepala. A’ah. Bila masa aku balik dan tidur? Seriously, aku tak ingat langsung! Semalam.. aku sembang dengan Ray sampai tengah malam.. Then..? Apa jadi? Ish! Macammana aku boleh tak ingat ni??

‘ Entah. Aku pun tak tau la macammana. Dah la. Kau pergi solat, aku penat ni, nak tidur.’ Am menggeleng-gelengkan kepalanya. Serupa mamat dadah je si Rul ni, apa kes?

Aku merebahkan kembali badan yang terasa amat penat serupa tak tidur seminggu. Aku mula berfikir-fikir, kemudian berusaha bangun kembali kerana memikirkan waktu Subuh yang tidak berapa panjang itu dengan aku yang masih tidak solat lagi.

**

Pukul 7.45 pagi itu, aku terkocoh-kocoh turun. Lambat gila dah ni! Kelas pukul 8, itu la lepas subuh tidur balik, memangla lambat! Segera aku menuju ke arah tempat biasa motor diparkir, tapi macam mana boleh takde? Mak ai! Takkan Ray curik motor aku kot?? Hampeh betul kalau ye! Yela, semalam aku dengan dia! Kalau bukan dia, siapa lagi? Tapi, tak baik buruk sangka pulak. Tapi aku sesungguhnya sangat hairan ke mana motor aku and macammana aku balik kolej semalam??

Aku segera berlari ke depan kolej untuk menunggu bas. Sedang menunggu, dari kejauhan, mata aku yang ala-ala mengantuk ni dapat menangkap kelibat tubuh manusia yang sedang tergantung di pokok besar dengan darah menitis keluar dari mata dan hidungnya. Tali yang terikat pada lehernya kelihatan begitu lusuh, baju dan seluarnya juga sudah koyak rabak dan kotor. Dada mula bergetar laju, aku toleh ke kiri kanan. Aku tengok student lain nampak steady semacam je. Takkan diorang tak nampak??

Kehadiran bas mengganggu tumpuan aku. Pelbagai persoalan timbul dalam benak. Sambil kaki berjalan menaiki tangga bas, aku merenung ke arah manusia yang bergantungan itu. Mulut terkunci, tak daya nak bercakap, cuma istighfar di dalam hati saja yang aku mampu. Renung punya renung, bas mula bergerak. seiring dengan itu, manusia yang tergantung itu membuka mata dan tersenyum ke arah aku. Sumpah! Tu la senyum yang paling seram aku pernah tengok!

Aku telan air liur. Aku baru kembali ke alam nyata bila pakcik bas menegur aku.

' Buat apa di tangga? Duduk cepat.'

' Aha, ya..' Ketar aku menyambut. Aku pandang sekilas pada pakcik itu. Perasaan bercampur-baur selepas melihat senyuman pakcik drebar bas itu. Hati aku pula tak putus-putus membaca ayat pelindung.

' Kau tau tak sejak bila pakcik bawak bas?' Pakcik bas bertanya selepas aku duduk di kerusi hadapan yang berhampiran dengannya. Pelajar di dalam bas tak ramai, dalam 3,4 orang yang aku nampak dan sempat aku kira.

' Em, tak pakcik. Dah berapa lama?' Aku berbasa-basi demi menjaga hati orang tua itu.

' Dari 1965.' Pakcik itu menjawab.

' Ohh.' Aku angguk. Dah lama tu. Mesti dia dah tua, fikir aku.

' Kau tau tak, kami semua ni dah mati, masa bas ni jatuh dalam gaung depan tu? Hahahaha!' Gelak pakcik tu kuat. Matanya sudah hilang sebelah, mukanya berkedut dan berulat, tangannya hanya sebelah kanan sahaja yang ada, kirinya sudah tiada. Cuma kelihatan tulang dan baju lusuh berlumuran darah. Aku terkejut lagi. Mahu kena heart attack gini!

Aku pandang ke bahagian belakang bas, semua yang aku tengok macam manusia biasa tadi dah berubah rupa. Ada yang tangan kudung, kepala pecah sehingga menampakkan otak dan mata terjojol keluar. Kesimpulannya, semuanya sangatlah 'cantik-cantik' belaka dan yang penting, diorang tenung dan senyum pada aku! Bau hanyir mula menyergah hidung aku.

Tiba-tiba, terasa bahu aku dicuit dari belakang. Seorang gadis berlumuran darah pada leher dan kepala, tersenyum padaku dan tak semena-menanya dia mencabut kepalanya. Aku terkejut bukan kepalang bila dia nak bagi kepala dia pada aku.

' Ambik la.' Kata kepala itu.

' Err, takpe, terima kasih!' Aku jerit lantas lari laju terus aku terjun dari bas hantu itu. Aksi superman aku boleh la diterima sebab aku terjun dengan eloknya mendarat dalam semak. Bas itu aku tengok menghilang begitu sahaja selepas kedengaran suara gelak tawa garau yang membuatkan bulu roma aku meremang. Aku istighfar beribu kali sebelum aku berjaya bangun dan keluar dari semak tersebut.

Aku bengong. Jam aku tilik. Dah pukul 8.41. Dah lewat sangat aku nak gerak pergi kelas. Ada mood lagi ke nak pergi kelas kalau dah macam ni gayanya? Haish tak boleh jadi betul. Aku menapak turun dari bukit yang agak curam itu. Mujur pakcik bas tu tak bawak aku terjun gaung dengan bas-bas dia sekali, kalau tak, naya je aku!

Aku nak ke mana ni? Agak-agak orang bergantungan tadi tu ada lagi tak dekat situ? Aiseh. Serius, apa aku nak buat sekarang ni? Okay, cool bro, relax la kan, apa nak takut, ini kes hantu nak mintak tolong lagi la ni wahhahaha hensem sangat kot aku sampai tiap bulan hantu mintak tolong kat aku!

Aku jalan lagi, menapak menuju ke arah kolej. Aku pandang pokok tadi, manusia tu dah takde. Fuh, syukur selamat. Aku semangat nak terus berjalan. Tak lama aku semangat, aku kecut perut balik. Tiber je dia ada balik dekat situ. Mak ai! Kau memang hantu!

Kali ni dia dah tak senyum. Tadi dia pandang sebelah lain, ini sebelah lain pulak, wah magik gitu. Dia seolah nak bercakap dengan aku. Dalam kesamaran suaranya aku dengar.

' Ta.. sik..' Renungan dia dengan mata berdarah menggigilkan kaki namun aku cuba tabah. Aku ketap bibir dan angguk. Aku berpaling ke belakang dan angkat kaki. Aku steady kan jalan, tapi serupa kena kejar hantu, tak lama lepas tu aku lari tak cukup tanah! Siapa tak seram beb. Jumpa hantu siang-siang! Esh, kalau comel macam Aishwarya Rai ke, Lisa Surihani ke takpe jugak! Ini.. Tuhan aje yang tahu rupanya!

Aku nampak bas. Segera bas hantu tadi menyergah dalam ingatan. Uhh, itu la lain kali naik bas tengok bebetul bas apa, baca doa yang patut. Tadi dok asyik tenung sang hantu bergantungan tu siapa suruh.

Harus naik bas kah? Tasik U jauh. Hari pun nak terik dah ni. Aku berkira-kira sendiri sampai la akhirnya bas pun dah bergerak pergi meninggalkan aku. Aku tak la percaya sangat dengan kata-kata hantu gantung tu, tapi mungkin aku kena leraikan kekusutan ni sementelahnya aku asyik terganggu dek kerana benda ni. Keluhan aku lepaskan, sambil kaki berjalan laju menuju ke tasik yang agak jauh untuk aku sampai ke sana.

Aku tahan teksi bila kaki aku dah penat berjalan. Harapnya ini bukan lah hantu jugak. Karang dia kata dia hantu mati tahun 70an pulak, naya la aku asyik nak buat aksi Superman je! Bismillah, kalau kau hantu, tolong jangan mengaku kau hantu okay, apek! Apek tu senyum tanpa kata lepas aku kata 'tasik'

' Tunggu hari hujan.' Kata apek itu. Aku kerut dahi.

' Wa bagi lu free tambang, asal lu tolong itu budak, manyak kasihan woo. Wa mau tolong tak boleh, sebab wa suda mati.' Terima kasih aku ucap, apa lagi, aku blah arr. Hantu teksi pulak! Kenapa semua yang dah mati pulak tu yang aku jumpa ni?? Dan, siapa budak yang dia sebut tu?

**

Di tasik, aku tercari-cari klu lain. Serupa hero filem hantu aku beraksi. Dalam kepala aku berfikir. Kenapa di tasik, masa hari hujan?

Aku tengok langit. Cerah takde tanda nak hujan. Takkan nak aku buat solat sunat mintak hujan kat sini pulak kot. Memang tak dimakbulkan la sebabnya bukan darurat katanya. Tapi, aku tetap berdoa moga hujan turun supaya boleh lah aku selesaikan kes ni secepat mungkin sebab aku kena study jugak, sebab aku datang sini bukan nak cari hantu!

Aku duduk di bawah pondok yang tersedia di situ. Aku keluarkan buku untuk membaca sambil membunuh masa yang ada. Semalam hujan, insyaallah hari ni hujan jugak. Aku tengok jadual kelas, mujur lah jadual aku tidak padat sangat hari ni, aku mengeluh sendiri kerana tertinggal waktu belajar di kelas.

Penat aku menunggu hingga tertidur. Aku terjaga bila terasa cuitan sejuk pada lenganku. Terdengar bunyi rintik hujan. Ya Allah! Dah hujan! Alhamdulillah! Aku senyum dalam mamai hingga terlupa sebabnya aku menunggu hujan. Hati segera kecut untuk berjumpa sang hantu yang seronok sangat hantar geng2 hantu dia tu pada aku.

' Awak.'

' Huh, Ray? Apa awak buat di sini?'

' Tolong saya, boleh kan.'

' A.. awak ke yang apek teksi maksudkan?' Dalam ketar aku bersuara. Ray angguk dalam senyum. Mujur kau senyum, hantu. Geng-geng dia pun kerjanya senyum je kat aku. Aih, hantu senyum gamaknya!

' Saya ada kawan lelaki dulu. Dia suka saya, ajak saya couple, tapi saya tolak.'

' Sebab awak bukan gay?' Laju pertanyaan aku keluar.

' Tak, sebab saya tak nak bercinta masa belajar. Awak, nak tahu? Saya perempuan, bukan lelaki macam awak sangka.' Tangannya memerah lagi baju kemeja kuningnya semalam. Hairannya, hujan tak la lebat mana pun sampai nak kena perah-perah baju bagai.

Ohh, hantu tomboy rupanya. Ish, ada rupanya hantu tomboy. Harus la dia ber'saya awak' dengan aku.

' Then?'

' Then, satu malam dia mintak saya datang sini, ajak study. Tapi, dia bagi saya ubat pelali dalam botol air mineral. Saya tak fikir apa-apa masa tu, terus minum dan saya pengsan.'

' Dia psiko. Dia tikam saya banyak kali dalam semak dan buang badan saya dalam tasik tu.'

' Tapi, awak tak nampak macam hantu pun?' Ciss gigih aku tanya soalan gitu, kau nak mati, Khairul??

' Nak tengok rupa saya yang sebenar?' Senyum Ray lagi. Hantu baik, asyik senyum aje, he he. Nasib baik, kalau dia buat aksi cekik mencekik, aku jugak yang seram!

' No, it's okay then.' Aku senyum jugak sambil garu kepala.

' Tolong kebumikan saya, ya awak. Saya mintak tolong sangat. Dia buang saya dekat situ.' Ujar Ray, menunjukkan ke arah tepi tasik di situ.

' Insyaallah.' Kaki aku menuju ke tepi tasik. Waktu hujan begini tak ramai yang berada di tasik tambahan pula hari sudah menginjak ke waktu makan tengahari.

Aku berkira-kira. Nak terjun ke? Nak bagitau pak guard terus?

Aku terjun selepas membuka t-shirt aku. Kalau kes nya aku tersalah bagi info dekat pak guard, aku jugak yang kena kejar nanti.

**

' Thanks, bro. Saya hargai bantuan awak.'

' Lelaki tu?'

' Dia dah gila sebab tiap hari saya kacau dia tidur. Plus mintak tolong jugak dekat apek teksi, pakcik bas and so on. Terima kasih awak.' Ujar Ray, dia menghilang selepas tersenyum pada aku. Aku tersentak dari tidur malam tu selepas aku berjaya menjumpai tulang-tulang Ray yang dimaksudkan siang hari tadi.

Aku keluar ke beranda bilik aku, memandang ke arah langit yang masih hujan, dari kejauhan aku lihat motor aku di tepi jalan, manakala di sebelahnya 'lelaki' berbaju kemeja kuning melambai padaku sebelum menghilang.

' Kau yang sembunyi motor aku rupanya. Patut la hilang! Ray, Ray.' Aku berbisik. Moga esok takde lagi dah hantu bergantungan dan pakcik bas serta apek teksi senyum kat aku lagi!

- TAMAT -

** Kisah ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Sila jangan percaya segala butiran yang ditulis kerana ia hanya imaginasi arisa eriza sebulat-bulatnya. hepi reading! thanks then!

Sabtu, 23 Oktober 2010

mandi bunga tahi ayam 1

-->
Bab 1
‘ Tok wan, buat apa dekat luar ni? Dah lewat la, tok wan . Baik tok wan masuk cepat, dah la tak pakai baju. Tok wan ni. Ketar lutut nanti, siapa yang susah? Joe jugak.’ Bebel Joe kepada datuknya yang berada di pelantar sambil menghisap rokok daun. Joe duduk di sebelah datuknya yang umur mula menginjak ke 85 tahun itu.
‘ Tok wan rindu tok Miah kamu. Garang-garang dia pun, tapi hati dia baik. Tak pernah lupa apa yang tok wan nak. Kalau tok wan balik je, mesti dia hidang air kopi.’ Ujar tok wan Desa dengan loghat utaranya yang pekat.
Mula dah tok ni. Pantang lepak kat luar, mesti sebut pasal nenek yang dah lama arwah tu.
‘ Tok Miah dah lama tak ada la, tok wan. Kami ni pun hidang je kopi untuk tok wan kan? Apa masalahnya?’
‘ Tak sama dengan kopi yang dia buat. Lain.’
‘ Yela tu, tok wan. Dah dah, tak nak smoking. Tua-tua tak sihat smoking.’ Joe bising sambil merenung ke arah tok wannya di dalam kesamaran lampu kalimantang dari dalam rumah.
‘ Ala, kamu tu pun sama je, pandai nak bising kat tok wan.’ Ujar tok wan sambil terus menghisap rokok daunnya yang tinggal sedikit selepas menjeling cucu perempuannya di sebelah.
‘ Joe muda lagi, tok wan. Takde masalah nak smoking-smoking pun. Tok wan tu dah makin berumur, makin nampak ketuaannya, tak boleh, tak boleh.’ Joe menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menggulung rokok daunnya yang ditambah dengan tembakau di dalamnya.
Dia bukan lah hantu rokok. Kalau tak dapat pun, takde la sampai terguling-guling mencari rokok jugak. Rokok daun sekadar penemannya semasa bersembang dengan datuknya itu.
‘ Macam mana dengan kenduri adik kamu tu, si Joyah?’
‘ Em, sekarang ni Joe tengah usaha nak kumpul duit ni, tok wan. Ni ha, baru dapat jala baru, Pak Man mintak tolong baiki. Dapatla upah sikit-sikit.’
‘ Jala apa? Benang ke tangsi?’ Soal datuknya sambil lewa sahaja.
‘ Benang.’
‘ Bila nak mula buat? Nanti dah sampai masa orang tua tu tanya jala dia baru la kamu dok sibok-sibok bising tak siap lah apa lah. Nak harapkan tok wan ni memang tak boleh la, cu. Tok wan ni muka kamu pun dah nampak biji mata dengan gigi aje sebab tu yang paling terang pun, kalau adik kamu tu lagi la tok wan nampak macam kuali gantung dekat dapur aje dah, maklum lah dah tua-tua ni, syukur Alhamdulillah tok wan boleh bangun lagi, kalau tak susah la kamu nak jaga.’ Sekali dapat bebelan orang tua ni memang berjela.
‘ Allah, takat tok wan ni, apa la yang susah sangat nak jaga, bak kata mak, dia pun boleh jaga, tak gitu, mak?’ perli Joe sambil memandang ke arah ibunya yang sedang menjahit jahitan tulang belut pada leher baju kurung yang hampir siap itu. Selain membuat kuih dan nasi lemak untuk dijual di keliling kampong, ibunya itu mengambil juga tempahan baju kurung sebagai penambah elaun sara hidup mereka anak-beranak.
‘ Yela tu, tok wan. Tapi tok wan tu kena beringat, jangan asyik dan rajin sangat dok menghisap rokok tu, tak baik untuk kesihatan. Sekarang ni pun asyik terbatuk-batuk aje, risau mak ni ha.’ Bebelan tok wan tadi disambung pula dengan bebelan ibunya. Tok wan hanya sengih di luar di bawah kesamaran cahaya bulan dan lampu.
‘ Hana, sudah-sudah. Bawak tok wan kamu pergi tidur. Dah lewat ni, nanti makin teruk pulak batuknya tu.’ Ujar mak seraya bangkit daripada duduknya menuju ke arah pintu luar yang mengarah ke pelantar itu.
‘ Jom, masuk, tok wan. Esok je sambung balik ‘memori daun pisang’ tok wan tu, okay?’ Joe ni mulut memang suka perli orang. Tak berhabisnya memerli orang tiap masa. Namun disebabkan itu lah hanya dia seorang sahaja yang menjadi kesayangan datuknya itu, sebab kalau kena perli pun dia tak kisah, sebab tu dia sendiri sedap memerli orang lain.
‘ Ala, korang ni risau sangat pasal tok wan ni. Tok wan sihat lagi, korang tak payah risau la.’ Tepis tok wan apabila Joe menghulur tangannya untuk membantu datuknya itu bangun.
‘ Tok wan tu dah berumur, bukannya muda lagi, lagipun kami ni sayangkan tok wan, tu la yang dok kisah sangat ni, kalau tak sayang, biar aje la tok wan nak berenang ke, nak terjun laut ke, kami tak kisah, kan mak? Tapi, jangan pi terjun laut pulak, tok wan na, he he gurau-gurau aje di tengah malam yang damai ni.’ Sengihan Joe melebar melihat pada datuknya yang menjelingnya tajam.
‘ Aku luku kepala baru lega budak ni.’ Ujar tok wan sedikit bengang dengan cucunya itu. Tak habis menyakat tiap masa.
‘ He he luku la, tok wan. Jangan terjun laut sudah.’
‘ Terjun, terjun. Aku terjun sungguh-sungguh nanti, macam mana?’
‘ Joe terjun sekali he he. Takat terjun laut tu petik jari aje, tok wan.’
‘ Pandai la, kamu. Dah la, tok wan masuk dulu. Adik kamu mana? Mintak dia pasang kelambu untuk tok wan kejap.’ Nama Joyah dipanggil. Tak lama kemudian, Joyah datang dengan muka ceria.
‘Allahuakbar! Kenapa la haa, aku tua-tua macam ni nampak lagi benda bukan-bukan macam ni. Astaghfirullah. A’uzubillahiminas syaitanir rajim, puh!!’ Hembus tok wan ke muka Joyah sambil menutup mata. Joyah, Joe dan ibu mereka kehairanan.
‘ Kenapa ni, tok wan? Apa dah jadi? Apa yang tok wan nampak?’ Soal Joe laju.
‘ Hai, hangpa semua tak nampak ke apa yang aku nampak tadi? Ni ha, aku hembus pun dok ada lagi depan aku ni, la hai.’ Keluh tok wan berat sambil menunjuk ke arah cucunya Joyah yang disangkanya makhluk halus itu.
‘ Ha ha, tok wan, tok wan. Ni bukannya benda bukan-bukan, ni cucu tok wan la ni, menempek bedak sejuk kat muka. Nak menambah seri pengantin lah katanya.” Gelak Joe sambil menepuk dahi.
‘ Eh, kamu ke, Joyah? Subhanallah, mujur la aku ni kuat semangat, kalau tak, arwah dah aku sakit jantung. Lain kali tempek siang-siang. Ini dah malam macam ni nak menempek jugak. Sayangi lah datukmu ini.’ Bebel tok wan yang sering menggunakan ganti nama ‘aku’ jikalau dia mula membebel. Sambil membebel, tangannya menepuk-nepuk bantal pada tempat tidurnya setiap malam itu. Dia lebih selesa tidur di ruang tamu, luas katanya berbanding di dalam bilik yang berwap dan sempit itu.
‘ Itu la kau, tak pernah-pernah nak pakai, tiba-tiba nak memakai, ish, ish, ish. Bedak sejuk tahun bila kau cekup ni, dik oi? Seingat aku la dah lama aku tak nampak orang-orang kat rumah ni pakai bedak sejuk.” Soal Joe sambil merenung adiknya yang sedang menggantungkan kelambu untuk datuk mereka. Sekejap ke penjuru sana, sekejap ke penjuru sini. Dia pula duduk bersila sambil bersandar di dinding kayu rumah mereka itu, bibirnya masih mengepit rokok daunnya yang masih belum habis dinikmatinya tadi.
“ Entah, Joyah pun tak tau la, kak. Joyah ambil yang ada dekat almari tu aje. Kenapa kak? Joyah dah cari tarikh luput dia, takde pun.”
“ Hai, Joyah, Joyah. Kau tau tidaknya, bedak sejuk tu tahun 60-an punya, mak pakai masa nak mengorat abah. Yang kau pergi pakai tu siapa suruh? Timbul jerawat batu aku tak tau ar. Jangan nanti dok meliuk lintuk kat aku pulak mintak bawak kau pergi berubat.”
“ Betul ke, mak??” Joyah bermuka risau namun cuba ditahan supaya bedak sejuk yang semakin mengering itu tidak membuatkan mukanya berasa tegang. Tangannya memegang lehernya dengan muka penuh semangat ingin tahu.
“ Hish, memandai aje kamu ni, Hana. Mana ada. Yang kamu ni pun satu, Joyah. Percaya sangat cakap kakak kamu ni kenapa? Kamu pun tau kan dia ni suka mengarut tak tentu hala?” Masuk campur orang tua itu setelah menyedari anaknya yang pertama menyakat adiknya yang lurus bendul itu.
“ Hari tu mak yang cerita kan? Mak pakai bedak sejuk tiap malam masa muda-muda dulu sebab nak bagi abah nampak mak cantik, kan?”
“ Memang la, tapi itu kurun bila punya cerita? Mustahil la tak habis-habis lagi.” Ujar mak perlahan, nada malas layan. Bukan tak biasa si Johana ni mengarut benda bukan-bukan.
“ Mana la tau kan, mak. Dalam rumah kita ni kan banyak barang-barang purba. Seterika arang pun ada, tak mustahil jugak bedak sejuk tu pun purbakala punya bedak sejuk.” Joe cuba menegakkan benang basah.
“ Dah, diam. Kamu ni kalau merapu tak ingat logiknya kan? Pergi tidur lah! Mengarut tak tentu hala. Siapa entah mengajar, hish!’ Mak sudah penat nak bertekak dengan anaknya itu. Dah besar panjang tapi perangai serupa budak tak cukup umur. Macam mana nak kahwin aku pun tak tau la. Ish! Risau ibunya sambil mencebik bibir memandang ke arah anaknya. Yang dia tau, menyakat orang, merapu tak tentu hala, tapi daripada sudut lain, Johana lah yang menjadi ‘anak lelaki’ di dalam keluarga mereka memandangkan anaknya yang tiga orang itu semuanya perempuan. Tempang juga kaki suaminya jika Johana tiada. Johana lah harapan penjaga rumah jika suaminya tiada. Biasa lah orang lelaki, malam-malam kerjanya melepak di kedai kopi. Tengah malam baru nampak batang hidung.
“ Tak boleh tidur lagi la, mak. Jala tu tak siap lagi. Mak nak tolong baiki ke semangat-semangat suruh Joe tidur?” Soalnya sambil membuang puntung rokok daunnya ke dalam bekas khas yang dibawa ke hulu ke hilir dari tadi.
“ Apa pulak mak nya, Hana oi? Mana la mak nak reti benda-benda macam tu.”
“ Ha, jadinya Joe lah yang tak boleh tidur. Mak pergi tidur la. Dah pukul sepuluh. Esok nak bangkit awal nak bungkus nasi lemak pulak.” Ujar Joe sambil mengurut-urut perlahan bahu ibunya itu. Lega sedikit lenguhnya dari tadi menjahit.
“ Kuat sikit, ya Allah lega sikit mak rasa.”
“ Okay la, mak. Sambung esok pulak na. Joe nak cuba siapkan jala tu malam ni.” Jarinya menjentik lantai papan rumah mereka tiga kali sebagai membuang angin yang diurut keluar daripada badan ibunya itu menurut petua orang tua-tua. Kemudian bangun membetulkan pinggang sambil berjalan menuju ke kelambu tempat pembaringan datuknya. Dia menjenguk-jengukkan kepalanya ke dalam kelambu itu, melihat-lihat jika ada nyamuk yang terlepas masuk ke dalamnya. Dilihat datuknya itu sudah pun sedap dilamun mimpi.
“ Jangan tidur lewat, esok nak turun laut dengan abah.” Pesan ibunya lembut. Anaknya itu memang sangat penyayang dan peramah sebenarnya. Terlebih peramah pun ya jugak.
“ Ye, mak.” Joe berjalan ke biliknya yang dikongsi bersama-sama dengan adik beradiknya yang lain. Dilihat adiknya yang bongsu itu sedang mentelaah pelajaran.
“ Haa, bagus. Macam ni la adik aku. Rajin study. Tapi jangan study sambil dengar radio. Nanti tak masuk dalam kepala. Bak pinjam kejap radio kau ni, dik.” Kata Joe kemudian mencabut earphone radio kecil adiknya itu. Adiknya mencuka mendengar alasan kakaknya untuk mencekup radionya.
“ Ala, kakak ni! Kacau la orang nak dengar lagu Hindustan!” Muka stress aje memandang muka kakaknya yang sedang sengih puas hati dapat menyakat adiknya.
“ Cool la, sayang. Aku pinjam kejap buat teman nak perbaik jala tu kejap. Nanti aku bagi la balik. Ke kau nak teman aku baiki jala tu? Kalau kau nak layan Hindustan, teman aku kat luar. Kalau kau tak nak teman, kau bagi aku radio ni. Okay?” Radio kecil berharga RM 5.90 di kedai cina di pekan itu menjadi taruhan.
“ Kau nak yang mana?” Soal Joe lagi setelah adiknya memandangnya senyap dengan muka protes tak ingat.
“ Yela, kakak memang kejam, malas layan! Ambik la nak ambik sangat!” Merajuk sakan pulak dah.
“ Aiyo, adik manis. Sejak bila pandai merajuk dengan aku ni? Siapa ajar ni, em?” Joe bermain kata sambil bersandar di dinding berhampiran.
“ Yela, kakak tu suka kacau adik nak study. Suka kacau barang-barang adik!”
“ Ala, dik. Radio ni aku jugak yang belikan, kan? Berkongsi kan amalan yang sihat gitu untuk mengelakkan pembaziran. Okay la nanti aku mintak ayah beli lagi satu untuk kau, satu untuk tok wan, satu untuk mak, satu un...”
“ Yela, yela! Ambik jela!” Jeling tajam ke arah kakaknya yang sedang menyengih di sebelah.
“ Apanya lagi ni, Hana? Kalau tak usik adik sehari tak boleh.” Jenguk mak dari luar setelah mendengar kekecohan dari dalam bilik.
“ Takde apa-apa la, mak. Okay, dik, aku pinjam ni kau pergi tidur, okay? Muahh love you lah, ha ha!” Ciuman di pipi adiknya itu mengakhiri perebutan radio itu kemudian adiknya itu kembali membuat kerja sekolahnya yang tergendala seketika tadi. Sudah masak dengan usikan kakak sulungnya itu. Kalau dia merajuk aje, ubatnya cium di pipi, rajuknya akan hilang begitu saja. Hanya kakak sulungnya itu saja yang pandai memujuk dan mengambil hatinya, dan tahu rahsia menghilangkan rajuknya sekelip mata.
Joe menyumbat earphone radio tersebut ke telinganya sambil mencari siaran lain. Asyik Hindustan je, kau tak boring ke, dik? Bebel Joe di dalam hati. Tangannya mula mencapai jala dan duduk di pelantar bertemankan lampu minyak tanah untuk menerangi tempatnya membuat kerja itu. Lampu kalimantang dari dalam rumah tidak cukup untuk menerangi. Air laut kedengaran sayup-sayup di balik ketidakjelasan stesyen radio yang sedang didengarnya itu. Bau masin jugak menyusup ke hidungnya. Hidungnya sudah biasa sangat dengan bau air masin itu sehingga bau itu tidak mendatangkan apa-apa perasaan baginya lagi. Dan dia pun mula mengait jala tersebut dan mencari lubang yang menyebabkan kerosakan pada jala itu. Seketika, dia hanyut dibuai keasyikan membaiki jala sambil melayan lagu Melayu evergreen yang diputar oleh Suria fm.

Rabu, 20 Oktober 2010

Friendship's Lurve



tulisan kecik2 ler plak ngee kalau gigih nak baca harus klik pada gamba tu tapi yg tulisan2 tu la yg aku nak korang baca pun sebenarnya sebab lukisan aku harus la kategori hancuss kann hehuu aku xterer lukih tambah g guna pointer laptop ja. wat ni hanya utk isi masa lapang semalam sebab internet xda hehe well, have fun! thanks then ;)

Selasa, 12 Oktober 2010

slim2. macammana nak buat?


oleh krana ada somebody mintak aku bagi dia tips nak slim kann so aku bagi la hasil pbacaan buku2 yg bkenaan n mungkin sbb aku pun slim kering kann so aku bg la petua2 yg blh n yg aku tau.

nak KURUS :

1. MAKAN BILA LAPAR, STOP SEBELUM KENYANG ~ ini sunnah nabi kan n kunci plg utama. agak2 kalo xlapar tu xpayah la makan. bila amik nasik tu amik sket2 suda. xpayah la amik bbyk sbbnya kkdg tu nasik yg letak sdri tu, letak byk mn pun harga sama kan, bukan men la dia kaut sampai penuh pinggan. pastu makan sampai buncit. pastu sakit xmo la kann

2. MAKAN CILI @ REMPAH ~ ini boleh mmbakar lemak katanya. mngikut 1 buku tu tp aku xtau kebenarannya jauh mana

3. MAKAN SESIKIT TP BYK KALI ~ makan 6x sehari tp dalam kuantiti yg sikit. cthnya pagi, 2keping roti or cereal n susu, kui 11, sebijik epal or pear or buah2 len, tghari, nasik separuh *lauk kurangkan yg bminyak, masin n manis*, petang roti or kueh n teh cina *ngee teh herba ada kan utk buang toksin*, malam susu n bebrapa crackers. if lapar blh makan buah or salad. lebihkan buah2 n sayur2 *ciannnya kan* tp ingat petua ni ~ sarapan macam raja, lunch mcm org kaya n diner mcm org miskin sbb pagi2 kita akan guna tenaga yg byk jd jgn xamik sarapan sebab kalau xda sarapan kita akan makan byk masa tghari n lebihi had

4. TIDUR ~ haha ini aku xtau teori or fakta. aku baca dia kata tidur blh kuruskan badan sebabnya bila tidur kita xkan lapar n nak makan je keje cthnya aku la huhuhu

5. KURANGKAN DAGING MERAH & LEBIHKAN DGG PUTIH ~ cthnya kurangkan daging lembu n kambing, lebihkan ikan :) ikan sumber protein n dging merah byk lemak n kalau makan blebihan blh naikkan darah tgi bila karbohidrat xdigunakan

6. SENAMAN ~ 30 min sehari, 3hari sminggu. menari bsama2 lagu lebih sronok. or skipping or jogging. jogging lah di dalam shopping complex sebab sini ada a con. aku penah jmpa kapel chinese tu joging kat One Utama pptang hari :P or window shopping pun blh tp warning jgn bawak duit melenkan 10rm utk kecemasan. nnt nak senaman, jdnya bnda len plak kann bukan senaman. tp setahu aku senaman plg best n mgunakan byk tenaga ialah dancing n aerobic. kalau cara ni xbkesan, sila jaga pemakanan anda sebab pemakanan mmpengaruhi berat badan

7. MINUM AIR PUTIH BBYK ~ air blh mbuang toksin sbb toksin dalam badan mmpengaruhi knp kita berat. plg kurang 8 gelas sehari. tp jaga2, sbb air pun blh mgemukkan. aku tgk dalam tb la dia kata ada 4 sebab kita gemuk yakni gemuk air, gemuk angin, gemuk apa lg tah 2 ketui tu aku xingat

8. JGAN TIDUR LEPAS MAKAN OR MANDI ~ petua org tua2. petua moden pun ya jugak. plgkurang tgu 30min baru tdo or mndi. jgn amal tdo pas makan sbb boleh naikkan darah tgi

9. MAKAN MAKANAN XBMINYAK, XMASIN, XBLEMAK & XMANIS. kawan mak aku turun bberapa puluh kg berat dia sbb dia makan nasik dgn ikan rebus tiap hari selama 3 bulan. lebihkan buah n sayur, insyaallah korang slim kalau bbetul gigih.

10. KALAU BLH JGN MINUM AIR GAS tp ganti dgn jus buah spti jus epal n aloe vera. bek utk kulit n diet yg sihat sebab air gas n air kotak sgt byk kandungan gula. gula itu mgemukkan macam dalam iklan tu KURANGKAN GULA n GARAM.

ok ini je yg aku dapat bagi dulu. kalau ada lg aku bgtau lg na. tp apa pun ingat, kesihatan lebih pnting, jgn diet sampai aneroksia plak kan. tambah g kalo makan ala2 jamu bagai, harus jaga2 takut memakan diri. yg penting bsyukurlah dgn apa yg ada. kalau badan ala2 muntel sket kan, asal tak sakit apa salahnya sebab bukan semua org suka org yg selim kering macam haku ni haa. sejak 5 tahun yg lalu berat aku menten je underweight seghupe org xckup zat kn haha mujur aku xla tggi sgt if x susa la kann. apa pun jaga makan itu pntg n senaman utk pastikan hidup yg sihat! gud luck then :D

Khamis, 7 Oktober 2010

quake 3 arena

hehe ini hari aku nak cter sal game yg aku suka men yakni yg tertera di atas sinun ngee

dl2 aku start men game ni masa form 4. awal2 aku tgk abg aku men je then aku xtau sebab apa wat aku rasa nak men jugak. mgkin sbb bosan ke apa tah aku xtau la. tp game ni bjaya wat aku bdebar2 pada awal pmainan cewahh haha yela aku dl geng dak ayu ok wahahhahaha. aku men game ni aku start jd kasaq sket. sket je ok hehehehe. aku xtau knp aku suka game ni tp skrg aku masih main wpun da lebih 5 tahun aku dok men haha. aku men sampai bosan, then stop utk masa yg lama then aku men balik. ngee dasyat gak kan ketagihan aku ni :)

game ni ada 2 option kita blh pilih antara single player or multiplayer. aku sk multiplayer coz kita blh bunuh org ssuka at. kalau single player just ada 2 org, kita akan buru yg sorg lg n bgaduh sampai mati guna senjata yg ada. so yg single player ni lebey bdebar so aku xsuka sgt nnt aku dok mnyumpah sorg2 *mak aku sll bising coz kalau aku men game je msti aku dok bising n cakap ssorang tambah2 lg game ni haha teruk kann*


level dalam game ni ada byk. tkat ni yg aku blh survive pun takat bring it on. yg up sket tu apa tah nm nya, aku kalau menang level tu mmg aku rasa bangga boleh x hahaha *matila bangga diri, ishk!* tp aku plg suka level plg easy sbb kalo nightmare (level plg dahsyat) tu, nak hidup n bjalan seinci pun xsempat, gerenti da hancur tgl tulg. ish3

lg satu aku sk men kutip flag. kutip flag lawan dgn geng musuh sp dapat flag plg byk dia yg akan menang. haha best siot gem ni tp kalo wanita sjati aku rasa xdaya la depa nak men :D ngee

ttg senjata yg diguna ~ huhu aku plg suka BFG. yg ni kalo kena gerenti mati terus haha ala2 asid kaler hijau. wuu syes yg ni plg hebat n susa nak jumpa tuh. tp kena tembak bio kena bbetul la kalo x sia2 jugak xmati hehuu

yg len aku suka rocket launcher. best dow kalo kena tepat terus hancur bkecai hoho *gile kejam kann* yg len2 lg aku lupa ler plak nmnya :D

tp ada satu tempat tu seram tuh. ada mcm titi n keliling api mgelegak *ala2 neraka* kita kena lalu titi tu dgn ada salib tbalik bgerak2 nak lggar kita sampai jatuh. ish lambang salib tbalik tu lambang syaitan kan? dalam game ni mmg byk pngaruh syaitan n byk jugak lambang black world. cthnya ada lambang bintang (pmujaan syaitan), kepala kambing n ada byk bnda yg kalau tgk agak huduh n geli n menakutkan. tu sbb blh didik at jd ganas n kasar. so adik2 mude2an sila jgn men ok :D

utk suka2 n jd kan diri berani sket blh la men game ni. tp jgn tpengaruh suda k :) lgpun aku rasa game ni da xde kat dunia ni, just ada dalam tenet je utk dload. coz da lama sgt aku rasa tahun 90an punya game hehe terasa macam ketinggalan sket aku dok men game ni tp benda lama xlea lupa kann kalau da ada bnda baru. sbb kalo xde bnda lama xde la bnda baru xgitu? ngee ok then hv a nice day!